Translate

01 April 2025

Suami maut kemalangan, tak sempat sambut ulang tahun perkahwinan



Suami maut kemalangan, tak sempat sambut ulang tahun perkahwinan

Bernama

01/04/2025


Sepasang suami isteri tidak sempat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada hari ini setelah kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan. - Foto Sinar Harian


KLUANG: Sepasang suami isteri tidak sempat menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada hari ini setelah kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Renggam-Layang-Layang di sini kira-kira pukul 8 malam semalam.

Kemalangan melibatkan kereta Honda City dipandu mangsa Muhammad Amiruddin Kamalruzaman, 29, bertembung dengan sebuah Honda Stream sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, manakala isterinya Nor Syahirah Abu Zaki, 30, cedera pada bahagian kaki.

Nor Syahirah berkata kemalangan berlaku semasa beliau bersama arwah suami serta anak mereka yang berusia setahun dalam perjalanan ke Kluang selepas beraya di rumah saudaranya di Pontian.

Beliau berkata turut berada dalam kereta berkenaan adalah ibu Foziah Ridzuan, 60, abang Ahmad Zhafir, 34 dan adiknya Nur Hafizah, 27, selain mereka juga berkonvoi bersama enam kenderaan lain.

"Sebelum ini kami (bersama suami) merancang untuk bercuti ke Kuala Lumpur sambil menyambut ulang tahun perkahwinan keempat hari ini, selain hari kelahiran saya pada 6 April dan suami pada 7 April.

"Antara tempat yang dirancang untuk kami lawati adalah Zoo Negara, I-City Shah Alam dan beberapa tempat lain, namun Allah lebih menyayangi suami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di sini hari ini.

Nor Syahirah berkata beliau tidak menyangka kata-kata arwah suaminya yang memberitahu dia tidak lagi berniaga selepas hari terakhir Ramadan lepas menjadi kenyataan.

Beliau berkata suaminya itu mendapat kerja lain dan akan bermula pada minggu depan setelah tiga tahun mereka berniaga ayam goreng di Kampung Melayu Kluang dan di tapak bazar Ramadan pada bulan puasa.

"Mulanya saya ingatkan ia sekadar hendak memberitahu saya yang dia menerima tawaran kerja baharu rupanya itu sebagai petanda dia nak pergi selama-lamanya," katanya.

Dalam pada itu, pihak keluarga memberitahu jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong Kluang di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh memaklumkan kemalangan yang berlaku turut mengakibatkan 14 mangsa lain cedera selepas dua kenderaan bertembung, dan hasil siasatan awal mendapati Honda Stream dalam perjalanan dari arah Renggam ke Layang-Layang, manakala Honda City dari arah berlawanan.

"Ketika tiba di lokasi, Honda Stream dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Honda City," katanya

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengundi Cina Semakin Hilang Minat Terhadap PH, DA' 54 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'HURU-HARA DI SHELL LUNDANG DIPERCAYAI AKIBAT MAIN ' 3 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malays' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 25 mins ago
A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 4 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 5 hrs 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 5 hrs 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 5 hrs 47 mins ago