DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
SINAR HARIAN
8 JUN 2016
Gambar hiasan
. Pastinya kemunculan Ramadan sentiasa dinanti-nantikan oleh setiap daripada kita dan semestinya akan terbayang-bayang amalan dan kebiasaan pada bulan yang mulia ini seperti berpuasa pada siang hari, kemeriahan berbuka puasa, bertarawih pada malam hari, dan pelbagai aktiviti ibadah yang lain.
Hakikatnya, Ramadan bukan sahaja bulan yang menyuburkan amalan ibadah khusus seperti puasa, tadarus, tarawih dan qiamullail, malah turut menitik-beratkan aspek tarbiah atau latihan bermuamalah.
Yang dimaksudkan dengan muamalah sudah tentulah merujuk kepada hubungan sesama manusia dalam konteks duniawi selain daripada ibadah ta’abudiyyah yang khusus kepada penyempurnaan hak ALLAH semata-mata.
Dengan kata lain, Ramadan bukan sahaja madrasah pengukuhan hubungan antara manusia dengan Penciptanya, tetapi turut menjadi bulan pemerkasaan budaya bermuamalah sesama manusia.
Memang benar kerana selain berlapar makanan dan minuman, umat Islam dituntut untuk menjaga ibadah puasanya daripada perbuatan yang boleh menjejaskan pahalanya seperti perbuatan yang menjurus kepada pertelingkahan dan permusuhan sesama insan. Ini ditegaskan, Rasulullah SAW: “Puasa itu perisai, maka apabila salah seorang daripada kamu sedang berpuasa, janganlah berkata kotor dan berbuat bodoh dan apabila ada seseorang yang mencacinya atau mengajaknya bertengkar, maka hendaklah ia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebab itulah setiap kali datangnya Ramadan, ia disambut bagaikan pesta bagi umat Islam yang mengerti dan menghayati kelebihan besar yang dijanjikan ALLAH. Malah pesta ibadah ini menjadi medan perlumbaan bukan sahaja bagi umat Islam yang ingin menggandakan ibadah khusus kepada ALLAH tetapi juga meningkatkan amal kebajikan dan kebaikan sesama manusia. Ini kerana setiap amalan tersebut tidak kira yang bersifat ibadah khusus kepada ALLAH mahupun amal bakti kebaikan terhadap sesama insan juga dikira ibadah yang menjanjikan pahala berganda-ganda.
Ini termasuklah hanya sekadar menjamu makan berbuka puasa kepada orang lain. Sehinggakan Nabi SAW turut menekankan: “Barang siapa yang menjamu berbuka puasa bagi yang berpuasa, maka baginya seperti pahala mereka (yang berpuasa) tanpa dikurangkan sesuatu pun daripada pahala mereka (Riwayat Ibnu Majah).
Demikianlah hebatnya Ramadan yang diraikan seperti pesta besar untuk kita mengambil peluang bagi memperbanyakkan pahala. Namun di sebalik kerancakan pesta ibadah ini, tidak kurang juga dalam kalangan kita yang menjadikan Ramadan bagaikan ‘pesta juadah’ dengan terlalu memfokuskan kepada pengisian perut.
Bazar-bazar Ramadan yang menjual dan menyediakan pelbagai juadah juga tidak ketinggalan menjadi medan kerakusan umat berbelanja mengikut hawa nafsu yang mampu menghakis kualiti berpuasa sebagaimana saranan agama. Tidak kurang juga hotel-hotel pelbagai bintang menyediakan pakej-pakej berbuka hingga mencecah ratusan ringgit bagi setiap kepala.
Di sesetengah negara Islam, sudah ada laporan yang mengaitkan peningkatan pesakit di bulan Ramadan lantaran pengambilan makanan secara berlebihan. Teringat penulis tatkala membaca petikan berita di media masa tahun lepas yang melaporkan peningkatan mendadak bilangan pesakit yang mengalami masalah makan berlebihan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sejak hari pertama Ramadan.
Menurut Arab News, jabatan kecemasan Hospital Mafraq melaporkan, kebanyakan mereka menghadapi masalah penghadam dan kembung perut yang dikaitkan dengan pengambilan makanan berlebihan dan masalah buah pinggang kerana dehidrasi.
Memanglah Islam tidak pernah menghalang umatnya mengambil kesempatan berbuka dengan pelbagai aneka juadah sebagai salah satu tanda kesyukuran kepada rezeki kurniaan ALLAH. Islam juga tidak pernah mengekang umatnya daripada membelanjakan harta bagi tujuan membeli belah di bazar-bazar Ramadan mahupun berbuka di hotel-hotel mewah.
Namun, dalam keghairahan menjamu selera dan berbelanja besar untuk berbuka seperti ini, umat juga harus sentiasa dipasakkan dalam pemikiran agar terus berpegang teguh kepada prinsip dan nilai ibadah dan muamalah Islam sejati. Ini termasuklah untuk sentiasa membudayakan kesederhanaan dalam berbelanja dan menjamu selera.
Apa yang lebih mustahak jangan sampai keghairahan menjamu selera dan berbelanja pelbagai juadah untuk berbuka melupakan kita kepada falsafah dan nilai sebenar Ramadan. Natijahnya, Ramadan yang seharusnya menjadi pesta ibadah yang menjanjikan seribu satu kelebihan hanya sekadar pesta juadah tanpa makna dan tujuan.
* Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri