Translate

17 May 2022

Polis menyiasat kejadian dalam video tular membabitkan kemalangan kenderaan orang awam dengan kenderaan polis





 Polis didakwa langgar kenderaan awam disiasat

PETALING JAYA: Polis menyiasat kejadian dalam video tular membabitkan kemalangan kenderaan orang awam dengan kenderaan polis yang sedang mengiringi orang kenamaan (VIP) di hadapan sebuah pusat membeli-belah dekat sini pada Sabtu lalu.

Ini susulan dua laporan polis diterima setakat ini berkaitan kejadian terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kedua-dua pemandu kenderaan berkenaan sudah tampil membuat laporan polis.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan. Kita meminta kerjasama saksi yang melihat kejadian itu supaya hadir ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 47 saat di Tik Tok memaparkan seorang wanita yang mendakwa kenderaannya dilanggar sebuah kenderaan polis yang sedang mengiringi VIP di sebuah pusat beli-belah dekat sini tular dalam media sosial, semalam.



▶️Utusan online

P/s: Video Part 2: Kenderaan boleh bergerak ke?😁





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED