Translate

10 May 2020

PKPB DIlanjutkan Sehingga 9 Jun 2020, Permohonan / Rayuan BPN dilanjutkan hingga 31 Mei 2020 #PKPB #CMCO





Kerajaan lanjutkan PKPB sehingga 9 Jun, pastikan usaha perangi COVID-19 lebih berkesan
Firdaus Azil
Mei 10, 2020 14:26 MYT

ASTRO AWANI


Perdana Menteri berkata, rata-rata rakyat mahukan kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak COVID-19.



PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB), selama empat minggu lagi, iaitu sehingga 9 Jun, 2020.



Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini berkata, keputusan itu dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerana usaha memerangi COVID-19 masih belum berjaya sepenuhnya.



Selain itu, Perdana Menteri berkata, dari segi pandangan umum, beliau dapati rata-rata rakyat mahukan supaya kerajaan terus mengambil langkah-langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini.

“Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.



“Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi akan dimaklumkan dari masa ke semasa,” katanya lagi.



Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban sepanjang tempoh dua tiga bulan ini untuk memastikan semua rakyat Malaysia terselamat daripada wabak COVID 19.



Selain itu, beliau juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah yang sentiasa berdisiplin mematuhi arahan PKP dan PKPB sehingga memudahkan para petugas barisan hadapan menangani krisis ini.

“Hasil daripada usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh para petugas barisan hadapan dan disiplin saudara-saudari sepanjang tempoh PKP dan PKPB dilaksanakan, kita telah berjaya menjadikan hampir seluruh mukim atau zon di negara kita berstatus hijau,” katanya lagi.


Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 94.4 peratus itu bersamaan dengan 1,112 kawasan manakala 62 atau 5.2 peratus sebagai Zon Kuning dan hanya empat atau 0.34 peratus masih Zon Merah iaitu kawasan yang mempunyai lebih 40 kes jangkitan positif COVID-19.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa rentas negeri juga tidak dibenarkan pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Pada masa sama, beliau juga menasihati semua orang supaya tidak berada dikawasan yang sesak dan tertutup.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ziarah-menziarahi dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had 20 orang pada satu-satu masa. Setiap keluarga perlu mematuhi SOP penjarakan sosial, memakai topeng mulut dan hidung serta amalan kebersihan kendiri sepanjang sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, tatacara dan SOP itu akan dimuktamadkan dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja selaku Ketua Agama Islam negeri-negeri untuk diperkenankan seterusnya kerajaan akan umum berkaitan berjemaah di masjid. Hal yang sama untuk gereja-geraja dan rumah ibadat lain untuk penganut bukan Islam menjalankan ibadat masing-masing.

Permohonan BPN dilanjutkan hingga 31 Mei 2020
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan tersebut, maka pemohon yang gagal boleh membuat permohonan bermula 11 Mei, Isnin. Beliau bagaimanapun tidak berjanji semua permohonan diluluskan tetapi jika ia memenuhi syarat dan munasabah ia boleh diluluskan.







Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED