AKPS perkukuh kesiapsiagaan di pintu masuk negara, pastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN
AKPS perkukuh kesiapsiagaan di pintu masuk negara, pastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN
Bernama
19/05/2025

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memperkukuh kesiapsiagaan di semua pintu masuk utama negara, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 hujung bulan ini. - Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) memperkukuh kesiapsiagaan di semua pintu masuk utama negara, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 hujung bulan ini, bagi memastikan urusan ketibaan delegasi berjalan lancar dan keselamatan negara terus terpelihara.
Pintu masuk negara yang akan menerima ketibaan tetamu negara dan delegasi luar sempena sidang kemuncak itu ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2, serta Kompleks Bunga Raya di Sepang.
Pemangku Ketua Pengarah AKPS, Datuk Sazali Mohamad berkata, AKPS meletakkan komitmen yang tinggi untuk memastikan kelancaran setiap proses yang dilalui delegasi luar di semua pintu masuk negara, melalui beberapa pendekatan strategik.
Beliau berkata, laluan protokol khusus akan disediakan dengan kerjasama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), untuk mempercepat proses pemeriksaan delegasi tanpa perlu menunggu dalam barisan pada laluan biasa, terutamanya di pintu masuk utama seperti KLIA.
"AKPS turut memperkukuh kolaborasi bersama pihak yang mempunyai peranan khusus dalam Sidang Kemuncak ASEAN seperti Kementerian Luar, Polis Diraja Malaysia (PDRM), MAHB serta agensi teras AKPS iaitu Jabatan Imigresen dan Kementerian Kesihatan.
"Kolaborasi ini penting untuk membolehkan AKPS membuat semakan serta penilaian awal sebelum ketibaan delegasi di pintu masuk negara," katanya kepada Bernama.
Sazali berkata, peluasan penggunaan Autogate kepada pemegang pasport negara anggota ASEAN bagi pelepasan antarabangsa, turut membantu mempercepatkan proses keluar masuk delegasi.
"Selain itu, pemeriksaan turut diperkemaskan melalui penyediaan Kaunter Pemeriksaan individu kenamaan (VVIP), di Kompleks Bunga Raya dan VIP Lounge khusus bagi menyambut kehadiran tetamu kenamaan," katanya.
Sazali berkata, sepanjang tempoh sidang kemuncak kali ini, empat pasukan AKPS ditempatkan di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2, masing-masing melibatkan 150 pegawai bagi setiap syif.
"Laluan VVIP di Kompleks Bunga Raya pula, sebanyak 50 pegawai akan bertugas khusus untuk menyambut dan menguruskan kehadiran tetamu kenamaan," katanya.
Sazali berkata, bagi memastikan semua anggota bersedia dari segi taktikal dan operasi, AKPS juga menjalankan latihan dan simulasi keselamatan, selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Luar.
"Sepanjang tempoh penganjuran acara ini, AKPS dengan kerjasama Bahagian Keselamatan dan Pasport Jabatan Imigresen, PDRM serta Kementerian Luar, akan melaksanakan semakan awal terhadap maklumat delegasi dan pegawai yang dijadualkan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN," katanya.
Beliau berkata AKPS komited untuk memastikan keselesaan dan kelancaran ketibaan delegasi Sidang Kemuncak ASEAN, supaya imej negara dan agensi terlibat mendapat persepsi yang positif daripada delegasi luar.
"Sebagai sebuah agensi barisan hadapan, sudah pasti pengalaman pertama yang membentuk persepsi awal delegasi yang berkunjung ke negara ini, akan tercetus melalui perkhidmatan serta layanan yang diterima daripada AKPS," katanya.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 dan 27 Mei ini, dan turut diadakan serentak dengan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC (Majlis Kerjasama Teluk) kedua serta Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China pertama.
Mengangkat tema Keterangkuman dan Kemampanan, Malaysia sekali lagi menjadi Pengerusi ASEAN buat kali kelima, selepas tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.
-- BERNAMA
Popular Posts - Last 7 days
Popular Posts - Last 30 days
Blog Archive
-
▼
2025
(6631)
-
▼
May 2025
(1002)
- Tengku Zafrul Tidak Terikat Akta Anti Lompat Parti...
- PM Anwar tiba di Singapura, hadiri Dialog Shangri-...
- Sabah graft probe must follow due process, says Anwar
- Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh ...
- Highway corruption: MACC seizes assets, freezes ac...
- President Trump and Elon Musk on Elon's 130 days w...
- PKR belum terima permohonan rasmi keanggotaan Teng...
- PKR must be warned, UMNO must demand RM100 million...
- Emas dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan...
- Polis tahan tokan dadah, rampas hampir 70kg ganja ...
- Seorang maut, empat cedera kemalangan babitkan dua...
- JAKIM lapor polis, MCMC berhubung sindiket penipua...
- Mahkamah Rayuan tolak permohonan injunksi ad inter...
- UMNO belum terima surat peletakan jawatan Tengku Z...
- SPRM sita aset RM12 juta milik Tan Sri pemegang ko...
- Zon larangan berhenti di lima jalan utama di Georg...
- Manchester United Comeback to beat Hong Kong 3-1
- 3 Maut Kereta Bertembung Bas Ekspres
- APAD batal lesen pengendali syarikat lori batu rag...
- Tengku Zafrul keluar UMNO, mohon sertai PKR | 30 M...
- Vape Dadah Rosakkan Hati, Otak Bernilai RM3.29 Jut...
- PELAJAR BERTEKAK DENGAN GURU TAMPIL BERI PENJELASAN
- Dua peniaga menyamar polis, rogol pelajar universiti
- US court jails ex Goldman's Tim Leissner over 1MDB...
- Saya sudah ada 'plan' - Rafizi
- PLUS jangka lonjakan trafik lebih dua juta kendera...
- Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN...
- Imigresen gempur sembilan kilang, 114 pendatang ta...
- Pegawai JPJ gagal isytihar pelupusan harta dalam s...
- Orang ramai dinasihat lebih berhati-hati beli pake...
- Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam,...
- JAKIM bekerjasama dengan KPDN pantau pemegang siji...
- Aset rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$118.70 bi...
- Rogol isteri orang, Long Tiger dijel 12 tahun dan ...
- Tan Sri antara 3 individu ditahan, aset RM500 juta...
- Pensyarah Diperintah Bayar RM400,000 Kepada Hannah...
- Sertai kabinet? KJ tak terfikir kembali ke politik...
- Penempatan ribuan PATI diserbu dalam Operasi Kachi
- Perancis anugerah penghormatan tertinggi kepada Pr...
- Kes rasuah: Bekas pegawai polis masuk penjara sele...
- Ancaman siber dipacu AI melonjak di Malaysia, data...
- KPJ Healthcare raih untung bersih RM57.1 juta bagi...
- Sultan Pahang doakan kesihatan Sultan Brunei, tita...
- Polis gempur banglo jadi 'sarang' sindiket penipua...
- Penunggang motosikal maut ditemukan bersama ratusa...
- SPRM sita aset RM32 juta dari kediaman 'Tan Sri'
- BUS EKSPRES TERBAKAR SELEPAS SERET MOTOSIKAL- 28 P...
- Ahmad Diallo and Garnacho should be fined for show...
- Syarikat, bekas Timbalan Pengarah JAS didakwa lupu...
- Ramanan selar pihak tertentu sebar fitnah guna nam...
- Sultan Selangor kurnia watikah pelantikan 32 individu
- 530 kes demam denggi direkodkan di Melaka
- Pembantu perubatan didakwa curi lori jana kuasa
- Menteri Kabinet ucap selamat Hari Wartawan Nasional
- Kertas siasatan pempengaruh disyaki hantar gambar ...
- Fahmi Zainol tidak letak jawatan Exco, ikrar ikut ...
- Sidang Media Tan Sri Shafee Abdullah isu penghinaa...
- Ryan Giggs suprise Sultan Pahang!
- Man United star Amad Diallo raises middle finger t...
- ENAM PUSAT SEMBELIH AYAM DISERBU AYAM MATI SEBELUM...
- Tujuh Surat Minta Pengesahan Kewujudan Titah Adend...
- Selangor bakal rombak kabinet? Nama Amirudin diseb...
- KPDN Selangor tahan lima lelaki seleweng kemudahan...
- Kenderaan terjunam dalam gaung, bapa dan anak pere...
- Polis Gombak lumpuhkan dua sindiket dadah, rampasa...
- Lelaki warga Bangladesh didakwa lakukan amang seks...
- Kejayaan atasi Manchester United tingkat keyakinan...
- “Saya tinggalkan Kabinet, bukan perjuangan.” - Nik...
- Chelsea win UEFA Conference League 24/25 beating R...
- Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perjumpaan bersa...
- Rombakan kabinet?Menteri sedang bercuti tak boleh ...
- GARA-GARA KENA HON
- GURU NAFI HERDIK PELAJAR BUAT LAPORAN MINTA POLIS ...
- KEJADIAN JAM 4 PAGI DI JALAN KEBUN SULTAN KOTA BHA...
- Tekong darat maut, 7 PATI cedera kereta dikejar APMM
- Chang Lih Kang, Tan Kar Heng nafi tarik sokongan k...
- Keputusan Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan tindakan...
- Ringgit rendah berbanding dolar AS
- PM Anwar ucap tahniah, ASEAN-All Stars tewaskan Ma...
- Tiga ditahan, 700 saman dikeluarkan pada Op Khas K...
- JCorp mentakrif semula ekonomi Johor
- Elon Musk leaves Trump administration - White House
- Bank Negara imposes penalties on four financial in...
- Man United Shocked By ASEAN All Stars team in Mala...
- ASEAN ALL STARS - MAN. UNITED Penyokong United ban...
- Polis Buka Kertas Siasatan Kes Guru Marah, Aibkan ...
- Maut Dilanggar Lamborghini
- 83 Pati Kena Cekup Di Dua Gudang Di Shah Alam
- 'Siapa beritahu', soal Anwar
- Jadual KTM Komuter, ETS alami perubahan sementara ...
- Dadah: Mahkamah kekalkan hukuman penjara 30 tahun ...
- BNM kenakan penalti atas empat institusi kewangan ...
- Pelancong dari negara ASEAN, Timor Leste digalak g...
- Dua sahabat mengaku tidak salah rompak enam kedai ...
- Semua idea Rafizi tidak akan ditinggalkan – Izzah
- Nik Nazmi resigns as NRES Minister effective July ...
- PM Anwar meets Manchester United CEO Omar Berrada ...
- "BAS PINK" PUNCA PEMUDA KERETA MITSUBISHI MAUT
- SUAMI KEJAR KERETA LELAKI BAWA LARI ISTERI KE BALA...
- Rafizi resigns from Cabinet effective June 17, 2025.
- PENIAGA BERPUTIH MATA MBSA ROBOH GERAI BAWAH POKOK...
- Guru tular terlibat hubungan terlarang direhatkan
- Tak perlu letak jawatan menteri ekonomi - Khairy b...
- Pasangan baru kahwin dicekup jual vape kepada pela...
- Sultan Brunei dalam keadaan sihat, berehat beberap...
- MIDF saran pelabur terima tawaran Felda ambil alih...
- Ringgit dibuka rendah susulan peningkatan data AS
- Bayi lelaki tujuh bulan meninggal dunia di taska
- Kanak-kanak perempuan disyaki didera ditempatkan d...
- Polis Melaka siapkan kertas cadangan usul haramkan...
- Dua individu ditahan disyaki kemuka butir matan pa...
- Pengarah syarikat rugi lebih RM1.47 juta terpedaya...
- Yang di-Pertuan Agong bakal lakukan lawatan pertam...
- HARI RAYA AIDILADHA SAMBUT PADA 7 JUN
- Saya hanya bercakap benar dalam kes rasuah Lim Gua...
- Empat lelaki disyaki terlibat samun, menyamar poli...
- KDN kenakan Perintah Larangan tujuh buku termasuk ...
- Man United's Ruben Amorim and Mason Mount speaks a...
- M'sia hosts landmark Asean-GCC-China Summit
- Around ASEAN 2025
- The FIGHT between Onana and Casemiro against Totte...
- Trump makes new financial threat against Harvard
- Emmanuel Macron’s humiliation as his wife brutally...
- EJEN ALI THE MOVIE 2 - Empat Hari Tayangan Di Sel...
- Pencabar Anwar Di PRK Port Dickson Dipenjara 10 Tahun
- Anak Bekas Presiden Pas Dilantik Mufti Wilayah
- The Soccer Special Premier League Team of the seas...
- ASEAN 2025 GALA DINNER - Entertainment by Siti Nu...