Translate

09 May 2020

#Covid-19 Malaysia- May 9 l New Cases- 54 Total- 6,589 | Active Cases- 1,552 New Death- 1



Kenyataan Akhbar KPK 9 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia


STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 65 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,929 kes (74.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
BM DATA KES SETIAP NEGERI 9mei-01 (1)
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 9 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 54 kes, baharu yang telah dilaporkan, di mana 45 kes adalah di kalangan bukan warganegara Malaysia. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,589 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,552 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan bahawa daripada 54 kes baharu yang dilaporkan hari ini, satu (1) kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 53 kes, di mana sebanyak tiga (3) kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sehingga kini, seramai 18 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 108 kes (1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
  • Kes kematian ke-108 (kes ke-2499) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 74 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit autoimun, darah tinggi dan penyakit tiroid. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat kes positif COVID-19, iaitu kes ke-1276 yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Melaka pada 29 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 8 Mei 2020 jam 11.23 malam.
graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19
STATUS TERKINI KLUSTER PEDAS
Sehingga 9 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 28 kes baharu didapati positif COVID-19, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 88 kes. Kes-kes positif kluster ini melibatkan 81 kes bukan warganegara iaitu:
  • 33 kes warga Nepal;
  • 26 kes warga Bangladesh;
  • 11 kes warga Indonesia; dan
  • 11 kes warga Myanmar.
Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan.
KLUSTER TAPAK PEMBINAAN, SETIA ALAM
KKM ingin memaklumkan satu kluster baharu yang melibatkan warga pekerja bukan warganegara Malaysia di Setia Alam.
Kluster ini telah dikesan pada 6 Mei 2020, apabila menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta. Hospital tersebut telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati tiga (3) kes disahkan positif COVID-19 daripada 5 orang pekerja yang telah disaring. Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain.
Susulan itu, siasatan dan saringan bagi kontak rapat ketiga-tiga kes tersebut telah dijalankan. Sehingga 9 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 28 orang telah disaring untuk COVID-19. Daripada jumlah keseluruhan ini, 12 kes didapati positif di mana kesemua kes-kes ini adalah merupakan warganegara Bangladesh. Sembilan (9) kes pula didapati negatif dan tujuh (7) kes masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan masih kluster ini juga masih di dalam siasatan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM mohon kerjasama semua peringkat dan lapisan masyarakat dalam memerangi wabak COVID-19. Masyarakat perlu mengambil tanggungjawab sosial (social responsibility) dan mempunyai kawalan kendiri (self-regulation). KKM ingin menasihatkan orang ramai untuk terus mempraktikkan norma baharu dalam kehidupan:
  • Patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),
  • Elakkan keluar dari rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja.
  • Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain
  • Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun;
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Mei 2020 @ 4.30 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 9 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(   )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH095
PULAU PINANG0121
PERAK0253
SELANGOR101,596
NEGERI SEMBILAN28681
MELAKA1210
JOHOR0667
PAHANG0306
TERENGGANU0110
KELANTAN0155
SABAH0317
SARAWAK4542
W.P. KUALA LUMPUR10 (1)1,414
W.P. PUTRAJAYA188
W.P. LABUAN016
JUMLAH KESELURUHAN54 (1)6,589
 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import
Terkini #covid19malaysia 9 Mei

Kes sembuh= 65
Jumlah sembuh= 4,929
Kes positif= 54
Jumlah positif= 6,589
Kes kematian= 1
Jumlah kematian=108

Sebanyak 18 kes dirawat di ICU dan 6 daripadanya sedang menerima bantuan pernafasan.

Image

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED