Translate

17 May 2025

MCMC berhak panggil individu jalankan siasatan sekiranya ada aduan - Teo Nie Ching



MCMC berhak panggil individu jalankan siasatan sekiranya ada aduan - Teo Nie Ching

Bernama

17/05/2025

Teo Nie Ching berkata kertas siasatan akan dibuka dan tindakan diambil berdasarkan siasatan yang telah dijalankan. -Gambar fail/Bernama


JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhak memanggil mana-mana individu bagi menjalankan siasatan sekiranya mendapat sebarang aduan.

MCMC berhak memanggil mana-mana individu untuk siasatan jika menerima aduan, seperti dalam kes pempengaruh Aliff Ahmad yang menawarkan diri untuk menyiasat latar belakang Nurul Izzah Anwar.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menjelaskan bahawa siasatan akan dijalankan dan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut jika perlu.

Beliau turut menyatakan bahawa MCMC perlu memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai tindakan mereka, terutama apabila timbul persepsi bahawa tindakan tersebut agak keras.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kertas siasatan akan dibuka dan tindakan diambil berdasarkan siasatan yang telah dijalankan.

Ia susulan tindakan MCMC memanggil seorang pempengaruh media sosial yang menawarkan diri untuk membuat carian latar belakang terperinci (scrut) terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar.

"Biasanya, kalau ada aduan pihak (MCMC) akan buka kertas siasatan untuk buat siasatan dan selepas itu mereka akan serahkan kepada agensi berkaitan.

"Kalau ada aduan kebiasaannya MCMC rasa ada keperluan, maka mereka berhak untuk mengambil tindakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI X Program MADANI Rakyat (PMR) di Dewan Serbaguna PPR Sri Stulang, di sini, hari ini.

Ketika ditanya mengenai pandangan orang ramai bahawa tindakan memanggil pempengaruh berkenaan agak keras, Teo berkata MCMC perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu.

"Saya rasa MCMC perlu jelaskan kenapa mereka panggil dan lazimnya, selepas siasatan akan diserah kepada agensi (berkaitan) sama ada, terdapat kes atau tidak," katanya.

Baru-baru ini, seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Aliff Ahmad dipetik mendakwa dipanggil MCMC selepas dipercayai menawarkan diri untuk melakukan "scrut" mengenai kerja dan sumber pendapatan Nurul Izzah sekiranya mendapat 20,000 perkongsian melalui Facebook.

-- BERNAMA




Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED