Pendirian rasmi ARMADA BERSATU.— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) May 6, 2020
1) Tolak kerjasama dengan UMNO
2) Hormati mandat rakyat
3) Kembali semula bersama HARAPAN
Dipersetujui oleh lebih 2/3 ahli mesyuarat.#KekalBerprinsip pic.twitter.com/sGsjo9B1SV
144 daripada 191 ARMADA BERSATU Bahagian sokong Perikatan Nasional
Oleh Suzalina Halid
suzalina@bh.com.my
BERITA HARIAN
KUALA LUMPUR: Majoriti Sayap Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak pendirian ARMADA Nasional yang menyokong parti itu kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Pendirian itu disuarakan oleh EXCO ARMADA Nasional BERSATU, Muzzammil Ismail bersama 144 Ketua ARMADA Bahagian yang menyifatkan kenyataan ARMADA Nasional itu tidak menggambarkan suara akar umbi, sekali gus dikhuatiri hanya mengeruhkan krisis dalaman parti yang berterusan.
Muzzamil berkata, perkara mengenai sokongan terhadap kerjasama dengan PH itu tidak pernah dibincangkan bersama 191 Ketua ARMADA Bahagian termasuk Sabah dan rata-ratanya tidak menyokong pendirian rasmi berkenaan.
"Adakah ARMADA Nasional boleh menyenaraikan ARMADA bahagian dan negeri manakah yang menyokong kenyataan bersama ini? ARMADA Nasional harus menghormati struktur berorganisasi.
"Apakah ARMADA ini parti dalam parti? Kerana sesuka hati membuat keputusan dasar untuk parti? Langsung dengan sifat kebudak-budakan pimpinan ARMADA Nasional yang selalu 'temper tentrum'," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Muzzamil berkata, dalam waktu begini tumpuan sepatutnya adalah bagi mengukuhkan kerajaan yang ada bagi memastikan ahli parti dan rakyat terus mendapat manfaat daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan melupakan sebentar mengenai PH.
Dengan pendirian dibuat ARMADA Nasional itu adakah mereka cuba membelakangkan keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berikutan kerajaan PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diperakui oleh baginda.
"Lupakah pimpinan ARMADA Nasional bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sering 'digulikan' parti komponen PH sehingga beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Di mana pimpinan ARMADA Nasional pada waktu itu?
"Sebagai EXCO ARMADA Nasional, saya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu yang memutuskan BERSATU keluar daripada PH dan keputusan ini kekal hingga terdapat keputusan MPT terbaru," katanya.
Pihaknya meminta supaya pimpinan ARMADA Nasional jangan terlalu biadap untuk menjadi 'jaguh politik dan menjadi lebih sudu dari kuah'.
Muzzamil mendakwa, Ketua ARMADA Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering mengajar ahli sayap parti itu untuk bersifat biadap dengan melanggar struktur parti dan membelakangkan suara akar umbi dan kenyataan ketua bahagian.
"Apakah ini polemik politik Syed Saddiq dalam usahanya untuk menunjukkan kekuatan sokongan di hadapan Tun Dr Mahathir dalam usaha untuk mengekalkan beliau sebagai Ketua ARMADA Nasional pada pemilihan yang sedang berlangsung.
"Syed Saddiq adalah pemimpin yang bacul kerana sering kali mengheret Tun Dr Mahathir sebagai perisai beliau sehingga kenyataan media pimpinan ARMADA Nasional yang menyokong kerjasama dengan PH pun, tidak berani meletakkan nama beliau, " katanya.
Selepas Terengganu dan Sabah, Armada Perak pula tidak sokong pendirian Armada Pusat
Abd Razak Mohd Ali, Astro Awani | Diterbitkan pada Mei 07, 2020 08:50 MYT
Selepas Terengganu dan Sabah, Armada Perak pula tidak sokong pendirian Armada Pusat
Mohd Hafez Mubin berkata Armada Perak menyokong penuh kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional. -Facebook/ Mubin Salleh
IPOH: Susulan tindakan Armada Terengganu dan Armada Sabah yang tidak menyokong pendirian Armada Pusat untuk kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Armada Perak pula menyatakan pendirian yang sama.
Ketua Armada Bersatu Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata mereka menyokong penuh kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin kerajaan Perikatan Nasional.
Menurutnya, Armada Perak juga menyokong segala usaha Muhyiddin dalam memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional.
“Armada Perak juga mahu menyatakan bahawa pengkhianat kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah PH yang didokongi oleh PKR, DAP dan Amanah.
"Ketika Bersatu bersama dalam gabungan PH, kebanyakan pemimpin ketiga-tiga parti ini, terutamanya DAP dan PKR, tidak henti-henti mendesak Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri ketika itu,” katanya dalam kenyataan bersama Ketua-Ketua Armada Bersatu Bahagian Perak yang disiarkan di akaun Facebook rasmi malam tadi.
Menurutnya, PH juga pada peringkat awal mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, namun membuat ‘U-turn’ menyokong kembali Dr Mahathir setelah melihat sokongan terhadap Anwar sebagai calon Perdana Menteri tidak mencukupi dan amat lemah.
Mohd Hafez Mubin berkata antara bukti jelas pengkhianatan parti komponen PH terhadap Bersatu ialah rakaman video seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Perak yang membuat rancangan jahat untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
“Justeru itu, Armada Bersatu Perak menolak sebarang usaha pihak tertentu untuk mengadakan kerjasama semula bersama Pakatan Harapan.
“Armada Bersatu Perak berikrar akan terus bekerja kuat untuk Bersatu dan Kerajaan Perikatan Nasional,” ujarnya.
Terdahulu Armada Terengganu dan Armada Sabah menyatakan pendirian tidak menyokong pendirian Armada Pusat untuk kembali bekerjasama dengan PH, sebaliknya menyokong penuh Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan usaha beliau dalam membentuk dan memperkukuh kerajaan bersama Perikatan Nasional.
MESYUARAT ANEH
Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pencerahan berkenaan dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh ARMADA petang tadi.
Pertama. Semua Exco dan Ketua Armada Negeri telah diminta hadir MESYUARAT berkenaan agihan bantuan sempena Bulan Ramadhan. Selepas itu satu PERJUMPAAN KHAS ARMADA dikatakan akan diadakan bersama Tun.
Ramai yang bertanya. Sama ada saya hadir atau tidak. Jawapannya tidak. Kebetulan saya ada urusan peribadi yang tidak dapat dielakkan.
Pandangan saya. Tujuan mengadakan mesyuarat ARMADA bersama Tun Pengerusi dilihat sebagai satu langkah yang TERDESAK dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
Gunakanlah akal dan fikiran. Sudah tentu ketetapan yang dibuat didalam mesyuarat itu berlandaskan atas rasa hormat terhadap Tun.
Ada sahabat yang hadir dalam mesyuarat berkata. Jika mereka bersuara didalam mesyuarat itu mungkin mereka akan dilabel sebagai biadap atau kurang ajar.
Sebab itu mereka mengambil langkah untuk BERKECUALI demi menghormati Tun yang turut serta didalam MESYUARAT AGIHAN BANTUAN tersebut. Pelik tapi benar.
Kepada ARMADA, laksanakanlah tanggungjawab yang telah dibebankan pada kita dan fokus semula pada pengukuhan dan pemerkasaan Parti.
Ada pepatah lama. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis.
MPT BERSATU telah sebulat suara bersetuju menolak kerjasama dengan pakatan terdahulu. Maka urusan PN atau PH ini serahkanlah pada pucuk pimpinan tertinggi PARTI.
Saya bersetuju dengan kenyataan sahabat saya Saudara Muzzammil Ismail yang juga Exco Armada Nasional bahawa Perikatan Nasional sememangnya belum berdaftar dan tiada sebarang ikatan yang formal.
Tetapi itu hanyalah disebabkan PKP berlaku hanya selepas beberapa hari kerajaan baharu dibentuk. Kerjasama politik antara parti-parti dalam PN pasti akan termeterai.
Saya bersama rakan rakan Exco dan Ketua Armada Negeri yang lain juga menyokong kerajaan pimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin serta yakin dengan kredibiliti dan kewibawaan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Kenyataan ‘Armada tolak PN, kembali kepada PH’ adalah tindakan tidak matang puak sedikit didalam ARMADA yang tujuannya mahu memecah belahkan kesatuan dikalangan ahli Parti.
Sekian.
Mahathir Hj Mohd Rais
EXCO ARMADA NASIONAL
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA