Lebih 100,000 permohonan masuk institusi TVET direkodkan sejak April - Ahmad Zahid
Lebih 100,000 permohonan masuk institusi TVET direkodkan sejak April - Ahmad Zahid
Bernama
19/05/2025

Ahmad Zahid berkata tidak semua belia cemerlang dalam akademik, justeru laluan TVET wajar diberi perhatian sebagai alternatif yang praktikal kerana menjanjikan masa depan cerah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 106,000 permohonan diterima daripada belia seluruh negara untuk menyertai kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selepas ia dipusatkan melalui Unit Pengambilan TVET (UPTVET) bermula awal bulan lepas.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jumlah itu dijangka meningkat kepada sekurang-kurangnya 150,000 permohonan menjelang akhir Jun ini sekali gus mencerminkan keberkesanan terhadap pendekatan baharu tersebut.
Beliau berkata tidak semua belia cemerlang dalam akademik, justeru laluan TVET wajar diberi perhatian sebagai alternatif yang praktikal kerana menjanjikan masa depan cerah.
"Kalau berjaya sampai ke tahap Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (SKM-3) itu sudah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh dapat gaji minimum RM2,500, malah SKM-4 dan SKM-5 setaraf dengan diploma," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Hari Belia Negara 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan yang turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim di sini malam tadi.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, berkata ketika ini enam universiti bersedia menawarkan kursus TVET iaitu Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem), Universiti Selangor (Unisel), Universiti Malaysia Perlis dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Beliau yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata selain kemasukan belia ke institusi berkenaan, kerajaaan juga memberikan penekanan terhadap keperluan membantu 1.16 juta belia dalam sektor e-hailing, p-hailing dan industri kreatif.
"Ramai antara mereka mempunyai bakat tetapi tiada kelulusan formal dan jika terus berada dalam sektor berkenaan tanpa peningkatan kemahiran, produktiviti mereka mungkin terjejas menjelang usia 40 tahun.
"Oleh itu, untuk masa depan mereka kerajaan menyediakan program reskilling dan upskilling dalam bidang TVET agar mereka dapat meningkatkan kemahiran serta pendapatan. Elaun harian juga akan disediakan bagi mengurangkan impak kewangan semasa tempoh latihan," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid melahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan maut melibatkan golongan belia apabila 90 peratus daripada 6,000 kematian yang direkodkan setiap tahun adalah daripada kumpulan itu dan ia perlu ditangani segera.
"Jika terus berlaku kita akan kehilangan guna tenaga produktif dalam kalangan belia, maka saya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Keselamatan Jalan Raya mahu Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Negeri (MBN) mengadakan kursus khas permotoran kepada penunggang motosikal muda termasuk aspek keselamatan dan penyelenggaraan," katanya.
Beliau turut menggesa supaya program khas lain diwujudkan untuk belia yang tidak berpersatuan agar mereka tidak tersisih daripada arus pembangunan.
Ahmad Zahid juga bersetuju agar beberapa inisiatif khas dilaksanakan untuk golongan belia di Wilayah Persekutuan termasuk penawaran kursus e-sukan secara percuma di UniKL, program TVET dalam bidang automotif EV serta program berasaskan teknologi hijau untuk belia bandar.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
May 2025
(1002)
- Tengku Zafrul Tidak Terikat Akta Anti Lompat Parti...
- PM Anwar tiba di Singapura, hadiri Dialog Shangri-...
- Sabah graft probe must follow due process, says Anwar
- Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh ...
- Highway corruption: MACC seizes assets, freezes ac...
- President Trump and Elon Musk on Elon's 130 days w...
- PKR belum terima permohonan rasmi keanggotaan Teng...
- PKR must be warned, UMNO must demand RM100 million...
- Emas dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan...
- Polis tahan tokan dadah, rampas hampir 70kg ganja ...
- Seorang maut, empat cedera kemalangan babitkan dua...
- JAKIM lapor polis, MCMC berhubung sindiket penipua...
- Mahkamah Rayuan tolak permohonan injunksi ad inter...
- UMNO belum terima surat peletakan jawatan Tengku Z...
- SPRM sita aset RM12 juta milik Tan Sri pemegang ko...
- Zon larangan berhenti di lima jalan utama di Georg...
- Manchester United Comeback to beat Hong Kong 3-1
- 3 Maut Kereta Bertembung Bas Ekspres
- APAD batal lesen pengendali syarikat lori batu rag...
- Tengku Zafrul keluar UMNO, mohon sertai PKR | 30 M...
- Vape Dadah Rosakkan Hati, Otak Bernilai RM3.29 Jut...
- PELAJAR BERTEKAK DENGAN GURU TAMPIL BERI PENJELASAN
- Dua peniaga menyamar polis, rogol pelajar universiti
- US court jails ex Goldman's Tim Leissner over 1MDB...
- Saya sudah ada 'plan' - Rafizi
- PLUS jangka lonjakan trafik lebih dua juta kendera...
- Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN...
- Imigresen gempur sembilan kilang, 114 pendatang ta...
- Pegawai JPJ gagal isytihar pelupusan harta dalam s...
- Orang ramai dinasihat lebih berhati-hati beli pake...
- Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam,...
- JAKIM bekerjasama dengan KPDN pantau pemegang siji...
- Aset rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$118.70 bi...
- Rogol isteri orang, Long Tiger dijel 12 tahun dan ...
- Tan Sri antara 3 individu ditahan, aset RM500 juta...
- Pensyarah Diperintah Bayar RM400,000 Kepada Hannah...
- Sertai kabinet? KJ tak terfikir kembali ke politik...
- Penempatan ribuan PATI diserbu dalam Operasi Kachi
- Perancis anugerah penghormatan tertinggi kepada Pr...
- Kes rasuah: Bekas pegawai polis masuk penjara sele...
- Ancaman siber dipacu AI melonjak di Malaysia, data...
- KPJ Healthcare raih untung bersih RM57.1 juta bagi...
- Sultan Pahang doakan kesihatan Sultan Brunei, tita...
- Polis gempur banglo jadi 'sarang' sindiket penipua...
- Penunggang motosikal maut ditemukan bersama ratusa...
- SPRM sita aset RM32 juta dari kediaman 'Tan Sri'
- BUS EKSPRES TERBAKAR SELEPAS SERET MOTOSIKAL- 28 P...
- Ahmad Diallo and Garnacho should be fined for show...
- Syarikat, bekas Timbalan Pengarah JAS didakwa lupu...
- Ramanan selar pihak tertentu sebar fitnah guna nam...
- Sultan Selangor kurnia watikah pelantikan 32 individu
- 530 kes demam denggi direkodkan di Melaka
- Pembantu perubatan didakwa curi lori jana kuasa
- Menteri Kabinet ucap selamat Hari Wartawan Nasional
- Kertas siasatan pempengaruh disyaki hantar gambar ...
- Fahmi Zainol tidak letak jawatan Exco, ikrar ikut ...
- Sidang Media Tan Sri Shafee Abdullah isu penghinaa...
- Ryan Giggs suprise Sultan Pahang!
- Man United star Amad Diallo raises middle finger t...
- ENAM PUSAT SEMBELIH AYAM DISERBU AYAM MATI SEBELUM...
- Tujuh Surat Minta Pengesahan Kewujudan Titah Adend...
- Selangor bakal rombak kabinet? Nama Amirudin diseb...
- KPDN Selangor tahan lima lelaki seleweng kemudahan...
- Kenderaan terjunam dalam gaung, bapa dan anak pere...
- Polis Gombak lumpuhkan dua sindiket dadah, rampasa...
- Lelaki warga Bangladesh didakwa lakukan amang seks...
- Kejayaan atasi Manchester United tingkat keyakinan...
- “Saya tinggalkan Kabinet, bukan perjuangan.” - Nik...
- Chelsea win UEFA Conference League 24/25 beating R...
- Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perjumpaan bersa...
- Rombakan kabinet?Menteri sedang bercuti tak boleh ...
- GARA-GARA KENA HON
- GURU NAFI HERDIK PELAJAR BUAT LAPORAN MINTA POLIS ...
- KEJADIAN JAM 4 PAGI DI JALAN KEBUN SULTAN KOTA BHA...
- Tekong darat maut, 7 PATI cedera kereta dikejar APMM
- Chang Lih Kang, Tan Kar Heng nafi tarik sokongan k...
- Keputusan Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan tindakan...
- Ringgit rendah berbanding dolar AS
- PM Anwar ucap tahniah, ASEAN-All Stars tewaskan Ma...
- Tiga ditahan, 700 saman dikeluarkan pada Op Khas K...
- JCorp mentakrif semula ekonomi Johor
- Elon Musk leaves Trump administration - White House
- Bank Negara imposes penalties on four financial in...
- Man United Shocked By ASEAN All Stars team in Mala...
- ASEAN ALL STARS - MAN. UNITED Penyokong United ban...
- Polis Buka Kertas Siasatan Kes Guru Marah, Aibkan ...
- Maut Dilanggar Lamborghini
- 83 Pati Kena Cekup Di Dua Gudang Di Shah Alam
- 'Siapa beritahu', soal Anwar
- Jadual KTM Komuter, ETS alami perubahan sementara ...
- Dadah: Mahkamah kekalkan hukuman penjara 30 tahun ...
- BNM kenakan penalti atas empat institusi kewangan ...
- Pelancong dari negara ASEAN, Timor Leste digalak g...
- Dua sahabat mengaku tidak salah rompak enam kedai ...
- Semua idea Rafizi tidak akan ditinggalkan – Izzah
- Nik Nazmi resigns as NRES Minister effective July ...
- PM Anwar meets Manchester United CEO Omar Berrada ...
- "BAS PINK" PUNCA PEMUDA KERETA MITSUBISHI MAUT
- SUAMI KEJAR KERETA LELAKI BAWA LARI ISTERI KE BALA...
- Rafizi resigns from Cabinet effective June 17, 2025.
- PENIAGA BERPUTIH MATA MBSA ROBOH GERAI BAWAH POKOK...
- Guru tular terlibat hubungan terlarang direhatkan
- Tak perlu letak jawatan menteri ekonomi - Khairy b...
- Pasangan baru kahwin dicekup jual vape kepada pela...
- Sultan Brunei dalam keadaan sihat, berehat beberap...
- MIDF saran pelabur terima tawaran Felda ambil alih...
- Ringgit dibuka rendah susulan peningkatan data AS
- Bayi lelaki tujuh bulan meninggal dunia di taska
- Kanak-kanak perempuan disyaki didera ditempatkan d...
- Polis Melaka siapkan kertas cadangan usul haramkan...
- Dua individu ditahan disyaki kemuka butir matan pa...
- Pengarah syarikat rugi lebih RM1.47 juta terpedaya...
- Yang di-Pertuan Agong bakal lakukan lawatan pertam...
- HARI RAYA AIDILADHA SAMBUT PADA 7 JUN
- Saya hanya bercakap benar dalam kes rasuah Lim Gua...
- Empat lelaki disyaki terlibat samun, menyamar poli...
- KDN kenakan Perintah Larangan tujuh buku termasuk ...
- Man United's Ruben Amorim and Mason Mount speaks a...
- M'sia hosts landmark Asean-GCC-China Summit
- Around ASEAN 2025
- The FIGHT between Onana and Casemiro against Totte...
- Trump makes new financial threat against Harvard
- Emmanuel Macron’s humiliation as his wife brutally...
- EJEN ALI THE MOVIE 2 - Empat Hari Tayangan Di Sel...
- Pencabar Anwar Di PRK Port Dickson Dipenjara 10 Tahun
- Anak Bekas Presiden Pas Dilantik Mufti Wilayah
- The Soccer Special Premier League Team of the seas...
- ASEAN 2025 GALA DINNER - Entertainment by Siti Nu...