Translate

31 May 2025

Tengku Zafrul Tidak Terikat Akta Anti Lompat Parti - Johari










PM Anwar tiba di Singapura, hadiri Dialog Shangri-La ke22, bincang isu keselamatan serantau & global










Sabah graft probe must follow due process, says Anwar

 







Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh parti - Amirudin



Penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR mampu perkukuh parti - Amirudin

Bernama

31/05/2025


Datuk Seri Amirudin Shari menyambut baik hasrat Tengku Zafrul untuk menyertai PKR. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Penyertaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya diterima mampu memperkukuh parti berkenaan, terutamanya di Selangor.

Datuk Seri Amirudin Shari menyambut baik hasrat Tengku Zafrul untuk menyertai PKR dan percaya penyertaannya akan memperkukuh parti, khususnya di Selangor, serta mempererat kerjasama sedia ada dalam bidang pelaburan dan industri.

Setakat ini, PKR belum menerima permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul, namun Amirudin yakin hubungan antara PKR dan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan tidak akan terjejas.

Amirudin menolak spekulasi bahawa Tengku Zafrul akan menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor, sambil berseloroh meminta doa agar kekal dalam jawatan semasa Zafrul menunaikan haji.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga yakin, beliau dan Tengku Zafrul merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dapat berkerjasama dengan lebih baik.

"Saya percaya kami boleh bekerjasama dengan erat, kebetulan saya memang bekerjasama erat dengan beliau hatta dalam pentadbiran sebelum ini sewaktu beliau Menteri Kewangan.

"Sekarang beliau Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri kita turut bekerjasama contoh dalam bidang aeroangkasa dan semikonduktor, kami mempunyai kolaborasi yang jitu, kalau beliau berada dalam satu parti saya percaya kerjasama ini akan lebih erat," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 di sini Dewan Seri Siantan Selayang di sini hari ini.

Semalam, Tengku Zafrul menerusi kenyataan di Facebook mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO serta menyatakan hasrat untuk menyertai PKR.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh hari ini memaklumkan PKR belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti berkenaan, setakat ini.

Menjelas lanjut, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR menyatakan keyakinan bahawa hubungan parti itu dengan UMNO tidak akan terjejas kerana telah wujud persefahaman antara kedua-dua pihak.

Mengenai desas-desus bahawa penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR adalah bagi menggantikan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin berkata: "Pada pendapat saya, terlalu panjang ceritanya, saya tak rasa ada jalan itu sebab nak kena buat pilihan raya kecil lagi".

"Kita hanya berbaki dua tahun setengah, jadi tidak banyak kita boleh aturkan, kita kena lihat lagi sebarang perkembangan terkini," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan Ahli Parlimen Gombak.

Amirudin sempat berseloroh meminta Tengku Zafrul yang akan menunaikan ibadah haji supaya mendoakan beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

-- BERNAMA

Highway corruption: MACC seizes assets, freezes accounts of more than RM80 million - Azam Baki



Highway corruption: MACC seizes assets, freezes accounts of more than RM80 million - Azam Baki

31/05/2025


SHAH ALAM: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has seized assets and frozen bank accounts worth RM85.6 million following an investigation involving one Tan Sri in connection with the misappropriation of sukuk funds for the construction of highways in the Klang Valley.

Seizure of Assets Worth RM85.6 Million: MACC has seized 14 individual accounts, 8 company accounts, as well as various high-end assets including vehicles, properties, handbags, and watches believed to have been obtained through misused sukuk funds.

Misused Sukuk Funds: Money that was supposed to be used for highway construction was allegedly transferred to proxy companies and personal accounts, including being used for the purchase of luxury assets and gambling activities.

Investigation Still Ongoing: MACC is yet to record the testimony of the main individual due to his health condition, but 45 people have been called, and more witnesses will be called to complete the investigation.



MACC chief commissioner Tan Sri Azam Baki said among those seized included 14 individual accounts amounting to RM4.5 million, eight company accounts amounting to RM33 million and luxury vehicles worth RM7.65 million.

According to him, other items also seized were a RM3 million handbag and a RM7 million luxury watch as well as a property worth RM24.5 million.

"We suspect that the sukuk funds amounting to hundreds of millions of ringgit channelled to the contractor company owned by Tan Sri have been misused for personal gain and were not used for the purpose of financing related highway projects.

"The money was then distributed to certain companies and individuals, including to Tan Sri's account which acted as the main mover," he said when contacted on Saturday.

Azam said the funds were then transferred to several other entities, including the proxy company and the account of the individual's wife.

"The money was used for the purchase of various assets such as real estate, luxury vehicles, jewellery, and handbags including gambling activities.

"It is also channelled for personal expenses such as the purchase of domestic and foreign properties as well as investments, through various layered financial transactions aimed at obscuring the original source of funds," he said.

Azam said that for now, the MACC has not recorded Tan Sri's statement because of his health condition which is currently in the hospital ward.

"However, the investigation is still ongoing with the seizure of the assets, we will examine the acquisition of the property, in addition to obtaining financial documents from the bank including himself for analysis purposes in assisting the investigation," he said.

He said all those involved in assisting the investigation would be called for the recording of statements.

"I do not rule out that some of his family members will be called to assist in the investigation," he said.

He said so far a total of 45 people had been summoned to record their statements and between 30 and 50 more witnesses would be called to complete the investigation.

Earlier, Sinar Harian reported that the MACC seized various assets including handbags, jewellery, luxury vehicles, watches, cash and luxury residences estimated to be about RM32 million belonging to the individuals.

During the operation, the MACC also found a storage store of various types of luxury alcoholic beverages in one of the residences estimated to be worth about RM3 million and believed to be linked to money laundering activities.

MACC Strategic Communications Division explained that all goods and assets were seized for further investigation in accordance with the MACC Act 2009 and the Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act (AMLA) 2001.

Last month, the media reported that four individuals, including one Datuk Seri, were arrested on suspicion of making false claims amounting to about RM360 million.

The suspects, consisting of three men and a woman aged between 50 and 70, were arrested when they appeared to testify at the MACC office.

The four suspects are suspected of making false claims worth about RM360 million using sukuk funds in a highway construction project in the Klang Valley worth about RM1.30 billion between 2016 and 2017. -- Sinar Harian

President Trump and Elon Musk on Elon's 130 days working for DOGE










PKR belum terima permohonan rasmi keanggotaan Tengku Zafrul

 










PKR must be warned, UMNO must demand RM100 million from Tengku Zafrul - Puad



PKR must be warned, UMNO must demand RM100 million from Tengku Zafrul - Puad

31/05/2025


According to Puad, UMNO should also review the undertaking signed by Tengku Zafrul when he was the BN candidate in GE15, including the possibility of claiming compensation of RM100 million if the action is considered as party hopping.


KUALA LUMPUR: UMNO has been urged to take stern action against the party's former Supreme Council (MKT) member, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz following his decision to quit the party and express his intention to join Parti Keadilan Rakyat (PKR).

UMNO MKT member Datuk Dr Puad Zarkashi said UMNO should also review the undertaking signed by Tengku Zafrul when he was the Barisan Nasional (BN) candidate in the 15th General Election (GE15), including the possibility of claiming compensation of RM100 million if the action is considered as party hopping.

"I will urge UMNO to review the promise made when Zafrul was a BN candidate. Can he be claimed to pay RM100 million in damages for party hopping?" he said in a statement on Facebook.

Dr Puad, who is also the Speaker of the Johor State Legislative Assembly (DUN) and the Rengit State Assemblyman, also stressed that the issue would be brought to the next MKT meeting.

"I will definitely raise the issue of Tengku Zafrul wanting to join PKR in the MKT meeting later," he added.

He added that UMNO cannot simply express regret if PKR accepts Tengku Zafrul's participation, but must take firm steps including publicly reprimanding the PKR president.

"There must be an initial confidential discussion which is the reason for Zafrul to join PKR. Not to clap one-sided. UMNO must reprimand the PKR president," he said in a Facebook post.
.
Dr Puad also warned that the act of accepting former UMNO leaders without negotiations could undermine the trust of the grassroots in the Prime Minister, Datuk Seri Anwar Ibrahim and the stability of the Unity Government.

"PKR must be warned. If left unchecked, backstabbing will happen again. Don't blame UMNO if members lose faith in PMX. The cooperation of the Unity Government can be destroyed," he said.

On Friday night, Tengku Zafrul announced his resignation as the Kota Raja UMNO Division Chief and quit UMNO, thus ending his participation in the party since 1997.

Tengku Zafrul had previously admitted that there were initial discussions with PKR last December, but at that time no final decision was made on his participation.

Emas dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan susulan ketidakpastian tarif AS



Emas dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan susulan ketidakpastian tarif AS

Bernama

31/05/2025


INNES: Kita mungkin melihat emas melonjak sekitar dua peratus tetapi perhatiannya akan kekal pada dolar AS, yang akan menjadi pemacu utama; kelemahan dolar akan menyokong harga emas. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif akan didagangkan lebih tinggi minggu depan selepas para pelabur mula beralih kepada aset selamat di tengah-tengah ketidakpastian pasaran yang diperbaharui susulan perkembangan dalam dasar tarif Amerika Syarikat (AS), kata rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Ini berikutan keputusan mahkamah rayuan persekutuan AS untuk mengembalikan semula kuasa tarif Presiden Donald Trump selepas mahkamah rendah menggantung pengenaan tarif tersebut.

Terdahulu, Mahkamah Perdagangan Antarabangsa AS telah memutuskan bahawa tarif yang diumumkan oleh Trump adalah tidak sah. Bagaimanapun, pentadbiran Trump mencabar keputusan itu, mengakibatkan pemulihan tarif sementara proses rayuan berjalan.

Disebabkan ini, Innes berkata logam berharga itu berpotensi menguji tahap US$3,340 setiap auns troy.

"Kita mungkin melihat emas melonjak sekitar dua peratus tetapi perhatiannya akan kekal pada dolar AS, yang akan menjadi pemacu utama. Kelemahan dolar akan menyokong harga emas," katanya kepada Bernama.

Di samping itu, pelabur juga akan memantau penunjuk ekonomi AS, terutamanya data pasaran buruh, angka inflasi, gaji bukan perladangan, kadar pengangguran serta indeks pembuatan Institut Pengurusan Bekalan bagi memperoleh gambaran lanjut mengenai pergerakan emas pada minggu akan datang.

Dari Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan semerta Mei 2025 menurun kepada US$3,293.60 setiap auns troy daripada US $3,336.50 setiap auns troy dan kontrak Jun 2025 susut kepada US$3,312.20 setiap auns troy daripada US$ 3,349.70 setiap auns troy.

Kontrak Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 jatuh kepada US$3,325.90 setiap auns troy berbanding US$3,363.40 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 256 lot daripada 1,854 lot yang dicatatkan pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka naik kepada 139 kontrak daripada 82 kontrak.

Berdasarkan penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 29 Mei, emas fizikal berada pada paras US$3,312.40 setiap auns troy.

-- BERNAMA

Polis tahan tokan dadah, rampas hampir 70kg ganja di Taman Melawati



Polis tahan tokan dadah, rampas hampir 70kg ganja di Taman Melawati

Bernama

31/05/2025


Polis turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 ke atas motosikal jenis Ducati milik suspek dianggar bernilai RM29,500.


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki disyaki tokan dadah dan merampas ganja seberat 69.82 kilogram dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Melawati di sini Khamis lepas.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman DCP Mat Zani@Mohd Salahuddin Che Ali berkata ketika pemeriksaan di rumah berkenaan, polis menemukan 66 ketulan bungkusan mampat ganja bernilai RM216,457 dalam sebuah kereta Toyota Vellfire.

Beliau berkata suspek berusia 44 tahun itu yang berperanan sebagai tokan dipercayai aktif sejak November lepas dan mempunyai dua rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah.

"Siasatan lanjut mendapati dadah berkenaan dibawa masuk dari negara jiran melalui sempadan Perlis sebelum dibawa ke Lembah Klang untuk pasaran tempatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mat Zani berkata pihaknya turut mengambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 ke atas motosikal jenis Ducati milik suspek dianggarkan bernilai RM29,500 menjadikan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM245,957.

"Hasil ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan lelaki itu kini direman tujuh hari hingga 5 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

-- BERNAMA

Seorang maut, empat cedera kemalangan babitkan dua MPV di Gerik



Seorang maut, empat cedera kemalangan babitkan dua MPV di Gerik

Bernama

31/05/2025


Dua MPV terlibat dalam kemalangan di Kilometer 1.8 Jalan Gerik-Kupang, semalam, mengakibatkan seorang maut dan empat cedera parah. - Foto JBPM Perak


IPOH: Seorang maut manakala empat cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 1.8 Jalan Gerik-Kupang, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik DSP Muhammad Firdaus Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sekitar 11.45 pagi melibatkan MPV jenis Nissan Grand Livina dan Perodua Alza.

Beliau berkata siasatan mendapati Nissan Grand Livina dipandu lelaki berusia 49 tahun yang membawa tiga penumpang dari arah Kupang, Baling telah hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar Perodua Alza dinaiki pasangan suami isteri berusia 32 tahun bersama dua anak mereka.

"Pemandu Nissan Grand Livina itu disahkan meninggal dunia di Hospital Gerik akibat kecederaan parah manakala penumpang wanita berusia 56 tahun yang berada dalam MPV sama mengalami patah tulang rusuk dan dirujuk ke Hospital Taiping.

"Kedua-dua penumpang lelaki berusia 14 dan 21 tahun dalam kenderaan itu pula tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan semalam.

Muhammad Firdaus berkata pemandu MPV jenis Perodua Alza itu pula cedera parah dan kini dirawat di Hospital Taiping manakala kedua-dua anaknya, masing-masing berusia tiga dan lima tahun mengalami kecederaan di bahagian mata serta kepala dan mereka dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

"Isteri pemandu Perodua Alza itu pula tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

-- BERNAMA

JAKIM lapor polis, MCMC berhubung sindiket penipuan guna Tabung Musa’adah



JAKIM lapor polis, MCMC berhubung sindiket penipuan guna Tabung Musa’adah

Bernama

31/05/2025


JAKIM memandang serius aduan awam berhubung kewujudan sindiket penipuan yang mempergunakan nama Tabung Musa'adah JAKIM-YWM bagi tujuan kutipan sumbangan secara tidak sah.


KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah membuat laporan polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung kewujudan sindiket penipuan yang mempergunakan nama Tabung Musa'adah JAKIM-Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) bagi tujuan kutipan sumbangan secara tidak sah.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dan tindakan tegas diambil di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan.

"JAKIM memandang serius aduan awam berhubung kewujudan sindiket penipuan yang mempergunakan nama Tabung Musa'adah JAKIM-YWM bagi tujuan kutipan sumbangan secara tidak sah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata JAKIM tidak pernah melantik atau menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana individu atau platform pemasaran dalam talian bagi mewakili JAKIM dalam membuat kutipan sumbangan ke dalam Tabung Musa'adah JAKIM-YWM.

Beliau berkata, sehubungan itu, semua pihak digesa agar sentiasa berwaspada terhadap kewujudan sindiket seperti ini.

"Perlakuan tidak bertanggungjawab ini sudah pasti mencemarkan nama baik agensi hal ehwal agama. JAKIM sentiasa konsisten dalam memastikan segala bentuk penganiayaan terhadap rakyat dapat dibanteras sepenuhnya demi menjamin kehidupan rakyat yang sejahtera, aman dan harmoni tanpa sebarang bentuk penindasan," katanya.

-- BERNAMA

Mahkamah Rayuan tolak permohonan injunksi ad interim Hydroshoppe, Menara KL



Mahkamah Rayuan tolak permohonan injunksi ad interim Hydroshoppe, Menara KL

Bernama

31/05/2025


Mahkamah Tinggi akan mendengar injunksi interparte pada 9 Jun. Mahkamah juga akan mendengar permohonan penghinaan ex parte yang difailkan, pada 5 Jun.


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas pengendali Menara Kuala Lumpur dan anak syarikatnya untuk mendapatkan injunksi ad interim untuk menghentikan penyerahan konsesi Menara KL kepada LSH Service Master Sdn Bhd, semalam.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Collin Lawrence Sequerah, Datuk Dr Choo Kah Sing dan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Sequerah yang menyampaikan keputusan sebulat suara itu berkata Hydroshoppe Sdn Bhd dan anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd gagal memenuhi ambang undang-undang untuk pemberian injunksi ad interim.

"Kami berpendapat tiada status quo untuk dikekalkan kerana perjanjian tambahan kelima telah luput pada 31 Mac tahun ini," katanya.

Sequerah mengarahkan Hydroshoppe dan Menara KL membayar kos guaman berjumlah RM30,000 kepada responden.

Responden terdiri daripada Kementerian Komunikasi, menteri berkaitan Datuk Fahmi Fadzil, kerajaan, LSH Service Master Sdn Bhd, LSH Best Builders Sdn Bhd dan Service Master (M) Sdn Bhd.

Rayuan berkenaan adalah terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada April lepas yang turut menolak permohonan injunksi ad interim.

Hydroshoppe dan Menara KL memfailkan saman pelanggaran kontrak terhadap responden, mendakwa LSH dan unitnya telah menyebabkan pelanggaran kontrak yang telah dipersetujui oleh syarikat (Hydroshoppe dan Menara KL) dengan kerajaan dalam satu mesyuarat pada Ogos 2022.

Mereka mendakwa LSH Capital dan unitnya telah melakukan bantuan tidak jujur dan mahu penyerahan konsesi Menara KL kepada LSH Service Master diisytiharkan terbatal serta menyalahi undang-undang.

Mereka juga menuntut ganti rugi dianggarkan RM1 bilion dan konsesi bangunan ikonik Kuala Lumpur itu diserahkan semula kepada mereka.

Mahkamah Tinggi akan mendengar injunksi interparte pada 9 Jun ini.

Mahkamah juga akan mendengar permohonan penghinaan ex parte yang difailkan oleh syarikat-syarikat itu pada 5 Jun.

Pada prosiding semalam, peguam Vinayak Sri Ram mewakili Hydroshoppe dan Menara Kuala Lumpur manakala Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi hadir bagi pihak Kementerian Komunikasi, Fahmi dan kerajaan.

Sementara Peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar mewakili LSH Service Master, LSH Best Builders dan Service Master.

-- BERNAMA

UMNO belum terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul










SPRM sita aset RM12 juta milik Tan Sri pemegang konsesi lebuhraya










Zon larangan berhenti di lima jalan utama di George Town mulai 1 Jun



Zon larangan berhenti di lima jalan utama di George Town mulai 1 Jun

Bernama

30/05/2025


Lima jalan utama di bandar raya ini akan dijadikan zon larangan berhenti bermula 1 Jun bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berpunca daripada kenderaan berhenti dan menunggu di tepi jalan. - Foto Facebook MBPP


GEORGE TOWN: Lima jalan utama di bandar raya ini akan dijadikan zon larangan berhenti bermula 1 Jun bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berpunca daripada kenderaan berhenti dan menunggu di tepi jalan.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan langkah itu diambil susulan kapasiti lorong lalu lintas yang berkurangan akibat kenderaan yang berhenti sekali gus menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan dan sesak.

"Sehubungan itu, MBPP telah melaksanakan zon larangan berhenti di sebahagian Jalan Jelutong dari Jalan Ahmad Nor ke Jalan Bukit Dumbar dan sebahagian Jalan Burma dari Jalan Cantonment ke Jalan Jones.

"Selain itu, jalan yang terlibat ialah sebahagian Jalan Macalister dari Jalan Anson ke Jalan Penang, sebahagian Pengkalan Weld dari Gat Lebuh Melayu ke Gat Lebuh Chulia dan sebahagian Jalan Masjid Kapitan Keling dari Lebuh Bishop ke Lebuh Chulia," menurut MBPP.

MBPP memaklumkan papan tanda larangan berhenti telah dipasang dan garisan berkembar berwarna kuning juga dicat di semua laluan terlibat bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya tentang larangan tersebut.

Pihak berkuasa tempatan itu juga akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan yang didapati menunggu atau meletakkan kenderaan di tepi jalan di kawasan larangan bagi memastikan kelancaran aliran trafik serta mengurangkan gangguan lalu lintas.

"Pemilik atau penyewa premis diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan dan mereka diminta memaklumkan pelanggan supaya tidak menunggu atau meletakkan kenderaan di tepi jalan," menurut MBPP.

-- BERNAMA

Manchester United Comeback to beat Hong Kong 3-1










30 May 2025

3 Maut Kereta Bertembung Bas Ekspres










APAD batal lesen pengendali syarikat lori batu ragut 9 nyawa anggota FRU



APAD batal lesen pengendali syarikat lori batu ragut 9 nyawa anggota FRU

Bernama

30/05/2025


Pada 13 Mei lalu, sebuah lori FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu, yang turut mengakibatkan dua parah manakala tujuh lagi cedera. - BERNAMA


PUTRAJAYA: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan lesen pengendali syarikat lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pada 13 Mei lepas.

Pembatalan lesen pengendali terhadap syarikat Tashveen Trading itu berkuat kuasa 29 Mei 2025.

"Dengan terbatalnya lesen pengendali berkenaan, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk mengendali atau mengadakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan yang dilesenkan di bawah lesen pengendali itu," menurut APAD dalam kenyataan hari ini.

Hasil siasatan APAD juga mendapati syarikat itu gagal mematuhi keperluan Kod Amalan Keselamatan Industri (ICOP), gagal memastikan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) berfungsi dan telah tamat tempoh, telah membawa muatan yang menyalahi jenis barang yang ditetapkan dalam permit kenderaan tersebut dan tidak mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"APAD ingin menegaskan pendirian bahawa pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang menyebabkan kemalangan dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.

"APAD juga ingin menasihatkan semua pengendali berlesen wajib mematuhi syarat lesen yang ditetapkan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, yang seterusnya boleh menyebabkan lesen dibatalkan," menurut kenyataan itu.

Pada kejadian 8.50 pagi 13 Mei, sebuah lori FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu, yang turut mengakibatkan dua parah manakala tujuh lagi cedera.

-- BERNAMA

Tengku Zafrul keluar UMNO, mohon sertai PKR | 30 Mei 2025










Vape Dadah Rosakkan Hati, Otak Bernilai RM3.29 Juta Dirampas, Dua Warga Taiwan DItangkap - JJSJN










PELAJAR BERTEKAK DENGAN GURU TAMPIL BERI PENJELASAN










Dua peniaga menyamar polis, rogol pelajar universiti










US court jails ex Goldman's Tim Leissner over 1MDB scandal










Saya sudah ada 'plan' - Rafizi

 







PLUS jangka lonjakan trafik lebih dua juta kenderaan sempena Aidiladha



PLUS jangka lonjakan trafik lebih dua juta kenderaan sempena Aidiladha

Bernama

30/05/2025


PLUS menyediakan jadual perjalanan digital menerusi aplikasi PLUS bagi membantu pengguna merancang perjalanan lebih awal. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan lebih dua juta kenderaan sehari akan berada di rangkaian lebuh rayanya pada hari-hari puncak sempena cuti perayaan Aidiladha, iaitu antara 5 hingga 6 Jun serta 8 dan 9 Jun ini.

Lonjakan trafik sempena Aidiladha: PLUS Malaysia Berhad menjangkakan lebih dua juta kenderaan sehari di lebuh raya pada hari-hari puncak antara 5 hingga 6 Jun serta 8 dan 9 Jun.

Jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA: PLUS menyediakan jadual perjalanan digital menerusi aplikasi PLUS bagi membantu pengguna merancang perjalanan lebih awal.

Langkah melancarkan trafik: Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan, tiada penutupan lorong penyelenggaraan, dan tandas kabin tambahan disediakan untuk keselesaan. pengguna

Menurut kenyataan PLUS hari ini, bagi mengagihkan trafik dan mengelakkan penumpuan kenderaan di lokasi tertentu secara serentak, syarikat itu menyediakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS bagi membantu pengguna merancang perjalanan lebih awal.

"Oleh itu, PLUS menyeru orang ramai supaya merancang dan menyusun jadual perjalanan masing-masing lebih awal berdasarkan cadangan MyPLUS-TTA, terutamanya bagi perjalanan pulang ke kampung halaman dari Lembah Klang antara 5 hingga 7 Jun, serta perjalanan pulang semula ke Lembah Klang antara 8 hingga 10 Jun selepas bercuti sempena Aidiladha," menurut kenyataan itu.

PLUS memaklumkan, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dengan memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum bagi perjalanan di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di antara 5 Jun hingga 10 Jun ini.

Menurut PLUS, inisiatif MyPLUS-TTA ini adalah sebahagian usaha PLUS untuk meningkatkan keselesaan pengguna lebuh raya semasa musim-musim perayaan berdasarkan data dan pola perjalanan pada musim-musim perayaan lalu.

Bagi melancarkan aliran trafik sempena perayaan, PLUS akan mengaktifkan Smart Lane di 30 lokasi tumpuan yang boleh dikenal pasti melalui Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) dan papan tanda khas. Laluan ini hanya untuk kenderaan ringan, persendirian dan penumpang, dengan had laju disarankan sekitar 60 kilometer per jam (km/j).

PLUS turut mengingatkan pengguna untuk mematuhi arahan petugas di lokasi serta tidak menggunakan lorong kecemasan di lokasi lain yang tidak mempunyai laluan Smart Lane bagi mengelak tindakan undang-undang dikenakan.

Sepanjang tempoh 5 hingga 9 Jun, tiada penutupan lorong untuk kerja penyelenggaraan akan dilakukan, kecuali bagi kes kecemasan, kemalangan atau pembaikan kritikal.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk menyediakan 26 unit tandas kabin tambahan di hentian sebelah dan plaza tol terpilih bagi meningkatkan keselesaan pengguna lebuh raya, sebagai pelengkap kepada kemudahan tandas sedia ada di lokasi berkenaan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik dan merancang perjalanan melalui aplikasi PLUS, PUTRI, Pembantu Maya - PUTRI, X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih manakala untuk bantuan kecemasan hubungi PLUSLine 1800-88-0000 atau LPT2Line 1800-88-0220.

-- BERNAMA

Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara - Polis



Akaun WhatsApp Saifuddin Nasution digodam guna VPN luar negara - Polis

Bernama

30/05/2025


Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 selepas laporan dibuat oleh pejabat menteri. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN) dari luar negara.

Penggodaman akaun WhatsApp: Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dipercayai menggunakan VPN dari luar negara.

Tindakan suspek: Suspek menghantar pautan URL kepada semua kenalan dalam aplikasi tersebut, tetapi tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian.

Siasatan polis: Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 selepas laporan dibuat oleh pejabat menteri.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata selepas berjaya mengakses akaun WhatsApp berkenaan, suspek bertindak menghantar pautan URL kepada semua kenalan di aplikasi berkenaan.

"Setakat ini tiada mangsa dilaporkan mengalami kerugian. Tindakan pantas oleh pegawai-pegawai menteri yang melaporkan segera kejadian itu berjaya mengelakkan mana-mana individu terpedaya.

"Polis kini sedang giat menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Isnin lepas, Pejabat Menteri Dalam Negeri memaklumkan akaun WhatsApp milik Saifuddin Nasution digodam pihak tidak bertanggungjawab dan perkara itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Imigresen gempur sembilan kilang, 114 pendatang tanpa izin ditahan



Imigresen gempur sembilan kilang, 114 pendatang tanpa izin ditahan

Bernama

30/05/2025


Kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - Gambar fail/Bernama


JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 114 pendatang tanpa izin dalam Op Gempur Sasaran di sembilan kilang membabitkan lima daerah di negeri ini, Rabu lepas.

Pengarah JIM Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata serbuan secara serentak pada 10.30 pagi di Johor Bahru, Muar, Segamat, Mersing dan Batu Pahat itu melibatkan 122 pegawai Bahagian Penguat Kuasa Negeri, Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Tangkapan terdiri daripada 44 lelaki Bangladesh, lapan lelaki warga India, sembilan lelaki Pakistan, 28 lelaki Nepal, lapan warga Indonesia termasuk dua wanita, enam lelaki dan enam wanita Myanmar, tiga lelaki dan seorang wanita Vietnam serta seorang wanita Kemboja dengan kesemua mereka berusia lingkungan 21 hingga 55 tahun.

"Turut ditahan empat lelaki tempatan berusia 50 hingga 60 tahun yang merupakan pemilik syarikat, pengurus gudang dan pengurus syarikat pembekalan pekerja asing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Rusdi berkata kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau berkata majikan warga tempatan pula ditahan untuk siasatan di bawah kesalahan Seksyen 56(1)(d) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi serta membenarkan pendatang memasuki atau tinggal dalam premis.

"Sebanyak 10 Notis untuk hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu-individu sepanjang operasi berkenaan bagi membantu siasatan, sementara semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Pekan Nanas untuk siasatan lanjut.

"Pada masa sama, kita akan terus memperkasakan penguatkuasaan membanteras warga asing yang melakukan kesalahan di bawah akta dan peraturan Imigresen," katanya dan turut menyeru pendatang berkelayakan menyertai Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) yang bermula pada 19 Mei lepas hingga 30 April 2026.

-- BERNAMA

Pegawai JPJ gagal isytihar pelupusan harta dalam sistem HRMIS - EAIC



Pegawai JPJ gagal isytihar pelupusan harta dalam sistem HRMIS - EAIC

Bernama

30/05/2025


EAIC telah menerima aduan terhadap JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ KL) melibatkan beberapa nombor pendaftaran kenderaan.


PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati terdapat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang gagal mengemas kini dan mengisytiharkan pelupusan harta dalam sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).

Ketidakpatuhan pegawai JPJ: EAIC mendapati beberapa pegawai JPJ KL gagal mengemas kini pelupusan kenderaan dalam sistem HRMIS.

Pelanggaran peraturan: Kenderaan yang tidak lagi dimiliki pegawai JPJ masih tersenarai dalam sistem, melanggar Peraturan Pegawai Awam 1993.

Tindakan EAIC: Hasil siasatan dirujuk kepada Pihak Berkuasa Tatatertib JPJ dengan cadangan untuk mengeluarkan Surat Teguran kepada pegawai terlibat.

EAIC dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima aduan terhadap JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ KL) melibatkan beberapa nombor pendaftaran kenderaan.

Menurut kenyataan itu siasatan dijalankan berdasarkan kepada aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

"Siasatan mendapati bahawa terdapat beberapa kenderaan atas nama pegawai JPJ KL masih belum diisytiharkan lupus melalui sistem HRMIS walaupun kenderaan tersebut telah tidak berada dalam pemilikannya dalam satu tempoh masa yang lama.

"Hal tersebut sekali gus melanggar subperaturan 10(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993]," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JPJ dengan cadangan Surat Teguran diberikan kepada pegawai JPJ yang terlibat.

-- BERNAMA

Orang ramai dinasihat lebih berhati-hati beli pakej haji, Arab Saudi perketat visa Mujamalah



Orang ramai dinasihat lebih berhati-hati beli pakej haji, Arab Saudi perketat visa Mujamalah

Bernama

30/05/2025


Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali ketika sidang media di Menara KPJ hari ini. - Foto Bernama


KUALA LUMPUR: Orang ramai diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli pakej mengerjakan ibadah haji susulan langkah Arab Saudi mengetatkan pengeluaran visa Mujamalah kepada rakyat negara ini.

Amaran terhadap penipuan pakej haji: Arab Saudi mengetatkan pengeluaran visa Mujamalah, dan polis menjangkakan peningkatan tawaran palsu oleh sindiket penipuan.

Pasukan khas untuk isu jemaah haji: Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi menyelaras siasatan dan menangani kes jemaah haji yang terkandas akibat pakej palsu.

Langkah pencegahan: Orang ramai disaran memeriksa kesahihan ejen atau syarikat dengan MOTAC dan Tabung Haji sebelum membeli pakej haji.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata berikutan langkah itu, pihaknya menjangkakan sindiket penipuan ibadah haji akan mempromosikan lebih banyak tawaran menarik palsu bagi menjerat mangsa.

Beliau berkata bagi mengelak daripada menjadi mangsa, orang ramai perlu memeriksa sama ada syarikat atau ejen yang membuat tawaran itu benar-benar berdaftar atau tidak dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tabung Haji (TH)

"Setakat ini polis menerima satu laporan berkaitan penipuan ini dengan jumlah kerugian bernilai RM71,000.

"Tahun ini, Arab Saudi sudah mengecilkan pengeluaran visa Mujamalah untuk rakyat Malaysia menunaikan haji, jadi pengeluaran permit tersebut menjadi amat ketat," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Muhammed Hasbullah berkata bermula musim haji tahun ini, Pasukan Petugas Khas Menangani Isu Jemaah Haji Terkandas ditubuhkan bagi menyelaras siasatan, mengurus dokumentasi, serta melaksanakan tangkapan ke atas individu atau pemilik syarikat yang disyaki terlibat dalam penawaran pakej haji palsu.

Beliau berkata penugasan pasukan itu diaktifkan pada tempoh tertentu setiap kali musim haji berlangsung dengan kerjasama strategik MOTAC dan TH.

"Pasukan ini akan beroperasi di Bilik Mesyuarat One Stop Center, Aras 2, Blok B Parking Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata ia merupakan sebahagian daripada inisiatif memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat khususnya dalam menangani aduan serta isu berkaitan jemaah haji yang terkandas secara lebih terancang, efisien dan berlandaskan bidang kuasa setiap agensi yang terbabit.

-- BERNAMA

Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT diumum 16 Jun



Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT diumum 16 Jun

Bernama

30/05/2025


Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan keputusan boleh disemak mulai 12 tengah hari hingga 5 petang pada 25 Jun. - Gambar fail/Bernama


PUTRAJAYA: Keputusan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2025/2026 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan pada 16 Jun ini.

Keputusan kemasukan IPTA diumumkan: Keputusan permohonan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, dan MARA BPT bagi lepasan SPM akan diumumkan pada 16 Jun 2025.

Proses rayuan dan pengesahan: Pemohon yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline(R) bermula 16 hingga 25 Jun, sementara pengesahan penerimaan tawaran perlu dibuat dalam tempoh sama.

Semakan dan pertanyaan: Keputusan boleh disemak secara dalam talian melalui laman web rasmi dan aplikasi UPUPocket, serta pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA di Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan keputusan boleh disemak mulai 12 tengah hari hingga 5 petang pada 25 Jun.

Semakan boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan https://jpt.utm.my; https://jpt.uum.edu.my; https://jpt.unimas.my; https://jpt.ums.edu.my; dan https://jpt.umt.edu.my atau melalui aplikasi Mobile UPUPocket di telefon pintar.

Menurut KPT, pengesahan setuju terima tawaran bermula pada 17 Jun hingga 25 Jun ini di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan MARA BPT.

"Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh IPTA dan MARA BPT kepada yang berjaya mulai 17 Jun 2025 setelah calon membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang dinyatakan," menurut KPT.

KPT turut memaklumkan hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline(R) bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari mulai 12 tengah hari pada 16 Jun sehingga 5 petang pada 25 Jun 2025.

Permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT boleh dikemukakan terus ke institusi berkenaan tanpa melalui UPUOnline(R).

Menurut KPT, tawaran tempat bagi Sesi Akademik 2025/2026 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program pengajian IPTA/MARA BPT tidak dibenarkan.

"Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dilaksanakan," menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline(R) boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara terus di alamat Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Aras 4, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62000 Putrajaya.

-- BERNAMA

JAKIM bekerjasama dengan KPDN pantau pemegang sijil halal



JAKIM bekerjasama dengan KPDN pantau pemegang sijil halal

Bernama

30/05/2025


Sirajuddin berkata JAKIM memandang serius insiden yang berlaku di Melaka dan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang kes membabitkan penyalahgunaan sijil halal di negara ini. - Gambar fail/BERNAMA


PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan terhadap pemegang sijil halal di seluruh negara.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata langkah berkenaan dilaksanakan bagi memastikan tiada pelanggaran syarat dilakukan pemegang sijil terbabit.

"Dalam konteks pemantauan dan penguatkuasaan, kita (JAKIM) bekerjasama erat dengan KPDN kerana akta perihal dagangan atau perintah perihal dagangan itu ada bersama mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan JAKIM di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menarik balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) milik dua hotel di Banda Hilir selepas didapati menganjurkan parti arak, dua minggu lepas.

Sirajuddin berkata JAKIM memandang serius insiden yang berlaku di Melaka dan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang kes membabitkan penyalahgunaan sijil halal di negara ini.

"Setiap (Jabatan Agama Islam) negeri juga (disaran) melaksanakan operasi sama untuk membuat pemantauan dan memastikan supaya perkara sebegini tidak berlaku dalam kalangan pemegang sijil halal.

"Kita juga menyantuni apa yang telah dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar supaya mereka yang mempunyai atau mendapat sijil halal tidak melakukan sesuatu di luar batasan dan bercanggah dengan kehendak syarat," katanya.

Mengenai pengeluaran sijil halal, beliau berkata pihaknya komited memastikan segala proses pengeluaran sijil berkenaan dapat dipertingkatkan serta dipercepat bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat.

"Insya-Allah, kita yakin akan pertingkatkan bukan sahaja bilangan yang diluluskan, malah tempoh masa yang diambil itu akan dapat diringkaskan ... setakat ini, yang paling (cepat) seminggu (sijil halal diluluskan)," katanya.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tempoh memproses pensijilan halal dipendekkan kepada 15 hari bekerja berbanding 23 hari bertujuan merancakkan industri halal negara.

-- BERNAMA

Aset rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$118.70 bilion setakat akhir April 2025



Aset rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$118.70 bilion setakat akhir April 2025

Bernama

30/05/2025


BNM berkata satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$419 juta. - Gambar fail


KUALA LUMPUR: Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.70 bilion (AS$1 = RM4.21) setakat akhir April 2025, manakala aset mata wang asing lain pula bernilai AS$1.75 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ia turut merangkumi jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi KerajaanPersekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

"Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir April 2025 tetap boleh guna," katanya.

BNM berkata dalam tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah AS$14.07 bilion.

Aliran keluar jangka pendek ini termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing.

"Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$24.04 bilion pada akhir April 2025, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," katanya.

Menurut BNM, sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.

Sementara itu, ia berkata unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.7 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Bank pusat itu berkata satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$419 juta.

"Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikanoleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

"Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," kata BNM.

-- BERNAMA

Rogol isteri orang, Long Tiger dijel 12 tahun dan 5 sebatan









Tan Sri antara 3 individu ditahan, aset RM500 juta dibeku










Pensyarah Diperintah Bayar RM400,000 Kepada Hannah Yeoh










Sertai kabinet? KJ tak terfikir kembali ke politik hingga hujung tahun










Penempatan ribuan PATI diserbu dalam Operasi Kachi










Perancis anugerah penghormatan tertinggi kepada Prabowo

 







Kes rasuah: Bekas pegawai polis masuk penjara selepas rayuan akhir ditolak



Kes rasuah: Bekas pegawai polis masuk penjara selepas rayuan akhir ditolak

Bernama

29/05/2025


Hakim berkata terdapat bukti kukuh yang menunjukkan wujudnya permintaan dan pemberian rasuah dalam kes itu.


PUTRAJAYA: Bekas sarjan polis Mohamed Faruk Mohd Hairul Quah hari ini memulakan hukuman penjara selama setahun selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman bagi kesalahan meminta serta menerima rasuah sebanyak RM2,000.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azmi Ariffin dan Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan sebulat suara untuk mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi terhadap Mohamed Faruk.

Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Che Ruzima berkata terdapat bukti kukuh yang menunjukkan wujudnya permintaan dan pemberian rasuah dalam kes itu.

"Tiada alasan untuk mahkamah ini mengganggu penemuan fakta yang telah diputuskan dengan betul oleh hakim perbicaraan," katanya sambil menambah rayuan itu tidak mempunyai merit.

Justeru itu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bagi dua pertuduhan dan hukuman penjara setahun serta denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan terhadap Mohamed Faruk selain memerintahkan hukuman berjalan serentak.

Che Ruzima turut mengeluarkan waran komital terhadap Mohamed Faruk, yang sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin, untuk memulakan hukuman hari ini.

Mohamed Faruk, 36, telah membayar denda yang dikenakan terhadapnya.

Pada September 2022, Mahkamah Sesyen mendapati Mohamed Faruk bersalah meminta dan menerima rasuah sebanyak RM2,000 daripada Norhayati Seman bagi mengubah keputusan ujian air kencing Mohd Ismadi Ismail, yang positif dadah jenis metamfetamina.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat Penolong Pegawai Penyiasat Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli di Kelantan pada 15 dan 15 November 2017.

Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal membayar denda, Mohamed Faruk berdepan hukuman penjara lima bulan.

Mohamed Faruk diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar manakala Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Farah Ezlin Yusop Khan hadir bagi pihak pendakwaan.

-- BERNAMA

Ancaman siber dipacu AI melonjak di Malaysia, data dijual di 'dark web' - Fortinet



Ancaman siber dipacu AI melonjak di Malaysia, data dijual di 'dark web' - Fortinet

Bernama

29/05/2025


Risiko siber kini telah berubah - daripada kebimbangan yang jarang kepada cabaran kerap dan sedang berlaku. - Gambar hiasan/Reuters


KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak ancaman siber yang didorong oleh kecerdasan buatan (AI) dengan hampir 50 peratus organisasi melaporkan insiden serangan dipacu teknologi itu, demikian menurut hasil dapatan tinjauan firma keselamatan siber global, Fortinet.

Tinjauan International Data Corporation (IDC) dalam kalangan 11 negara Asia Pasifik (APAC) mendapati di Malaysia, 54 peratus organisasi melaporkan peningkatan ancaman itu sebanyak dua kali ganda manakala 24 peratus mengalami kenaikan tiga kali pada tahun lepas.

Pengurus Negara Fortinet Malaysia Kevin Wong berkata semakin banyak penjenayah siber bertindak memanfaatkan AI untuk membangunkan serta melancarkan serangan dengan lebih kerap dan pantas, melangkaui kaedah tradisional yang bertumpukan aspek pengekodan secara manual.

"Bagi memberi gambaran skala sebenarnya adalah sehingga 36,000 cubaan penipuan berlaku sesaat melalui automasi dengan 97 bilion cubaan eksploitasi dicatatkan bagi separuh pertama 2024 sahaja dan AI melonjakkan lagi trend ini sebanyak dua hingga tiga kali.

"Menurut IDC, lonjakan ancaman berteraskan AI jelas terbukti di Malaysia dengan lebih 100 bilion rekod (data) dicuri dan dijual dalam laman sesawang gelap "dark web" (yang hanya boleh diakses perisian khas)," katanya dalam sesi taklimat media di sini, hari ini.

Wong berkata insiden kecurian kelayakan turut melonjak lebih 500 peratus dalam tempoh setahun dengan serangan "phishing" (memancing data) dipacu AI kian menepati sasaran dan sukar dikesan.

"Mekanisme tradisional tidak mampu menyainginya berikutan ancaman pantas dipacu AI ini memerlukan tindak balas yang sama cepat dan pintar. Oleh itu, AI juga memainkan peranan di pihak pertahanan," katanya.

Beliau berkata risiko siber ini juga telah berubah daripada kebimbangan yang jarang kepada cabaran kerap dan sedang berlaku.

"Susulan peningkatan ancaman berteraskan AI ini, ciri-ciri risiko siber itu turut berubah daripada tindak balas selepas berlaku kepada sesuatu yang perlu ditangani sebelum berlaku. Atas alasan ini, kami bekerjasama dengan IDC untuk lebih memahami bagaimana pemimpin keselamatan di seluruh Asia mengemudi landskap ancaman yang kian ketara, cabaran dihadapi serta jurang kritikal dalam kesiapsiagaan organisasi," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Fortinet bagi Asia/Australia dan New Zealand (ANZ) Rashish Pandey berkata pelaburan keselamatan siber di Malaysia masih rendah serta tidak seimbang dengan purata hanya 15 peratus daripada peruntukan teknologi maklumat (IT) untuk keselamatan siber atau mewakili satu peratus daripada jumlah perolehan hasil.

"Keadaan itu disebabkan kita masih bergelut untuk menjelaskan impaknya ke atas perniagaan kepada pihak eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah.

"Apa yang kerap berlaku adalah perbincangan itu hanya menjurus kepada aspek teknikal dengan Lembaga Pengarah sebaliknya mahukan perbincangan yang menumpukan risiko, impak dan penilaian perniagaan. Oleh itu, kami membantu pelanggan dengan menyenaraikan keselamatan siber sebagai isu strategik perniagaan berbanding teknikal semata-mata," katanya.

Hasil tinjauan itu turut mendapati hanya 19 peratus daripada organisasi Malaysia amat yakin dengan kemampuan menangani serangan berteraskan AI dengan 27 peratus mengakui ancaman itu lebih pantas daripada kemampuan pengesanan dan 20 peratus lagi mengakui tidak dapat mengesannya sama sekali.

Ransomware kekal menjadi ancaman paling kerap dihadapi sebagaimana diakui oleh majoriti atau 64 peratus responden Malaysia.

Risiko kerap lain termasuk serangan terhadap rantaian bekalan perisian (54 peratus), ancaman dalaman (52 peratus), kelemahan dalam perkhidmatan awan (46 peratus) serta serangan phishing (40 peratus).

Tinjauan yang dijalankan pada Februari hingga April 2025, melibatkan 550 pemimpin IT dan keselamatan siber dari seluruh rantau Asia Pasifik bagi menilai tahap kesediaan organisasi menghadapi ancaman berasaskan AI yang kian.

--BERNAMA

KPJ Healthcare raih untung bersih RM57.1 juta bagi suku pertama TK2025



KPJ Healthcare raih untung bersih RM57.1 juta bagi suku pertama TK2025

Bernama

30/05/2025


Chin (gambar) berkata dalam mengorak kemajuan pada 2025, KPJ Healthcare kekal menumpukan aspek peluasan akses, membina keupayaan dan penambahbaikan penyampaian penjagaan yang berpandukan misi 'Care For Life.' - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: KPJ Healthcare Bhd mencatat keuntungan bersih RM57.1 juta bagi tempoh suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025) daripada RM71.4 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Perolehan hasil bagi suku di bawah kajian itu meningkat kepada RM971.8 juta daripada RM908.0 juta pada tempoh sama tahun kewangan 2024, disokong oleh peningkatan jumlah pesakit dan kapasiti katil di seluruh rangkaian hospitalnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, kumpulan penyedia khidmat penjagaan kesihatan itu berkata keuntungan sebelum cukai meningkat tujuh peratus kepada RM97.7 juta manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) menokok empat peratus kepada RM211.3 juta.

KPJ Healthcare berkata prestasi lebih baik itu mencerminkan margin operasi yang lebih kukuh, tumpuan operasi secara berterusan serta penyampaian perkhidmatan yang cekap susulan peningkatan jumlah lawatan pesakit.

Lembaga Pengarah telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 0.80 sen sesaham yang akan dibayar pada 11 Julai, 2025.

Menyentuh prospek bagi 2025, KPJ Healthcare berkata pihaknya kekal berhati-hati namun optimis, disokong oleh inisiatif pengoptimuman aset yang sedang dilaksanakan, peningkatan kapasiti serta usaha berterusan dalam memperkukuh kecekapan operasi.

"Pembukaan Hospital KPJ ke-30 di Kuala Selangor pada Mac juga menandakan langkah penting dalam perjalanan pengembangan sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar Malaysia.

"Usaha ini adalah sebahagian daripada transformasi menyeluruh kumpulan di bawah Sistem Kesihatan KPJ Healthcare bagi menyediakan penjagaan lebih bersepadu dan menumpukan pesakit bagi jangka panjang," katanya.

Sementara itu, Presiden merangkap Pengarah Urusannya Chin Keat Chyuan berkata dalam mengorak kemajuan pada 2025, KPJ Healthcare kekal menumpukan aspek peluasan akses, membina keupayaan dan penambahbaikan penyampaian penjagaan yang berpandukan misi "Care For Life."

"Pembukaan hospital ke-30 itu memaparkan hala tuju ini dan kami terus melabur dalam kualiti perkhidmatan, termasuk penubuhan Pusat Kecemerlangan dalam bidang-bidang utama.

"Inisiatif-inisiatif ini adalah bukti komitmen kami untuk memperkukuh kepakaran dan meningkatkan impak rawatan bagi komuniti yang menerima khidmat kami," katanya.

-- BERNAMA

Sultan Pahang doakan kesihatan Sultan Brunei, titah solat hajat diadakan



Sultan Pahang doakan kesihatan Sultan Brunei, titah solat hajat diadakan

Bernama

30/05/2025


Al-Sultan Abdullah turut mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan daripada Allah SWT. - Gambar fail Bernama



KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di Pahang melakukan solat hajat pada Khamis bagi mendoakan kesihatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

"Baginda turut mendoakan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan kesembuhan dan kesihatan berpanjangan daripada Allah SWT," menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang malam tadi.

Sultan Brunei sebelum ini dilaporkan berehat di Institut Jantung Negara (IJN) ibu negara kerana keletihan dan berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Baginda berada di Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan Sidang-Sidang Berkaitan.

-- BERNAMA


Polis gempur banglo jadi 'sarang' sindiket penipuan, tahan 15 lelaki



Polis gempur banglo jadi 'sarang' sindiket penipuan, tahan 15 lelaki

Bernama

30/05/2025


Datuk M Kumar berkata berdasarkan siasatan, sindiket berkenaan beroperasi pada Mac lepas dengan menjadikan premis itu sebagai pusat panggilan. - Bernama


JOHOR BAHRU: Polis menahan 15 lelaki termasuk seorang warga tempatan selepas menggempur sebuah banglo di Batu Pahat yang disyaki dijadikan sarang sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian, Ahad lepas.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata serbuan dijalankan kira-kira 5.15 pagi dan polis turut merampas 14 komputer riba serta 19 telefon bimbit dianggarkan bernilai RM30,000 yang disyaki digunakan dalam kegiatan penipuan itu.

"Kesemua 14 warga asing dan seorang lelaki tempatan itu berusia antara 21 hingga 38 tahun. Mereka disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120B (2) Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, sindiket berkenaan beroperasi pada Mac lepas dengan menjadikan premis itu sebagai pusat panggilan.

Ahli sindiket didapati menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk berkomunikasi dan menawarkan kerja dalam talian yang tidak wujud dengan menyasarkan mangsa dari Rusia.

Kumar berkata kertas siasatan kes itu telah dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan pihaknya telah diarahkan mendapatkan beberapa keterangan lain bagi menguatkan keterangan kes.

"Sehubungan itu, polis memberi amaran tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menjadikan Johor sebagai tapak untuk menjalankan kegiatan menyalahi undang-undang," katanya.

-- BERNAMA

Penunggang motosikal maut ditemukan bersama ratusan peket dadah



Penunggang motosikal maut ditemukan bersama ratusan peket dadah

Bernama

29/05/2025


Ditemukan 450 peket dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat 688.81 gram dan 12 peket dipercayai berisi methamphetamine seberat 13.41 gram. - Sinar Harian


MELAKA: Seorang penunggang motosikal yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan ditemukan bersama ratusan peket kecil berisi dadah di Lebuh AMJ di Paya Rumput di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata lelaki berusia 22 tahun yang menunggang motosikal dari arah Cheng ke Alor Gajah itu meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira 7 pagi tadi.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut di lokasi menemukan 450 peket dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat 688.81 gram dan 12 peket dipercayai berisi methamphetamine seberat 13.41 gram.

"Polis menerima laporan pada 7.54 pagi tadi melibatkan kemalangan tiga kenderaan iaitu sebuah motosikal yang ditunggang mangsa berusia 22 tahun, pemandu kereta berusia 48 tahun dan pemandu lori berusia 44 tahun.

"Siasatan awal mendapati motosikal ditunggang suspek telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta Perodua Bezza sebelum motosikal itu hilang kawalan dan bergesel dengan sebuah lori di laluan sama," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian diminta menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan itu kepada pegawai penyiasat Insp Ahmad AqiI Yusoff di talian 013-9393747.

-- BERNAMA

SPRM sita aset RM32 juta dari kediaman 'Tan Sri'

 







BUS EKSPRES TERBAKAR SELEPAS SERET MOTOSIKAL- 28 PENUMPANG BERJAYA SELAMATKAN DIRI


                 
 





29 penumpang terselamat, bas ekspres musnah terbakar di Lebuhraya PLUS

30/05/2025


Beginilah keadaan bas ekspres yang musnah terbakar dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di kilometer (km) 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Kamunting, pada Khamis malam. - Gambar JBPM Perak


KAMUNTING: Seramai 29 orang penumpang termasuk pemandu bas ekspres terselamat setelah kenderaan yang mereka naiki musnah terbakar dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di kilometer (km) 406 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, pada Khamis malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.16 malam.

Difahamkan bas tersebut dalam perjalanan dari Johor ke Pulau Pinang.

"Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres telah menyeret sebuah motosikal yang terbabas pada ketika itu dan menyebabkan kebakaran bas berkenaan, anggaran kemusnahan terbakar 90 peratus.

"Seramai 29 orang penumpang dan juga pemandu di dalam bas telah berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum ketibaan bomba.

"Seorang mangsa iaitu penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital menaiki jentera EMRS," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.


Katanya, seramai 19 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan Taiping mengawal kebakaran sehingga ia berjaya dipadam sepenuhnya.

Operasi tamat jam 10.33 malam.

Ahmad Diallo and Garnacho should be fined for showing their middle finger to Man United fans

 













Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED