Translate

07 April 2025

Lelaki cuba buka pintu pesawat dari Kuala Lumpur minum alkohol sebelum kejadian



Lelaki cuba buka pintu pesawat dari Kuala Lumpur minum alkohol sebelum kejadian

Bernama

07/04/2025


Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata mereka mengambil tindakan pada malam Sabtu selepas lelaki itu didakwa "cuba membuka pintu kecemasan bahagian belakang pesawat semasa penerbangan" dari Kuala Lumpur. - Gambar hiasan/ Reuters


SYDNEY: Seorang lelaki warga Jordan berusia 46 tahun didakwa pada Ahad kerana didakwa cuba membuka pintu sebuah pesawat dalam penerbangan ke Sydney serta menyerang seorang anak kapal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis Australia.

Polis Persekutuan Australia (AFP) berkata mereka mengambil tindakan pada malam Sabtu selepas lelaki itu didakwa "cuba membuka pintu kecemasan bahagian belakang pesawat semasa penerbangan" dari Kuala Lumpur.

Selepas beliau diiringi kembali ke tempat duduk oleh anggota kru, lelaki itu didakwa cuba membuka satu lagi pintu kecemasan.

"Lelaki itu kemudian dihalang oleh kru dan penumpang, ketika itu dia didakwa menyerang seorang kakitangan syarikat penerbangan," menurut AFP.

Lelaki itu telah didakwa atas dua pertuduhan membahayakan keselamatan pesawat dan satu pertuduhan menyerang, yang masing-masing memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun.

"Tindakan lelaki ini boleh mengakibatkan akibat yang tragik, dan penumpang serta kakitangan pesawat tidak sepatutnya berdepan dengan tingkah laku yang tidak terkawal, ganas atau berbahaya semasa penerbangan," kata pemangku penguasa detektif AFP Davina Copelin.

"AFP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap individu yang melakukan jenayah dalam pesawat, terutamanya apabila tingkah laku itu boleh membahayakan keselamatan penumpang, kru atau penerbangan itu sendiri."

Penyiar Australia ABC memetik peguam lelaki itu sebagai memberitahu mahkamah pada Ahad bahawa lelaki berusia 46 tahun itu telah mengambil dua jenis ubat, pseudoephedrine dan pil tidur, serta meminum alkohol sebelum penerbangan, dan dia tidak mengingati insiden berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Marseille viewed 'The Expose by Wee Choo Keong's Blog which has resu' 5 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Agong today presented the instruments of appointme' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '5 universiti terkemuka Korea tawar tempat pengajia' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada atura' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pencuri Pakaian Dalam Wanita 'Kantoi' | BEST FBKL' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kereta Jururawat Tebabas Rempuh Warga Emas | BEST ' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'BEST FBKL' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Penghantar barang mengaku tidak bersalah rompak em' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tarikh Kongres Nasional AMK, Wanita Keadilan disel' 1 hr 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed '21 pegawai, anggota ATM berkursus di Pakistan, Ind' 1 hr 41 mins ago