Translate

10 June 2025

Pegawai AADK Negeri Sembilan langgar SOP, lepas individu positif dadah - EAIC



Pegawai AADK Negeri Sembilan langgar SOP, lepas individu positif dadah - EAIC

Bernama

10/06/2025


EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil siasatan turut mendedahkan beberapa individu yang didapati positif dadah telah dilepaskan semasa operasi itu, yang juga kesalahan di bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan.


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) hari ini mendedahkan beberapa pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa menjalankan operasi di Kampung Felda LBJ, Labu pada 8 Mac 2023.

Beberapa pegawai AADK Negeri Sembilan gagal mematuhi SOP semasa operasi di Kampung Felda LBJ, termasuk melepaskan individu yang didapati positif dadah.

EAIC merujuk kesalahan jenayah tersebut kepada Pendakwa Raya dan mencadangkan tindakan tatatertib terhadap pegawai terlibat.

Siasatan dijalankan susulan aduan awam mengikut peruntukan Akta 700.

EAIC dalam kenyataan hari ini memaklumkan hasil siasatan turut mendedahkan beberapa individu yang didapati positif dadah telah dilepaskan semasa operasi itu, yang juga kesalahan di bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan.

Susulan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk dapatan perlakuan jenayah kepada Pendakwa Raya menurut subperenggan 30(1)(c) Akta 700.

Pada masa sama, EAIC memaklumkan kesalahan pegawai-pegawai AADK terlibat akan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dengan syor hukuman tatatertib di bawah subperenggan 30(1)(b) Akta 700.

EAIC sebelum ini menerima aduan terhadap AADK Negeri Sembilan berhubung dakwaan berkaitan tindakan melepaskan beberapa individu yang didapati positif dadah semasa operasi serbuan.

Susulan itu, siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED