Translate

18 June 2025

Akses media lebih inklusif untuk OKU sangat penting - Fahmi



Akses media lebih inklusif untuk OKU sangat penting - Fahmi

Bernama

18/06/2025


Fahmi juga berharap agar pihak media dapat meningkatkan sokongan dalam aspek penyiaran dan penghasilan kandungan yang lebih mesra OKU. - Foto fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Akses maklumat yang lebih inklusif untuk orang kurang upaya (OKU) pendengaran di televisyen dan platform digital adalah sangat penting, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Menerusi catatan di Facebook beliau, Fahmi berkata perkara itu antara yang dibincangkan bersama Penasihat Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) Mohamad Sazali Shaari, Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyAsli) Wan Zuraidah Abu dan Timbalannya Goh Soo Leng di pejabatnya pada Selasa.

"Terima kasih En. Mohamad Sazali, Wan Zuraidah dan Goh Soo Leng atas kunjungan dan perbincangan petang tadi," katanya dalam catatan itu, yang turut disertakan dengan video berdurasi 90 saat memaparkan pertemuan berkenaan.

Selain itu, Fahmi juga berharap agar pihak media dapat meningkatkan sokongan dalam aspek penyiaran dan penghasilan kandungan yang lebih mesra OKU.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED