Translate

09 April 2025

KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi



KLIA Ekspres, KLIA Transit kembali beroperasi

Bernama

09/04/2025


Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kembali beroperasi seperti biasa pada 4 petang tadi selepas gangguan akibat kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat. -ERL


PUTRAJAYA: Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang mengalami gangguan kembali beroperasi seperti biasa 4 petang tadi.

Perkhidmatan tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit kembali beroperasi seperti biasa pada 4 petang tadi selepas gangguan akibat kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat.

ERL telah melaksanakan langkah-langkah segera termasuk perkhidmatan bas ulang-alik percuma dan meningkatkan keselamatan di kawasan terjejas.

ERL bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat insiden dan melaksanakan langkah pencegahan, serta komited terhadap keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Menurut Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dalam kenyataan perkembangan terkini itu dimaklumkan menerusi semua platform sosial media syarikat berkenaan.

"Susulan insiden kecurian kabel dan gangguan sistem isyarat yang menjejaskan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, ERL telah melaksanakan langkah-langkah segera untuk memudahkan pengguna kami serta terus mempertingkat langkah keselamatan di kawasan yang terjejas," menurut kenyataan itu.

Menurut ERL pihaknya telah memulakan perkhidmatan bas ulang-alik percuma untuk membantu pengguna dalam tempoh terdekat antara Stesen Salak Tinggi dan Stesen Putrajaya dan Cyberjaya.

Petugas tambahan turut ditempatkan di kawasan terbabit selain kekerapan rondaan ditingkatkan dan pemantauan diperhebat di sekitar infrastruktur penting.

"ERL bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat insiden itu dan melaksanakan langkah pencegahan," menurut kenyataan itu.

Syarikat itu turut menyatakan komitmen terhadap keselamatan dan kesejahteraan pengguna serta kesal atas kesulitan yang disebabkan oleh keadaan yang tidak dijangka itu.

"Kami sedang berusaha untuk memulihkan perkhidmatan tren sepenuhnya secepat mungkin. Kami akan terus mengemas kini perkembangan usaha pemulihan menerusi saluran rasmi kami," menurut ERL.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 6 mins ago
A visitor from Klang viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump reveals 'most exciting part' of the China de' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Bukit mertajam viewed 'Pemandu bermasalah, abai penyeleng' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Craigavon viewed 'Tengku Zafrul di Korea Selatan hadiri mesyuarat MR' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SALAH GUNA KUASA P.RAMASAMY DIDAKWA SALAH GUNA KED' 1 hr 33 mins ago