Translate

27 September 2015

Kejadian kebakaran Jemaah Haji di Mina dikatakan berpunca daripada sebuah dapur di dalam kawasan khemah jemaah haji daripada Mesir


(Video) Khemah Jemaah Haji Terbakar Di Mina, Tiada Jemaah Malaysia Terlibat



Pada Khamis lalu, kita dikejutkan dengan tragedi rempuhan di Mina dimana kejadian berkenaan mengorbankan lebih 717 nyawa dan lebih 800 lagi mengalami kecederaan.

Semalam, kita dikejutkan lagi dengan satu kejadian kebakaran melibatkan khemah penempatan jemaah haji juga di Mina.

Kejadian kebakaran ini dikatakan berpunca daripada sebuah dapur di dalam kawasan khemah jemaah haji daripada Mesir.

Namun menurut tabung haji, tiada jemaah haji daripada Malaysia terlibat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kebakaran itu berlaku lewat petang semalam.

“Tiada jemaah haji Malaysia terlibat. Semua ahli keluarga jemaah haji di tanah air tidak perlu risau kerana mereka semua berada dalam keadaan baik,’’ katanya.

Menurut Asyraf Wajdi, kebakaran tersebut dipercayai bermula daripada sebuah dapur di perkhemahan itu.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji di talian 03-62071919. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED