Translate

15 May 2020

Ustaz Ebit Lew Menangis teresak masa jumpa emak dan anak-anak kecil duduk 3 tahun tanpa elektrik dan air






x

755K subscribers
SUBSCRIBE
Menangis teresak masa jumpa kakak dan anak kecil duduk 3tahun di rumah ini di kg Sri Damai Kuantan tanpa air dan elektrik. Buang air besar di semak. Tadah air perigi. Semak penuh. Kakak ini asal kelantan. Menangis dengar kisah kakak ini. Biasa saya tahan air mata depan mereka. Hari ini saya biarkan je menangis depan kakak dan anak ini. Anak semua tak sekolah. Ic semua ada. Ya Allah apalah nak jawab depan Allah nanti. 3 tahun hidup dalam semak ini. Tangga nak naik rumah patah. Tandas tak ada. Betul-betul luka hati saya hari ini. Betul ke. Berkali-kali saya cek akak ini. Penghulu dan tok empat semua hadir tadi. Terima kasih hadir. Mereka ada beri beras dan makanan untuk keluarga ini. Katanya tak mampu nak tolong cari rumah dan lain-lain. Dah cuba sana sini belum dapat lagi. Menangis saya dari tadi. Dalam masa 4 jam selesai pindah rumah. Rumah cantik lawa. Senyuman anak-anak ini. Kakak ni menangis akhirnya. Tak sangka macam mimpi lagi. Betul ke ni ustaz. Betul ke? Ya Allah tuhanku. Saya bayarkan sewa sebulan rm600. Saya bayar dengan deposit rm2700. Doakan saya terus dapat bayar insyaAllah. Saya belikan peti ais, mesin basuh, periuk kuali dan alatan mandi, katil queen 1, 4 katil single. Semua dengan tilam. Ramai jiran rumah baru datang tadi. Nak bergambar. Pergi mana-mana selalunya saya kenalkan dengan ketua kampung dan penghulu. Terima kaseh penghulu dan ketua kampung hadir tadi. Supaya bantu keluarga ini. Selepas pkp saya akan cuba tanyakan madrasah atau sekolah sesuai untuk anak kakak ini. Saya memang tak lepas di akhirat nanti. 3 tahun lalu di jalan besar sana pergi ceramah. Ya Allah ampunkanlah ebit lew ini. Maaf ya Allah. Kasihannya. Tak ada air elektrik 3 tahun. Ya Allah. Masa kamu ebit lew makan sedap tidur lena. Kenapa ada sebuah keluarga 3 tahun hidup begini? Hanya ampunan Allah yang saya harapkan. Betul-betul malu saya rasa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED