KKFP platform baharu bantu kesan aset jenayah rasuah di luar negara - Azam Baki
KKFP platform baharu bantu kesan aset jenayah rasuah di luar negara - Azam Baki
Bernama
19/05/2025

Tan Sri Azam Baki berkata SPRM sebagai agensi peneraju dan sekretariat KKFP akan memastikan tindakan pengesanan, analisis serta penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih bersepadu, pantas dan berimpak tinggi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Penubuhan Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP) dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh usaha negara mendapatkan semula wang dan aset hasil jenayah rasuah serta penyelewengan yang disembunyikan di luar negara.
SPRM menubuhkan Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP) untuk mempercepat usaha mengesan dan memulangkan aset negara hasil jenayah rasuah seperti kes 1MDB.
KKFP melibatkan kerjasama tujuh agensi utama termasuk Jabatan Audit Negara, LHDN dan SSM bagi menangani penipuan perakaunan secara menyeluruh.
Malaysia dianggarkan rugi RM277 bilion akibat rasuah antara 2018 hingga 2023, yang menjejaskan keyakinan pelabur dan pembangunan negara.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata SPRM sebagai agensi peneraju dan sekretariat KKFP akan memastikan tindakan pengesanan, analisis serta penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih bersepadu, pantas dan berimpak tinggi.
"Tindakan menangani kes kehilangan wang negara hasil jenayah bersindiket yang melibatkan pelbagai pihak bukan mudah. Namun, dengan penubuhan KKFP ini, kita dapat menyekat kebocoran dan memulangkan semula harta-harta yang dicuri.
"Contohnya pagi tadi dalam taklimat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), banyak perlu dibuat dan ia bukan kerja mudah serta memerlukan kepakaran," katanya pada sidang media selepas melancarkan KKFP bersama wakil enam agensi peneraju lain di sini hari ini.
Selain SPRM, KKFP turut diterajui Jabatan Audit Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan Institut Akauntan Malaysia.
Ia ditubuhkan sebagai platform kerjasama strategik rentas agensi dalam usaha membanteras jenayah penipuan perakaunan secara menyeluruh.
Mengenai skandal 1MDB, Azam menyifatkan ia sebagai kes yang kompleks dan mencabar kerana kebanyakan aset yang didakwa dicuri berada di luar negara.
"Kita akan ke arah itu (kerjasama KKFP dalam kes 1MDB)... Ini bukan perkara mudah, banyak aset berada di luar negara dan bukan semua negara mempunyai kerjasama erat dengan kita. Kepakaran ahli KKFP akan digunakan sepenuhnya dalam pengesanan aset melibatkan kerjasama antarabangsa," katanya.
Azam berkata KKFP turut memfokuskan kepada aspek pemulangan hasil dengan jangkaan impak positif dapat dilihat dalam tempoh enam bulan akan datang.
Mengulas kesan rasuah terhadap ekonomi negara, Azam mendedahkan berdasarkan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), Malaysia mengalami kerugian kira-kira RM277 bilion akibat jenayah rasuah dalam tempoh lima tahun antara 2018 hingga 2023, bersamaan RM55 bilion setahun.
Beliau berkata kajian EMIR Research pada 2023 pula menganggarkan kerugian mencecah RM4.5 trilion antara tahun 1997 hingga 2022, yang merangkumi pelbagai bentuk kebocoran dan penyelewengan.
"Ini bukan sekadar statistik, ia adalah petunjuk jelas bagaimana rasuah dan kesalahan berkaitannya seperti pemalsuan dokumen, manipulasi penyata kewangan dan penyelewengan wang syarikat telah merosakkan dasar, proses dan penyampaian kerajaan serta sektor swasta.
"Akhirnya ia membawa kepada kehilangan keyakinan pelabur dan rakyat, serta kemunduran kemajuan negara," katanya.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
May 2025
(1002)
- Tengku Zafrul Tidak Terikat Akta Anti Lompat Parti...
- PM Anwar tiba di Singapura, hadiri Dialog Shangri-...
- Sabah graft probe must follow due process, says Anwar
- Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh ...
- Highway corruption: MACC seizes assets, freezes ac...
- President Trump and Elon Musk on Elon's 130 days w...
- PKR belum terima permohonan rasmi keanggotaan Teng...
- PKR must be warned, UMNO must demand RM100 million...
- Emas dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan...
- Polis tahan tokan dadah, rampas hampir 70kg ganja ...
- Seorang maut, empat cedera kemalangan babitkan dua...
- JAKIM lapor polis, MCMC berhubung sindiket penipua...
- Mahkamah Rayuan tolak permohonan injunksi ad inter...
- UMNO belum terima surat peletakan jawatan Tengku Z...
- SPRM sita aset RM12 juta milik Tan Sri pemegang ko...
- Zon larangan berhenti di lima jalan utama di Georg...
- Manchester United Comeback to beat Hong Kong 3-1
- 3 Maut Kereta Bertembung Bas Ekspres
- APAD batal lesen pengendali syarikat lori batu rag...
- Tengku Zafrul keluar UMNO, mohon sertai PKR | 30 M...
- Vape Dadah Rosakkan Hati, Otak Bernilai RM3.29 Jut...
- PELAJAR BERTEKAK DENGAN GURU TAMPIL BERI PENJELASAN
- Dua peniaga menyamar polis, rogol pelajar universiti
- US court jails ex Goldman's Tim Leissner over 1MDB...
- Saya sudah ada 'plan' - Rafizi
- PLUS jangka lonjakan trafik lebih dua juta kendera...
- Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN...
- Imigresen gempur sembilan kilang, 114 pendatang ta...
- Pegawai JPJ gagal isytihar pelupusan harta dalam s...
- Orang ramai dinasihat lebih berhati-hati beli pake...
- Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam,...
- JAKIM bekerjasama dengan KPDN pantau pemegang siji...
- Aset rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$118.70 bi...
- Rogol isteri orang, Long Tiger dijel 12 tahun dan ...
- Tan Sri antara 3 individu ditahan, aset RM500 juta...
- Pensyarah Diperintah Bayar RM400,000 Kepada Hannah...
- Sertai kabinet? KJ tak terfikir kembali ke politik...
- Penempatan ribuan PATI diserbu dalam Operasi Kachi
- Perancis anugerah penghormatan tertinggi kepada Pr...
- Kes rasuah: Bekas pegawai polis masuk penjara sele...
- Ancaman siber dipacu AI melonjak di Malaysia, data...
- KPJ Healthcare raih untung bersih RM57.1 juta bagi...
- Sultan Pahang doakan kesihatan Sultan Brunei, tita...
- Polis gempur banglo jadi 'sarang' sindiket penipua...
- Penunggang motosikal maut ditemukan bersama ratusa...
- SPRM sita aset RM32 juta dari kediaman 'Tan Sri'
- BUS EKSPRES TERBAKAR SELEPAS SERET MOTOSIKAL- 28 P...
- Ahmad Diallo and Garnacho should be fined for show...
- Syarikat, bekas Timbalan Pengarah JAS didakwa lupu...
- Ramanan selar pihak tertentu sebar fitnah guna nam...
- Sultan Selangor kurnia watikah pelantikan 32 individu
- 530 kes demam denggi direkodkan di Melaka
- Pembantu perubatan didakwa curi lori jana kuasa
- Menteri Kabinet ucap selamat Hari Wartawan Nasional
- Kertas siasatan pempengaruh disyaki hantar gambar ...
- Fahmi Zainol tidak letak jawatan Exco, ikrar ikut ...
- Sidang Media Tan Sri Shafee Abdullah isu penghinaa...
- Ryan Giggs suprise Sultan Pahang!
- Man United star Amad Diallo raises middle finger t...
- ENAM PUSAT SEMBELIH AYAM DISERBU AYAM MATI SEBELUM...
- Tujuh Surat Minta Pengesahan Kewujudan Titah Adend...
- Selangor bakal rombak kabinet? Nama Amirudin diseb...
- KPDN Selangor tahan lima lelaki seleweng kemudahan...
- Kenderaan terjunam dalam gaung, bapa dan anak pere...
- Polis Gombak lumpuhkan dua sindiket dadah, rampasa...
- Lelaki warga Bangladesh didakwa lakukan amang seks...
- Kejayaan atasi Manchester United tingkat keyakinan...
- “Saya tinggalkan Kabinet, bukan perjuangan.” - Nik...
- Chelsea win UEFA Conference League 24/25 beating R...
- Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perjumpaan bersa...
- Rombakan kabinet?Menteri sedang bercuti tak boleh ...
- GARA-GARA KENA HON
- GURU NAFI HERDIK PELAJAR BUAT LAPORAN MINTA POLIS ...
- KEJADIAN JAM 4 PAGI DI JALAN KEBUN SULTAN KOTA BHA...
- Tekong darat maut, 7 PATI cedera kereta dikejar APMM
- Chang Lih Kang, Tan Kar Heng nafi tarik sokongan k...
- Keputusan Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan tindakan...
- Ringgit rendah berbanding dolar AS
- PM Anwar ucap tahniah, ASEAN-All Stars tewaskan Ma...
- Tiga ditahan, 700 saman dikeluarkan pada Op Khas K...
- JCorp mentakrif semula ekonomi Johor
- Elon Musk leaves Trump administration - White House
- Bank Negara imposes penalties on four financial in...
- Man United Shocked By ASEAN All Stars team in Mala...
- ASEAN ALL STARS - MAN. UNITED Penyokong United ban...
- Polis Buka Kertas Siasatan Kes Guru Marah, Aibkan ...
- Maut Dilanggar Lamborghini
- 83 Pati Kena Cekup Di Dua Gudang Di Shah Alam
- 'Siapa beritahu', soal Anwar
- Jadual KTM Komuter, ETS alami perubahan sementara ...
- Dadah: Mahkamah kekalkan hukuman penjara 30 tahun ...
- BNM kenakan penalti atas empat institusi kewangan ...
- Pelancong dari negara ASEAN, Timor Leste digalak g...
- Dua sahabat mengaku tidak salah rompak enam kedai ...
- Semua idea Rafizi tidak akan ditinggalkan – Izzah
- Nik Nazmi resigns as NRES Minister effective July ...
- PM Anwar meets Manchester United CEO Omar Berrada ...
- "BAS PINK" PUNCA PEMUDA KERETA MITSUBISHI MAUT
- SUAMI KEJAR KERETA LELAKI BAWA LARI ISTERI KE BALA...
- Rafizi resigns from Cabinet effective June 17, 2025.