Translate

15 April 2025

Mengenang Tun Abdullah: Pengebumian Negara di Makam Pahlawan selepas Zohor



Mengenang Tun Abdullah: Pengebumian Negara di Makam Pahlawan selepas Zohor

Astro Awani

15/04/2025


Jenazah Allahyarham sebelum itu akan dibawa ke Masjid Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi bagi tujuan pengurusan jenazah.


KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan disembahyangkan selepas solat Zohor dan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada Selasa.

Menurut kenyataan media oleh Jabatan Perdana Menteri, jenazah Allahyarham sebelum itu akan dibawa ke Masjid Negara, Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi bagi tujuan pengurusan jenazah.

Menurut kenyataan itu, kerajaan turut memutuskan supaya Allahyarham diberikan Istiadat Pengebumian Negara sebagai penghormatan.

Penghormatan terakhir akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Bagi pelawat yang hadir, etika pemakaian telah ditetapkan.

Pelawat lelaki beragama Islam diminta mengenakan baju kebangsaan berwarna hitam, bersamping hitam tanpa corak serta bersongkok hitam.

Bagi yang bukan Islam, pakaian yang digalakkan ialah Lounge Suit gelap namun pakaian lain yang bersesuaian juga dibenarkan.

Untuk pelawat wanita beragama Islam, pemakaian yang disarankan adalah baju kurung atau kebaya labuh warna gelap bersama selendang atau tudung putih.

Manakala wanita bukan beragama Islam, pakaian sopan warna gelap dan berselendang putih adalah digalakkan, selain pilihan pakaian lain yang bersesuaian.

Dalam pada itu, semua bangunan dalam radius 2 kilometer dari Masjid Negara diarahkan supaya mengibarkan Jalur Gemilang separuh tiang sehingga selesai istiadat pengebumian sebagai tanda berkabung dan penghormatan kepada Allahyarham.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hyderabad viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 3 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Berlakon diculik, pelajar universiti, rakan didakw' 3 hrs 7 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Lebih 200 individu terperdaya skim pelaburan IRPS,' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs ago
A visitor from Shepperton viewed 'KEJADIAN DI KEDAI AISKRIM MASJID PUTRA, PUTRAJAYA,' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Pekan viewed 'Angka kematian meningkat sembilan' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Nagercoil viewed 'Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh gan' 5 hrs 1 min ago
A visitor from Dublin viewed 'Trump verbally sparring with reporter on accepting' 5 hrs 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemilihan Kali Ini PKR Adalah Kerajaan, Saya Tak B' 5 hrs 26 mins ago