MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OUR MUSIC PLAYER IS AT THE BOTTOM IN PINK. TO VIEW THE SONG LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... THE MUSIC PLAYER IS NOT AVAILABLE ON MOBILE PHONE OR TABLET

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Monday, 16 January 2017

Salma diumum sebagai Juara program akhir Pentas Epik 3 Juara TV3




Salma Ungguli 'Pentas Epik 3 Juara', Bawa Pulang RM100,000

MSTAR.COM.MY


Salma menerima wang tunai RM100,000 dan juga trofi. FOTO: ROHAIZAT MD DARUS
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peserta kelahiran Sabah, Salma diumum sebagai 'Juara Antara Juara' menerusi program akhir Pentas Epik 3 Juara yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam Ahad.

Salma atau nama sebenarnya Salmah A. Asis, 26, peserta dari kategori Balada berjaya menewaskan dua pesaingnya iaitu Kudien dari kategori Rock dan Azizul dari kategori Irama Malaysia sekali gus melayakkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan juga trofi.

Dalam pertandingan ini, ketiga-tiga peserta perlu membuat persembahan dalam bentuk solo, duet dan bertiga.

Untuk segmen solo, Salma membawa lagu 'I Surrender' nyanyian asal Celine Dion dan memilih Azlan Typewriter untuk segmen duet menerusi lagu 'Sepi Sekuntum Mawar Merah' dan 'Hukum Karma'.


Kudien pula membawa lagu 'Sambutlah Kasih' nyanyian asal kumpulan Love Hunters untuk persembahan solo dan lagu 'Beribu Sesalan' untuk kategori duet bersama Jaclyn Victor.

Manakala Azizul membawa lagu 'Berdendang Dalam Tangisan' untuk persembahan solo nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan memilih Misha Omar untuk segmen duet menerusi lagu, 'Cinta Mencintai Kita'.



Ajai komposer yang mewakili kategori Balada dan Salma bersama replika hadiah yang dimenangi. FOTO: TV3Selain itu, ketiga-tiga peserta perlu bersaing secara trio menerusi tiga buah lagu iaitu 'Sekadar Di Pinggiran', 'Mimpi Laila' dan 'Lagu Untukmu' yang disampaikan secara medley.

Pentas Epik 3 Juara dibuka dengan persembahan pembukaan oleh Datuk Rossa menerusi lagu 'Jangan Hilangkan Dia' dan 'Pudar'.

Selain Rossa, Noraniza Idris dan Tyka turut menyerikan pentas menerusi lagu 'Wangikanlah Hatimu' manakala Datuk Awie terus menghangatkan pentas persembahan dengan lagu 'Peronda Jaket Biru'.

Rossa, Awie dan Noraniza Idris bertindak sebagai juri tetap mengikut kategori iaitu Balada, Rock dan Irama Malaysia selama 13 minggu bersiaran.

Setiap peserta diwakili seorang komposer bagi setiap kategori iaitu Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hashim (Rock) dan Ajai (Balada).

Pada minggu lalu Salma, Kudien dan Azizul dipilih sebagai pemenang mengikut kategori yang diwakili yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 setiap seorang.

Ketiga-tiga peserta ini perlu berentap untuk menyandang gelaran juara keseluruhan menerusi Pentas Epik 3 Juara yang menawarkan wang tunai RM100,000.

Program 3 Juara merupakan sebuah program realiti musim pertama terbitan TV3 yang mempertaruhkan tiga kategori muzik.

Rancangan ini diperkenalkan untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Salma merupakan isteri kepada bekas peserta Akademi Fantasia (AF9) iaitu Azri Abdullah yang juga bekas juara Mentor musim kelima.
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/01/15/salma-juara-3-juara/








No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers