Translate

09 June 2025

Gangguan suis landasan jejas jadual perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya - Rapid Rail



Gangguan suis landasan jejas jadual perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya - Rapid Rail

Bernama

09/06/2025


Gangguan itu menyebabkan tren dari Pasar Seni ke Bangsar menghala ke Putra Heights terpaksa dipandu secara manual. - Gambar hiasan/Sinar Harian


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami kelewatan jadual berikutan gangguan suis landasan di antara Stesen Pasar Seni dan Stesen Bangsar yang berlaku awal pagi ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan memaklumkan gangguan itu, dikesan pada kira-kira 5.30 pagi dan menyebabkan tren dari Pasar Seni ke Bangsar menghala ke Putra Heights terpaksa dipandu secara manual.

"Langkah ini diambil demi memastikan keselamatan penumpang, namun ia menyebabkan pergerakan tren menjadi lebih perlahan di antara dua stesen berkenaan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan Media GANGGUAN SUIS LANDASAN JEJAS JADUAL PERKHIDMATAN LALUAN KELANA JAYA -Tren bergerak lebih perlahan di antara Stesen Pasar Seni ke Stesen Bangsar menghala ke Putra Heights pic.twitter.com/Q0SUu7QjEP

— Ask Rapid KL (@askrapidkl) June 9, 2025

Pasukan kejuruteraan Rapid Rail kini berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan memulihkan operasi secepat mungkin.

Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan penumpang, anggota polis bantuan serta petugas stesen telah ditempatkan di platform dan ruang legar stesen, untuk memberikan bantuan sewajarnya.

"Pengumuman berkala mengenai jadual perjalanan tren turut dibuat di stesen dan penumpang dinasihatkan untuk merujuk laman media sosial Rapid KL bagi mendapatkan maklumat terkini," kata Rapid Rail.

Rapid Rail turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pengguna.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED