Translate

28 June 2025

Polis trafik maut nahas ketika bertugas Op Samseng Jalanan










Pengarah JSJ Mohd Shuhaily ditukarkan ke AKPS berkuat kuasa 1 Julai









Sidang Media Mahasiswa Selepas Kekecohan










Why are protesters in Bangkok calling for Thai PM's resignation, AP explains










Malaysia Cracks Down on Bangladeshi Extremists Amid Rising Radicalism in ASEAN










High public uni fees via direct entry route pricing out deserving students, says Dr Wee










TRAGEDI NGERl DI JALAN GERIK-JELI KONVOI MOTOSIKAL BERKUASA BESAR PUNCA NAHAS DENGAN HONDA CITY










Puluhan Rumah Rosak Dilanda Ribut Di Temerloh










'Nik Nazmi perlu fikir semula keputusan berundur'










Cakra Khan bakal kembali memukau peminat menerusi "Divine Concert "pada 2 Ogos 2025










Tiga lelaki didakwa guna senjata berbahaya sebabkan kecederaan

 







Peniaga rugi hampir RM1 juta ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud



Peniaga rugi hampir RM1 juta ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud

Bernama

28/06/2025


Mangsa telah membuat bayaran deposit ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM932,300 menggunakan wang syarikat dan simpanan sendiri. - Gambar hiasan


KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM932,300 selepas ditipu sindiket tawaran tender tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 28 Mei lepas mangsa yang berusia 52 tahun menerima pesanan WhatsApp daripada seorang suspek lelaki yang mendakwa sebagai wakil sebuah kolej di daerah Kemaman.

Beliau berkata suspek menawarkan tender tertutup bagi membekal dan menghantar alat jana kuasa jenis mudah alih kepada mangsa.

"Mangsa telah membuat bayaran deposit ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM932,300 menggunakan wang syarikat dan simpanan sendiri.

"Bagaimanapun, setelah membuat semakan dengan pihak kolej, mangsa mendapati tiada tawaran tender dibuka seperti didakwa suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa membuat laporan polis pada 11.53 malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan haji, umrah - KSU



MOTAC terus laksana kempen kesedaran elak penipuan haji, umrah - KSU

Bernama

28/06/2025


Shaharuddin berkata, urusan haji sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa Tabung Haji, namun pihak MOTAC sentiasa bekerjasama dengan Tabung Haji untuk menangani isu penipuan haji yang semakin berleluasa. - Gambar Bernama


TUMPAT: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan terus melaksanakan pelbagai kempen kesedaran bagi memastikan masyarakat tidak terperdaya dengan skim penipuan membabitkan urusan haji dan umrah.

Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, urusan haji sebenarnya adalah di bawah bidang kuasa Tabung Haji, namun pihak MOTAC sentiasa bekerjasama dengan Tabung Haji untuk menangani isu penipuan haji yang semakin berleluasa.

"Bagi pihak MOTAC, kita akan melaksanakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mereka tidak terperdaya dengan skim-skim penipuan ini, termasuklah bagi umrah.

"Kita dapati perkara ini berlaku setiap tahun, maka kesedaran amat penting supaya masyarakat dapat mengenal pasti yang mana benar dan yang mana melakukan penipuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Citrawarna Siam Malaysia Negeri Kelantan 2025 di Wat Machimmaram, di sini, malam tadi.

Beliau turut memaklumkan bahawa MOTAC telah mengambil tindakan tegas terhadap beberapa syarikat yang terlibat dalam penipuan umrah dan haji.

"Kami telah membatalkan lesen beberapa syarikat dan ada juga yang kita gantung. MOTAC sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini supaya tidak terus berlaku pada masa akan datang," katanya.

-- BERNAMA

Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan berkaitan kes buli



Dua lagi pelajar MRSM Besut ditahan berkaitan kes buli

Bernama

27/06/2025


Lima pelajar MRSM Besut direman tiga hari bagi membantu siasatan kes buli seorang pelajar di sekolah tersebut. - Gambar Bernama


JERTIH: Dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli melibatkan pelajar di sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad @ Abu berkata kedua-dua pelajar Tingkatan Tiga itu ditahan 4 petang tadi selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut bersama keluarga.

"Ini menjadikan sebanyak tujuh pelajar sekolah terbabit ditahan setakat ini, iaitu enam pelajar Tingkatan Tiga dan seorang pelajar Tingkatan Lima.

"Dua pelajar yang ditahan petang tadi akan dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu esok untuk proses permohonan reman," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lima pelajar berusia 15 hingga 17 tahun yang ditahan sebelum ini telah direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membolehkan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Azamuddin berkata pihaknya menerima laporan pada petang semalam mengenai seorang lagi pelajar Tingkatan Dua yang didakwa turut menjadi mangsa dalam kejadian sama.

"Mangsa mendakwa dibuli kumpulan pelajar yang sama dalam kejadian kira-kira 11.30 malam Selasa lepas di asrama sekolah berasrama penuh itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di bahagian kaki kanan dan kiri," katanya.

Azamuddin dalam kenyataan semalam berkata seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di MRSM Besut mendakwa menjadi mangsa buli beberapa pelajar senior di asrama, pada 11.30 malam Selasa lepas.

Beliau berkata berdasarkan laporan dibuat mangsa, dia diarahkan duduk dalam keadaan separa mencangkung dan diletakkan selipar di kepala selama 40 minit, ditumbuk di perut dan ditampar sehingga menyebabkan mangsa mengalami sakit di perut dan rusuk kanan serta lebam di belakang badan.

-- BERNAMA

Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran global



Malaysia, Indonesia sepakat ASEAN perlu bersatu hadapi cabaran global

Bernama

27/06/2025


Anwar berkata dalam semangat saling percaya, Malaysia dan Indonesia turut berazam untuk menyelesaikan isu sempadan yang masih tertangguh dengan segera. - Gambar Bernama


KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia sependapat bahawa ASEAN yang bersatu padu dan stabil amat penting dalam menghadapi cabaran global semasa, sama ada daripada segi ekonomi, politik mahupun keselamatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu disepakati dalam pertemuan bersama Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Jakarta, sempena lawatan rasmi sehari beliau ke republik itu, hari ini.

"Sebagai dua negara pengasas ASEAN, Malaysia dan Indonesia menegaskan komitmen teguh untuk memastikan perpaduan serantau terus dipelihara dan kestabilan ASEAN dikekalkan.

"Lantas hubungan erat Malaysia-Indonesia akan terus dijadikan teladan dan pemangkin kepada kesatuan ASEAN yang lebih utuh, demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan rantau secara keseluruhan," kata beliau dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata dalam semangat saling percaya, Malaysia dan Indonesia turut berazam untuk menyelesaikan isu sempadan yang masih tertangguh dengan segera.

Perdana Menteri berkata penyelesaian tuntas masalah sempadan termasuk isu maritim yang berlarutan menjadi keutamaan bersama agar kepentingan besar persahabatan dan kerjasama erat Malaysia-Indonesia sentiasa terpelihara.

"Pendekatan menang-menang ini diharap dapat memperkukuh keyakinan dan kepercayaan antara kedua-dua negara tetangga serumpun.

"Keserasian di sudut pandang ini mencerminkan hubungan persahabatan yang akrab serta hubungan strategik yang terjalin kukuh antara kedua-dua negara," kata beliau.

-- BERNAMA

Trump terminates US trade talks with Canada










President Trump attends press briefing after Supreme Court ruling limiting nationwide injunctions.










Trump Gets Rwanda and the DR Congo to sign peace agreement at the White House










Keputusan Mengolah & Merombak Semula RMK13










Bekas pengetua dihukum penjara 107 tahun










Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED