Translate

28 August 2014

Aktres popular Rita Rudaini telah membuat permohonan menuntut RM300,000 sebagai bayaran mutaah

Rita Rudaini tuntut RM300,000 sebagai mutaah

26 Ogos – Aktres popular Rita Rudaini telah membuat permohonan menuntut RM300,000 sebagai bayaran mutaah daripada bekas suaminya, Aidil Zafuan Abdul Razak.
Mutaah adalah pemberian saguhati daripada suami kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah berdasarkan syarak.
Dipetik daripada laporan Sinar Harian, peguam Datuk Zaidi Mohd Zain menjelaskan anak guamnya telah memfailkan permohonan tersebut pada 7 Julai lalu dan kes telah disebut di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Atrasina Mohd Zahrullail pada 25 Ogos.
Menurutnya, walaupun pihaknya telah menyerahkan saman pada 26 Ogos lalu, kapten Harimau Malaya itu selaku defendan tetap tidak hadir tanpa sebarang alasan.
"Sebelum ini defendan juga tidak hadir pada 14 Ogos menyebabkan proses yang berlangsung pada hari tersebut gagal.
"Mahkamah menetapkan 11 September depan sebagai sebutan," ujar Zaidi.
Sebelum ini Rita telah memfailkan tuntutan RM5,392 sebulan untuk nafkah anak-anak mereka yang merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang.
Pada awal Januari lalu, aktres ini turut menuntut RM100,000 sebagai nafkah tertunggak daripada bekas suaminya yang merangkumi kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.
Rita, 38, dan Aidil, 27, telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 2008 dan mereka disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban pada 6 September 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED