Translate

10 April 2025

Angka korban gempa bumi di Myanmar meningkat lebih 3,600



Angka korban gempa bumi di Myanmar meningkat lebih 3,600

Bernama

10/04/2025


Myanmar telah menamatkan fasa mencari dan menyelamat, dan secara rasmi memasuki fasa pemulihan dan pembinaan semula. - Gambar/ Reuters


HANOI: Angka korban akibat gempa bumi yang melanda Myanmar pada 28 Mac lalu meningkat kepada 3,649 orang, manakala 5,018 lagi dilaporkan cedera dan 145 masih hilang, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Myanmar.

Menurut Jabatan Meteorologi dan Hidrologi Myanmar, sebanyak 98 gegaran susulan telah direkodkan sehingga 8 April, dengan kekuatan antara 2.8 hingga 7.5 pada skala Richter.

Negara itu kini menamatkan fasa mencari dan menyelamat, dan secara rasmi memasuki fasa pemulihan dan pembinaan semula.

Bagaimanapun, usaha pemulihan dijangka berdepan cabaran besar berikutan kerosakan infrastruktur yang meluas serta keadaan cuaca yang tidak menentu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Klang viewed 'An Exclusive Taste of Japan with Chef Fukuda Koji ' 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 anggota FRU maut kemalangan di Teluk Intan | BES' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'CelcomDigi, MoF Inc, YTL, Maxis & DNB meterai perj' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump reveals 'most exciting part' of the China de' 37 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Langkah Ke Depan PKR Lesu Atau... #skopmg | BEST F' 46 mins ago
A visitor from Bukit mertajam viewed 'Pemandu bermasalah, abai penyeleng' 49 mins ago
A visitor from Craigavon viewed 'Tengku Zafrul di Korea Selatan hadiri mesyuarat MR' 54 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'SALAH GUNA KUASA P.RAMASAMY DIDAKWA SALAH GUNA KED' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Pemandu lori direman empat hari |' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'PNB accepts Jalil Rasheed's resignation as preside' 1 hr 15 mins ago