Translate

14 May 2022

Pemandu HR-V guna laluan motosikal dicari polis

Pemandu HR-V guna laluan motosikal dicari polis - Harian Metro

14/5/2022
 Polis meminta pemandu Honda HR-V yang dirakam menggunakan laluan motosikal

Petaling Jaya: Polis meminta pemandu Honda HR-V yang dirakam menggunakan laluan motosikal di Lebuhraya Persekutuan pada 10 Mei lalu untuk tampil membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik membuat laporan mengenai kejadian itu jam 7.57 malam tadi.

Menurutnya, laporan polis dibuat susulan video mengenai tindakan pemandu itu tular di laman sosial.
"Kejadian dikesan berlaku di lorong motosikal di Kilometer 32 Lebuhraya Persekutuan.

"Polis yang berada di lebuh raya itu kemudian memandu arah pemandu untuk keluar dari laluan motosikal," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, pemandu Honda HR-V dengan nombor pendaftaran JSK1826 melakukan kesalahan itu jam 10.30 pagi.

Katanya, bagaimanapun kejadian itu tidak membabitkan kemalangan kepada pengguna laluan motosikal.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Pemandu terbabit serta orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-2679025," katanya.



Sumber: Inforoadblock

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED