Translate

13 May 2022

Ambil kesempatan merompak ketika waktu solat Jumaat

Ambil kesempatan merompak ketika waktu solat Jumaat - Harian Metro

13/5/2022
Ampang: Dua lelaki dipercayai mengambil kesempatan waktu solat Jumaat untuk melakukan rompakan di sebuah kedai emas dekat Dataran Palma, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, polis menerima panggilan kejadian daripada seorang wanita pada 1.41 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati dua lelaki dipercayai warga tempatan memakai topi keledar berpenutup penuh dan berjaket gelap meluru masuk ke dalam premis dan melompat ke bahagian dalam lalu menuju ke arah kaunter.

"Suspek kemudian bertindak mengambil barang kemas yang dipamerkan di belakang dinding premis sebelum melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, kedua-dua suspek tidak bersenjata dan kesemua pekerja juga tidak dicederakan.

Beliau berkata, semasa kejadian kesemua pekerja berlindung di sebalik stor dalam kedai emas berkenaan.

"Setakat ini, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak berkumpulan.




Sumber: Info Jenayah Terkini Seluruh Malaysia

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED