#PKPB : Polis tahan 132 individu langgar SOP PKPB semalam. Lebih sekali ganda rakyat curi-curi pulang ke kampung dengan pelbagai alasan – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri @IsmailSabri60
Polis dan SKMM buka 265 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu COVID-19 semalam - DS Ismail Sabri
#PKPB: Penuntut pasca siswazah dibenar untuk memulakan aktiviti akademik dengan kadar segera - DS Ismail Sabri
Tinjauan @MKNJPM MKN dapati rakyat mahu #PKPB diketatkan, bukan dilonggarkan - DS Ismail Sabri
#PKPB: Setakat ini tiada sekolah yang boleh dibuka termasuk sekolah swasta dan antarabangsa - DS Ismail Sabri
Dua lagi kluster #COVID19 telah diisytiharkan tamat iaitu Kluster BBIM di Kluang dan Kluster Tabligh Makasar di Sabah.
Ini menjadikan sebanyak 11 kluster telah tamat setakat ini selepas tiada kes baharu dalam tempoh sekurang-kurangnya 28 hari.
PKPB: Pusat hiburan masih tidak boleh dibuka, tiada kompromi :
17/05/2020 04:21 PM
PUTRAJAYA, 17 Mei -- Pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, ini kerana pusat hiburan masih diletakkan di dalam senarai larangan beroperasi sepanjang PKPB.
“Pub dan kelab malam tertakluk di bawah pusat hiburan, dan kita tidak akan berkompromi dengan perkara berkenaan, selagi rantaian wabak COVID-19 ini masih belum berjaya diputuskan sepenuhnya.
“Jika ada laporan, kita akan maklum kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), untuk mengarahkan tutup pusat hiburan ini,” katanya dalam sidang media harian PKPB, di sini, hari ini.
Sebelum ini terdapat laporan pub dan kelab malam di beberapa lokasi di ibu negara, sudah mula beroperasi.
-- BERNAMA