Polis menahan dua lelaki yang juga pemilik dan pemandu dua buah kenderaan yang dirakam dipandu secara berbahaya di Lebuh Raya Utara Selatan seperti dalam video tular kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pemandu kenderaan Audi berwarna kelabu itu menyerah diri pada 2 Mei, manakala pemandu Toyota Wish berwarna hitam turut berbuat demikian pada pada pukul 6.45 petang semalam.