Translate

09 June 2025

Kemalangan bas UPSI: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga



Kemalangan bas UPSI: Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga

Bernama

09/06/2025


Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, awal pagi tadi.

Ucapan takziah dari Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong" Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan kekuatan serta ketabahan kepada keluarga 15 pelajar UPSI yang maut dalam kemalangan di Gerik.

Doa untuk mangsa yang sedang dirawat: Dalam hantaran di Facebook, Baginda berdua turut mendoakan agar mangsa yang masih dirawat di hospital diberikan kesembuhan segera.

Tragedi mengorbankan 15 nyawa: Kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat, berdekatan Tasik Banding, Gerik, menyebabkan sekurang-kurangnya 15 korban.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan mendoakan mereka yang kehilangan ahli keluarga dalam tragedi itu dikurniakan kekuatan, ketabahan serta dipermudah urusan melalui tempoh yang amat sukar itu.

Dalam hantaran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar mangsa yang sedang mendapatkan rawatan di hospital diberikan kesembuhan segera.

Terdahulu, Pusat Kawalan Operasi Daerah Angkatan Pertahanan Awam Hulu Perak dalam kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat Banun, berdekatan Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED