MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OUR MUSIC PLAYER IS AT THE BOTTOM IN PINK. TO VIEW THE SONG LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... THE MUSIC PLAYER IS NOT AVAILABLE ON MOBILE PHONE OR TABLET

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Thursday, 3 August 2017

Fattah Amin antara Artis A Termahal.


Fattah Amin Antara Pelakon Bayaran Termahal

Diterbitkan: Rabu, 2 Ogos 2017 1:30 AM
image: http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2017/08/02/14/09/fattah.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
Kritikan yang diterima Fattah Amin menjadikan rezekinya bertambah murah.
  (Ubah saiz teks)
KETIKA netizen masih masih melabelkan Fattah Amin sebagai 'pelakon kayu', aktor itu sebenarnya antara artis termahal menerima bayaran.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah Michael Ang selain meletakkan Fattah sebagai artis gred A.
Micheal membuat kenyataan itu semasa menjawab soalan netizen yang ingin tahu antara senarai artis paling mahal di Malaysia dari sudut pandangan pengarah tersohor itu.
Selain Fattah beberapa nama pelakon senior lain termasuk dalam kategori itu antaranya Erra Fazira dan Aaron Aziz serta Janna Nick.
"Artis paling mahal? Banyak je artis mahal... Aaron mahal, Fattah mahal, Janna Nick mahal, Erra Fazira mahal.
"Semua artis-artis A tu mahal laa... kalau tak mahal, taklah A dia orang..." antara yang dikongsi Michael menerusi video berdurasi 16 saat itu.
Sejak mencipta nama dalam lapangan lakonan menerusi drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah mula dikecam netizen sehingga ada yang mula melabelkan dirinya sebagai 'pelakon kayu'.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/02/micheal-ang-fattah/~/media/051e907c76d349c6bbeec3762beca37c.ashx?la=en
Micheal Ang bersama Fattah Amin di dalam satu majlis penganugerahan. Foto: Instagram @michaelang38
Bagaimanapun, kritikan tersebut dilihat tidak sedikit pun mematahkan semangat bekas Juara Pertandingan Hero Remaja 20011/ 2012 sehingga dirinya pernah dinobatkan Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 30.
Kayu ke tak kayu, yang penting Fattah dalam kategori artis yang di bayar mahal... Masyuk!!

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/08/02/micheal-ang-fattah/#S4fkTOJ1DshqVkDR.99

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers