Translate

02 April 2025

PIA bakal laksana 'MyBorderPass', pintu pagar automatik dalam masa terdekat



PIA bakal laksana 'MyBorderPass', pintu pagar automatik dalam masa terdekat

Bernama

02/04/2025


PIA kini dilengkapi 35 kios daftar masuk layan diri, dengan 15 dikhaskan bagi AirAsia manakala selebihnya 20 lagi untuk Scoot, Cathay Pacific dan Malaysia Airlines. - Foto Bernama


GEORGE TOWN: Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) akan memperkenalkan sistem 'MyBorderPass' dan pintu pagar automatik dalam masa terdekat untuk rakyat serta pelancong asing bagi mengoptimumkan lagi proses imigresen serta pelepasan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Negeri Wong Hon Wai berkata sistem itu sedang dalam peringkat perancangan dan proses tender telah pun bermula.

"Inisiatif itu dapat membantu mengurangkan kesesakan di kaunter imigresen, meningkatkan kecekapan keseluruhan proses pelepasan, dan pelancong tidak lagi perlu berbaris panjang semasa waktu puncak. Pengunjung dari 63 negara dan wilayah layak menggunakan sistem pintu pagar automatik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengetuai delegasi pemain industri pelancongan Pulau Pinang ke PIA untuk mengadakan mesyuarat bersama pengurusan lapangan terbang.

PIA kini dilengkapi 35 kios daftar masuk layan diri, dengan 15 dikhaskan bagi AirAsia manakala selebihnya 20 lagi untuk Scoot, Cathay Pacific dan Malaysia Airlines.

Beliau berkata pihak pengurusan lapangan terbang sedang berbincang dengan syarikat penerbangan lain untuk memperluas penggunaan kemudahan layan diri itu di samping memastikan 35 kios ditempatkan di lokasi strategik di seluruh lapangan terbang.

Wong berkata lapangan terbang itu baru-baru ini telah menambah lima kaunter layan diri untuk penyerahan bagasi yang pada masa ini hanya tersedia untuk penumpang Malaysia Airlines.

Namun, pihak pengurusan lapangan terbang sedang berbincang dengan syarikat penerbangan lain bagi memperluas perkhidmatan itu kepada lebih banyak syarikat penerbangan.

Mengulas mengenai projek pengembangan di PIA, Wong berkata setakat pertengahan Mac tahun ini, kerja-kerja fizikal fasa pertama yang merangkumi bangunan tambahan dan kerja-kerja berkaitan mencapai kemajuan 32 peratus, keseluruhan projek masih mengikut jadual dan dijangka siap sebagaimana perancangan.

Untuk tempoh Januari hingga Februari tahun ini, jumlah pergerakan penumpang di PIA mencecah 1.37 juta, meningkat sebanyak 17.35 peratus berbanding 1.17 juta penumpang dalam tempoh sama 2024.

Dengan peningkatan berterusan jumlah penumpang dan kekerapan penerbangan, beliau berkata 16 ruang parkir pesawat sedia ada tidak mencukupi untuk menampung permintaan pada masa hadapan.

"Oleh itu, pelan pengembangan ini, termasuk penambahan 12 ruang parkir baharu ... menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28," katanya.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Miami viewed 'Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertem' 1 min ago
A visitor from New york viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 1 min ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pandelela misses out on final at Diving World Cup ' 2 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengu' 2 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Presiden Indonesia Prabowo ke Kuala Lumpur, bertem' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 24 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 33 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Malaysia tidak perlu panik, gopoh buat keputusan b' 47 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana ' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar Ibrahim's Statement on the United States ' 55 mins ago