Translate

30 April 2025

Farmasi, klinik wajib pamer harga ubat bermula Khamis, 1 Mei

 







NRES buka 10 kertas siasatan aktiviti seludup hidupan liar di KLIA



NRES buka 10 kertas siasatan aktiviti seludup hidupan liar di KLIA

Bernama

30/04/2025


Mana-mana individu atau sindiket yang didapati terlibat dalam penyeludupan hidupan liar akan berdepan tindakan tegas di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). - Gambar hiasan/Bernama


PUTRAJAYA: Sepuluh kertas siasatan berkaitan aktiviti penyeludupan hidupan liar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka bagi tempoh 2023 hingga April 2025.

Sepuluh kertas siasatan dibuka berkaitan penyeludupan spesies eksotik dan tempatan seperti kura-kura, ular, burung, dan primat dari 2023 hingga April 2025.

NRES komited memperkasakan penguatkuasaan dan mempergiatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan untuk membanteras jenayah ini, termasuk tindakan tegas di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Malaysia kekal komited melindungi khazanah alam semula jadi dan menyeru masyarakat untuk melaporkan aktiviti mencurigakan berkaitan hidupan liar melalui hotline Perhilitan atau e-aduan.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memaklumkan ia melibatkan aktiviti penyeludupan spesies eksotik atau tempatan seperti kura-kura, ular, burung dan primat.

"NRES memandang serius isu ini yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Jenayah penyeludupan hidupan liar bukan sahaja menjejaskan populasi spesies terancam malah menimbulkan risiko keselamatan dan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Dalam hal ini, NRES melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) komited memperkasakan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara," menurut kenyataan itu.

Mana-mana individu atau sindiket yang didapati terlibat dalam penyeludupan hidupan liar akan berdepan tindakan tegas di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), termasuk denda hingga RM1 juta atau hukuman penjara maksimum 15 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi memperkukuhkan usaha membanteras aktiviti itu, NRES mempergiatkan kerjasama strategik di bawah Rangkaian Penguatkuasaan Hidupan Liar Malaysia dan Operasi Bersepadu Khazanah dengan pelbagai agensi penguatkuasaan antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta Agensi Kawalan Perlindungan Sempadan.

"Pendekatan bersepadu ini membolehkan operasi pencegahan, siasatan dan pendakwaan dijalankan dengan lebih berkesan," menurut NRES.

Sebagai sebuah negara mega biodiversiti, NRES memaklumkan Malaysia kekal komited melindungi khazanah alam semula jadi demi keseimbangan ekosistem dan kesejahteraan generasi masa depan.

Justeru, NRES menyeru masyarakat untuk bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan berkaitan hidupan liar melalui hotline Perhilitan di talian 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman sesawang www.wildlife.gov.my.

-- BERNAMA

Inflasi keseluruhan turun kepada 1.4 peratus, teras stabil pada Mac - BNM



Inflasi keseluruhan turun kepada 1.4 peratus, teras stabil pada Mac - BNM

Bernama

30/04/2025


Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM). - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Inflasi keseluruhan Malaysia turun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025 daripada 1.5 peratus dalam bulan sebelumnya manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Inflasi Malaysia menurun kepada 1.4 peratus pada Mac 2025, manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.9 peratus, dipengaruhi oleh kesan dasar terdahulu dan penurunan harga komoditi.

Ekonomi terus berkembang sederhana dengan peningkatan pinjaman perniagaan dan isi rumah serta prestasi bercampur di pasaran kewangan.

Sistem perbankan kekal kukuh dengan tahap kecairan tinggi dan nisbah pinjaman terjejas yang menurun.

Bank pusat itu berkata perbezaan berkenaan sebahagiannya didorong oleh peluputan kesan dasar terhadap komponen Indeks Harga Pengguna (IHP) bukan teras, termasuk tarif air dan elektrik yang meningkat bagi tempoh sama pada tahun lepas.

"Oleh itu, hal ini telah mempengaruhi inflasi keseluruhan," kata BNM dalam kenyataan Sorotan Bulanan Mac 2025 hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, bank pusat itu berkata inflasi bagi komponen IHP bukan teras lain seperti makanan segar dan bahan api RON97 mencatatkan aliran atau trend penurunan, selaras dengan harga komoditi yang semakin berkurangan.

Indeks Perdagangan Borong dan Runcit (IOWRT) meningkat sebanyak 3.9 peratus pada Februari 2025 berbanding 3.8 peratus pada bulan sebelumnya.

"Pertumbuhan lebih tinggi dalam segmen borong didorong oleh perdagangan borong jentera, peralatan dan bekalan.

"Segmen runcit terus berkembang walaupun pada kadar sederhana, disokong oleh jualan runcit di kedai barangan bukan khusus," katanya.

Selain itu, segmen kenderaan bermotor terus mengalami penguncupan meskipun pada tahap lebih kecil.

Prestasi itu, kata BNM, mencerminkan penjualan kereta yang kembali normal selepas mencatat paras tertinggi bagi tempoh tiga tahun lepas.

Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.5 peratus pada akhir Mac 2025 berbanding 5.1 peratus pada Februari, didorong oleh pertumbuhan bon korporat terkumpul lebih tinggi (5.3 peratus; Februari 3.8 peratus) dan pertumbuhan pinjaman terkumpul yang berterusan (5.6 peratus, Februari 5.5 peratus).

"Pertumbuhan pinjaman terkumpul perniagaan meningkat kepada 4.8 peratus berbanding 4.5 peratus dalam Februari, berikutan pertumbuhan lebih tinggi untuk tujuan modal kerja, terutama dalam kalangan bukan perusahaan kecil dan sederhana," katanya.

Bagi tempoh sama, BNM berkata pertumbuhan pinjaman isi rumah kekal stabil pada 6 peratus dengan pertumbuhan berterusan merentasi kebanyakan kategori pinjaman.

Pasaran kewangan global mengalami ketidaktentuan ketara, didorong oleh ketidakpastian yang meningkat berkaitan dengan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, sentimen pelabur sentimen pelabur merosot berikutan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kelembapan ekonomi global dan peningkatan jangkaan pasaran untuk pemotongan kadar dasar AS yang lebih besar.

Menyentuh ringgit, BNM berkata dalam kebimbangan terhadap ekonomi AS dan mata wangnya, ringgit menambah nilai sebanyak 0.7 peratus berbanding dolar AS.

Kadar pertukaran efektif nominal ringgit (NEER) menokok 0.2 peratus berbanding purata serantau pada 0.4 peratus.

"Hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun menurun sebanyak dua mata asas berbanding 3.6 mata asas di peringkat serantau," katanya.

Indeks FBM KLCI Bursa Malaysia turun sebanyak 3.9 peratus (purata serantau 1.4 peratus) berikutan aliran keluar asing bersih, dipacu oleh peningkatan pelabur mengelak risiko.

BNM juga menegaskan sistem perbankan terus mencatat penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai sebanyak 151.6 peratus pada Mac lepas berbanding 154.4 peratus dalam bulan sebelumnya.

Agregat nisbah pinjaman kepada dana meningkat sedikit kepada 83.9 peratus daripada 83 peratus pada Februari, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang berterusan.

Menurut bank pusat itu, nisbah pinjaman terjejas kasar turun kepada 1.4 peratus (1.5 pertus pada Februari, namun nisbah pinjaman terjejas bersih kekal stabil pada 0.9 peratus.

"Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) terus berada pada tahap berhemat sebanyak 131.3 peratus daripada pinjaman terjejas kasar berbanding 130.3 peratus pada Februari," katanya.

-- BERNAMA

Mahkamah kekalkan hukuman penjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh rakan, tidur dengan mayat



Mahkamah kekalkan hukuman penjara 30 tahun, 12 sebatan bunuh rakan, tidur dengan mayat

Bernama

30/04/2025


Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan terhadap Mohd Azhud Ibrahim atas kesalahan membunuh rakannya. - Foto Bernama


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan, hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan terhadap seorang pekerja sambilan yang membunuh rakannya sebelum tidur bersama mayat mangsa selama empat hari.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan terhadap Mohd Azhud Ibrahim atas kesalahan membunuh rakannya, selepas rayuannya ditolak.

Mohd Azhud mengaku tinggal bersama mayat mangsa selama empat hari selepas kejadian, dengan laporan bedah siasat menunjukkan 23 kecederaan luaran dan trauma teruk pada kepala serta dada mangsa.

Walaupun tiada saksi mata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie melalui bukti keadaan, termasuk barang dengan kesan darah yang ditemukan berdasarkan maklumat tertuduh.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Tan Sri Nallini Pathmanathan bersama Hakim Datuk Nordin Hassan dan Hakim Datuk Hanipah Farikullah menolak rayuan Mohd Azhud Ibrahim terhadap sabitan dan hukumannya.

Menyampaikan keputusan, Hakim Nallini berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mohd Azhud, 33, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas, yang mengekalkan sabitan atas kesalahan membunuh namun menggantikan hukuman mati kepada penjara seumur hidup dan 12 sebatan.

Mengikut fakta kes, seorang rakan yang melawat rumah Mohd Azhud telah terhidu bau busuk dan menyoalnya membuatkan Mohd Azhud mengakui terdapat mayat di dalam rumah.

Rakannya telah memberi keterangan di mahkamah bahawa Mohd Azhud memberitahunya, "Saya sudah lama marah padanya. Saya kecewa."

Dalam keterangan dari kandang tertuduh, Mohd Azhud mendakwa dia bertindak demikian untuk mempertahankan diri semasa bergaduh dengan Ahmad Azam Ahmad, 43, dengan menggambarkan rakannya itu seorang yang agresif.

Selepas kejadian, Mohd Azhud berkata dia telah mengambil ganja dan tidur selama dua hari sebelum terjaga dan mendapati mangsa tidak memberikan sebarang reaksi, dan oleh kerana tidak mampu menguruskan mayat, dia akhirnya mengakui telah tinggal bersama mayat itu.

Laporan bedah siasat mendapati 23 kecederaan luaran dan trauma teruk pada kepala serta dada mangsa.

Dalam prosiding di Mahkamah Persekutuan hari ini, peguam Gurbachan Singh yang mewakili Mohd Azhud berkata anak guamnya sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan membunuh kerana tiada bukti keadaan menunjukkan secara jelas kesalahan anak guamnya.

Beliau juga menyebut tentang ketiadaan saksi mata kepada kejadian tersebut.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa raya Mohd Fairuz Johari mengakui tiada saksi mata hadir namun berkata bukti keadaan yang ada, amat kukuh.

Beliau berkata tertuduh adalah satu-satunya individu dilihat berada di dalam rumah bersama mayat mangsa dan polis telah menemukan beberapa barang yang mempunyai kesan darah, termasuk senjata, berdasarkan maklumat diberikan tertuduh.

-- BERNAMA

Papagomo Mohon Maaf Kepada KPN









PRK Ayer Kuning : PM Minta Jangan Berasa Lega Dengan Kemenangan

 







Pemandu e-Hailing Minta Remaja Perempuan Buka Tudung Ditahan














Syahredzan Dan Young Syefura Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Kepada ADUN Bersatu










DUA INDIVIDU BERTOPI SAMBAR BARANG KEMAS










Tujuh Beranak Tinggal Bersesak Di Bilik Sewa










Bapa Anak Empat Terlepas Hukuman Mati









Suami isteri didakwa salah guna kuasa untuk dapatkan suapan










Warga Nigeria mengaku tidak bersalah gigit telinga anggota polis hingga putus










Pasangan suami isteri ditahan, aktif edar dadah sejak empat tahun lalu

 






Rafizi cuma bercuti, bukan letak jawatan - Menteri nafi khabar angin








Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sempena acara larian



Operasi Bas Rapid Transit laluan Sunway diubah sempena acara larian

Bernama

30/04/2025


Perubahan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian tersebut yang dijadual bermula pada 7 malam di sepanjang trek BRT Laluan Sunway.


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Bas Rapid Transit (BRT) Laluan Sunway akan mengalami perubahan dan beroperasi secara percuma pada 3 Mei ini bermula 2 petang hingga tamat waktu operasi, bagi memberi laluan kepada acara larian 'The Under Armour Infinite Race'.

Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) selaku pengendali perkhidmatan bas Rapid KL dalam kenyataan hari ini memaklumkan perubahan itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja persediaan penganjuran acara larian tersebut yang dijadual bermula pada 7 malam di sepanjang trek BRT Laluan Sunway.

"Mulai 2 petang pada 3 Mei ini, perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan beroperasi secara percuma dengan kekerapan setiap 15 hingga 20 minit," menurut kenyataan itu.

Justeru, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT Laluan Sunway, kecuali di stesen USJ 7 di Hentian Bas SJ692 LRT USJ (hadapan KK Mart), South Quay (Hentian Bas SJ67 Mydin USJ), Mentari (Hentian Bas PJ179 Sunway Mentari (Barat)) dan Sunway Setia Jaya (Hentian Bas Setia Jaya, (bertentangan Stesen KTM Setia Jaya).

Menurut kenyataan itu, maklumat serta notis akan dipaparkan di stesen BRT bagi memaklumkan pengguna mengenai perubahan operasi tersebut serta membantu mereka merancang perjalanan lebih awal.

Perkhidmatan BRT Laluan Sunway akan kembali beroperasi seperti biasa bermula 6 pagi pada 4 Mei ini.

Pengguna juga digalakkan memuat turun aplikasi PULSE di Google Play atau App Store bagi merancang perjalanan, atau melayari laman web rasmi Rapid KL di https://myrapid.com.my untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA

Nancy minta semua pihak berani bersuara menentang gangguan seksual



Nancy minta semua pihak berani bersuara menentang gangguan seksual

Bernama

30/04/2025


Nancy menegaskan komitmennya terhadap pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual. - Gambar fail/Bernama


KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri hari ini meminta semua pihak untuk berani bersuara menentang gangguan seksual demi mempertahankan maruah serta keselamatan masyarakat.

Menteri Datuk Seri Nancy Shukri meminta masyarakat untuk berani menentang gangguan seksual demi mempertahankan maruah dan keselamatan.

Kejadian melibatkan seorang pemandu e-panggilan yang meminta seorang remaja membuka tudungnya telah mencetuskan perhatian ramai, dengan bapa mangsa membuat laporan polis.

Nancy menegaskan komitmennya terhadap pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual dan menyeru pihak polis bertindak adil serta segera terhadap kes-kes seumpama ini.

Beliau berkata demikian susulan satu video tular baru-baru ini melibatkan seorang pemandu e-panggilan yang meminta seorang remaja perempuan berusia 15 tahun untuk membuka tudung dipakainya sewaktu menggunakan khidmat pemanduan itu pulang ke rumahnya.

"Kepada remaja di luar sana, jangan berdiam diri. Anda berhak untuk bertindak demi keselamatan dan maruah diri. Pada masa yang sama, saya komited untuk memperkasakan keadilan melalui pelaksanaan penuh Tribunal di bawah Akta Gangguan Seksual," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nancy berkata beliau difahamkan bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan hal berkenaan mencerminkan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap isu gangguan seksual yang tidak boleh dipandang ringan.

"Apabila berlaku kes gangguan seksual, masyarakat meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pihak polis untuk bertindak dengan adil dan segera," katanya.

-- BERNAMA

Pengurus akaun jadi mangsa sindiket pelaburan dalam talian, rugi RM1.36 juta



Pengurus akaun jadi mangsa sindiket pelaburan dalam talian, rugi RM1.36 juta

Bernama

30/04/2025


Polis menerima laporan daripada lelaki berusia 70 tahun itu pada Isnin lepas, memaklumkan dirinya ditipu sindiket berkenaan. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN: Seorang pengurus perakaunan sebuah syarikat swasta kerugian RM1.36 juta selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian di daerah Barat Daya, dekat sini baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerima laporan daripada lelaki berusia 70 tahun itu pada Isnin lepas, memaklumkan dirinya ditipu sindiket berkenaan.

"Menurut mangsa, pada penghujung Disember lepas, beliau telah melihat satu iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham di Bursa Saham yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, menawarkan pulangan keuntungan antara lapan hingga 15 peratus daripada modal dilaburkan dalam tempoh dua bulan.

"Mangsa yang berminat kemudian memuat turun aplikasi dikenali sebagai 'BIONM', mendaftar sebagai ahli dan mula melabur melalui aplikasi tersebut dengan membuat 14 transaksi pindahan wang ke empat akaun berbeza berjumlah keseluruhan RM1.365 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM1 juta sebagai komisen kepada pihak BIONM kononnya untuk membolehkan pengeluaran keuntungan berjumlah RM11 juta yang dikatakan telah terkumpul dalam aplikasi tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan rangkaian sindiket penipuan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

-- BERNAMA

Empat termasuk seorang Datuk Seri direman bantu siasatan tuntutan palsu



Empat termasuk seorang Datuk Seri direman bantu siasatan tuntutan palsu

Bernama

30/04/2025


Mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu melibatkan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.3 bilion. - Foto SPRM


PUTRAJAYA: Empat individu termasuk seorang bergelar 'Datuk Seri' direman empat hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu kira-kira RM360 juta.

Empat individu termasuk seorang bergelar 'Datuk Seri' direman selama empat hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung tuntutan palsu bernilai RM360 juta.

Individu terbabit disyaki mengemukakan tuntutan palsu antara tahun 2016 hingga 2017, melibatkan dana sukuk dalam projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai RM1.3 bilion.

SPRM mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009, dengan ketua operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, mengesahkan penahanan suspek.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Burhanuddin selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pagi tadi.

Menurut sumber, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50-an dan 70-an itu telah ditahan antara 4 hingga 6 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

"Siasatan awal mendapati kesemua individu itu dipercayai melakukan perbuatan itu sekitar 2016 hingga 2017.

"Mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM1.3 bilion," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA




BRICS countries support use of local currencies in trade, transactions



BRICS countries support use of local currencies in trade, transactions

30/04/2025


BRICS emphasized the need to implement comprehensive reforms to the global financial system to strengthen the voice of developing countries and increase representation in international financial institutions.


RIO DE JANEIRO: BRICS foreign ministers expressed support for the use of local currencies in trade and financial transactions, and instructed their respective finance ministers and central bank governors to devise appropriate mechanisms, according to a declaration adopted after a meeting in Rio de Janeiro, the Russian News Agency (TASS) reported.

BRICS Foreign Ministers support the use of local currencies in trade and finance, and instruct finance ministers and central bank governors to devise appropriate mechanisms.

They stressed the need to implement comprehensive reforms to the global financial system to strengthen the voice of developing countries and increase representation in international financial institutions.

The Ministers recognized the importance of strengthening international cooperation in the critical minerals sector to ensure that these resources contribute to inclusive and equitable development.

"The Ministers stressed the importance of expanding the use of local currencies in trade and financial settlements between BRICS countries and their trading partners.

"They also referred to paragraph 66 of the Kazan Declaration which tasked the Minister of Finance and the Governor of the Central Bank, as appropriate, to continue to examine issues related to local currencies, payment instruments and platforms," ​​the statement said.

The Ministers also emphasized the need to implement comprehensive reforms to the global financial system to strengthen the voice of developing countries and increase their representation in international financial institutions.

They also reiterated their call for reforms of international financial institutions to focus on increasing financing capacity and facilitating access to resources, particularly for developing and least developed countries.

In addition, the Ministers reaffirmed the important role of the Group of Twenty (G20) as the primary forum for international economic cooperation that brings together emerging and developed economies.

The statement also said that the Ministers recognized the importance of strengthening international cooperation in the critical minerals sector, including through the implementation of downstream industrial policies, technology transfer and sustainable practices, to ensure that the resources contribute to inclusive and equitable development, in particular for the countries of origin of the resources, according to the declaration.

Ubat 'mati pucuk' dalam produk gula-gula dijual dalam talian - Agensi Makanan Singapura



Ubat 'mati pucuk' dalam produk gula-gula dijual dalam talian - Agensi Makanan Singapura

Agensi

30/04/2025


Dua produk yang dijual dalam platform dalam talian ini didapati mengandungi bahan tadalafil, yang memberi kesan sampingan yang berbahaya. - Foto: Laman SFA


SINGAPURA: Dua produk makanan yang dipasarkan dengan dakwaan membawa kesan meningkatkan upaya seksual lelaki telah ditemui mengandungi bahan tadalafil, sejenis ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat masalah disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk.

Portal berita Channel NewsAsia melaporkan, produk berkenaan, 'Loboose High End Super Candy' dan 'Premium Thundercat Super Candy', dijual dalam platform jualan dalam talian, menurut Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Rabu.

Jelas SFA, tadalafil boleh meningkatkan risiko serangan jantung, strok, sakit kepala, kadar degupan jantung tidak normal dan priapisme (ketagangan zakar terlalu lama hingga menyakitkan).

Ia juga boleh mengakibatkan masalah tekanan darah rendah yang mengancam nyawa bagi individu yang mengambil ubat jantung.

Tadalafil sepatutnya hanya diberi di bawah pemerhatian ketat perubatan.

SFA turut mengenal pasti kandungan ubat dalam produk yang dipasarkan untuk tujuan mengurangkan berat badan, detoksifikasi dan peningkatkan metabolisme.

Produk tersebut, 'Lomie Peach Berries Blossom Fruity Tea', didapati mengandungi sibutramine, sementara 'Urbanism Candy' didapati mengandungi bahan sibutramine dan sennosides.

Sibutramine telah diharamkan di SIngapura sejak tahun 2010 susulan ia boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok, selain psikosis dan halusinasi.

Serangan sawan juga pernah dilaporkan akibat pengambilan sibutramine, ujar SFA.

Sennosides lazimnya digunakan untuk melegakan sembelit, dengan kesan sampingan lain seperti sakit pada abdomen, kekejangan dan cirit-birit. Pengambilan jangka lama juga boleh menyebabkan sembelit dan dehidrasi berpanjangan.

“SFA telah mendapatkan kerjasama dengan platform jualan dalam talian ini untuk nyahsenarai produk tersebut, serta mengeluarkan amaran untuk penjual supaya berhenti menjual produk-pdoruk berkenaan serta-merta," kata SFA.

Pihak konsumer juga dinasihatkan agar tidak membeli atau mencuba produk itu.

Kebakaran gas Putra Heights: Peruntukan RM46 juta bantu bina semula kediaman - Nga



Kebakaran gas Putra Heights: Peruntukan RM46 juta bantu bina semula kediaman - Nga

Astro Awani

30/04/2025


Nga bercakap kepada media selepas majlis penyampaian bantuan sewa rumah kepada 70 keluarga yang terlibat dalam insiden tersebut, pada Rabu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar


SHAH ALAM: Jemaah menteri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM40 juta menerusi pelan pemulihan dan pembangunan komprehensif bagi membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights.

Jemaah menteri meluluskan RM40 juta menerusi Tabung Amanah Bencana Perumahan Negara untuk membaik pulih kediaman mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights, dengan kerjasama pihak swasta yang diberi pengecualian cukai atas sumbangan.

Sime Darby Berhad akan mengendalikan baik pulih di Putra Heights, sementara SPNB menguruskan Kampung Kuala Sungai Baru. Bantuan sewa sebanyak RM6,000 selama tiga bulan telah diberikan kepada 455 keluarga, dengan baki bayaran untuk tiga bulan berikutnya akan diagihkan pada Julai atau Ogos.

ebanyak 219 rumah mengalami kerosakan, termasuk 81 rumah yang rosak melebihi 40%. Rumah yang rosak lebih daripada 40% akan menerima bantuan hingga RM300,000, manakala rumah yang rosak di bawah 40% mendapat RM150,000, dan kerosakan kecil diberikan RM30,000.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan menerusi Tabung Amanah Bencana Perumahan Negara itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu mangsa yang kehilangan rumah akibat bencana.

Dana itu telah mengumpul RM40 juta daripada kerajaan dan akan digunakan untuk kerja-kerja pembaikan dan pemulihan kediaman yang terjejas di Putra Heights.

“Mana-mana syarikat swasta dan GLC yang sudi memberi sumbangan kepada tabung ini akan diberi pengecualian cukai.

“Melalui mekanisme ini, KPKT telah menjalin kerjasama strategik dengan pihak swasta untuk membaik pulih dan membina semula kediaman yang terkesan,” katanya selepas majlis penyampaian bantuan sewa rumah kepada 70 keluarga yang terlibat dalam insiden tersebut, pada Rabu.

Turut diperuntukkan ialah tambahan RM6 juta bagi membaiki kerosakan infrastruktur di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, proses baik pulih kediaman yang terjejas akan dimulakan minggu ini dan diharap dapat selesai sebelum akhir tahun ini.

Amirudin berkata baik pulih kediaman di Putra Heights akan dikendalikan oleh pemaju Sime Darby Berhad, manakala kediaman di Kampung Kuala Sungai Baru akan dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Syiling maksimum yang digunakan untuk baik pulih kediaman adalah RM300,000 bagi sebuah rumah yang mengalami kerosakan melebihi 40 peratus.

“Bagi rumah yang mengalami kerosakan di bawah 40 peratus, syiling yang diletakkan ialah RM150,000, manakala untuk rumah yang mengalami kerosakan skala kecil, syiling yang diletakkan ialah RM30,000,” ujarnya.

Secara keseluruhannya, kerajaan negeri telah memperuntukkan wang sewaan kepada 455 keluarga dengan bantuan RM6,000 selama tiga bulan.

Baki bayaran sewa untuk tiga bulan seterusnya akan diagihkan pada Julai atau Ogos depan.

Amirudin juga menambah, baki bayaran untuk bulan berikutnya akan dipertimbangkan mengikut keperluan penduduk.

Dalam insiden itu, sejumlah 219 buah rumah mengalami kerosakan, dengan 81 buah mengalami kerosakan melebihi 40 peratus.




Idea Live Arena lokasi baru penganjuran konsert besar

 







Ahli Parlimen Pulai dimasukkan ke ICU



Ahli Parlimen Pulai dimasukkan ke ICU

30 April 2025

BuletinTV3

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat. Gambar fail


JOHOR BAHRU: Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di sini, malam tadi, selepas paras oksigennya menurun akibat jangkitan kuman.

Bagaimanapun, Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, keadaan Suhaizan kini stabil, namun memerlukan pemantauan berterusan.

“Memang benar, Suhaizan dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu akibat jangkitan pada usus dan paras darah putih yang tinggi menyebabkan paras oksigennya rendah.

“Alhamdulilah, Suhaizan stabil, cuma malam tadi dia demam dengan suhu tinggi dan paras oksigen menurun.

“Pagi ini keadaannya stabil dan sedar, namun masih dalam pemantauan doktor di ICU,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, pembantu Suhaizan memaklumkan, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta, di sini, kira-kira jam 11 malam tadi.

“Lawatan dan ziarah tidak dibuka kepada orang luar selagi di ICU. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Suhaizan segera sembuh,” katanya.

Pada 9 September 2023, Suhaizan yang juga Naib Pengerusi AMANAH Johor menang di kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 18,641 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.

Suhaizan meraih 48,283 undi menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan 29,642 undi, manakala calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi, hanya meraih 528 undi.

Suhaizan menggantikan Datuk Seri Salahuddin Ayub, 61, penyandang kerusi Parlimen Pulai yang juga Timbalan Presiden AMANAH, yang meninggal dunia pada 23 Julai 2023.

Saiful Apek mengaku dia individu ditahan polis di dalam video tular



Saiful Apek mengaku dia individu ditahan polis di dalam video tular

30 April 2025

BuletinTV3

Apek mengakui dirinya adalah individu ditahan polis dalam video yang tular sejak semalam. – FOTO NSTP


KUALA LUMPUR: Pelawak legenda, Saiful Apek, 56, mengakui dirinya adalah individu ditahan polis dalam video yang tular sejak semalam.

“Saya yakin dan pasti, itu adalah gambar saya. Sekarang, pastinya ramai tertanya-tanya apakah punca saya ditahan polis.

“Apa yang boleh saya katakan, ia disebabkan isu pergaduhan. Itu sahaja yang boleh dikongsi, tunggu saya berikan penjelasan sepenuhnya nanti,” katanya secara eksklusif kepada BH Online.

Semalam, kecoh apabila sebuah portal melaporkan kelibat seorang pelawak memakai baju merah jambu yang menyamai Saiful Apek ditahan oleh dua anggota polis. Bagaimanapun, lokasi dan punca kejadian tidak dikenal pasti.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2003 itu meluahkan kekesalan apabila perkara sensasi tersebar dalam sekelip mata.

“Kesimpulannya, bila kita buat baik, ramai yang diam. Bila buat silap, ramai berbunyi dan jika tak buat apa-apa, ada pula mula mereka-reka cerita.

“Kalau boleh henti sebarkan perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau kesahihan selagi tak dengar daripada mulut ‘tuan badan’.

“Tak perlulah nak buat andaian tak kira pihak mana sekalipun.

“Apapun tunggu saya berikan penjelasan selanjutnya. Jadi, tolonglah jangan sebar berita tidak sahih. Doakan yang terbaik buat saya,” kata Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff.

Mac lalu, industri hiburan kecoh apabila salah seorang anggota Senario dipercayai Yassin Yahya, ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun, ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Pelawak berkenaan dipercayai sedang menjalani penjara selama enam bulan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman semasa tempoh perbicaraannya pada November tahun lalu.

MITI appoints deputy sec-gen as chief negotiator for U.S. tariff talks



MITI appoints deputy sec-gen as chief negotiator for U.S. tariff talks

Bernama

29/04/2025


Among the key focus areas for the new round of talks are are reducing tariffs, addressing non-tariff barriers and Malaysia's trade surplus with the US. - BERNAMA pic


KUALA LUMPUR: The Ministry of Investment, Trade and Industry (MITI) has appointed its deputy secretary-general (trade) Mastura Ahmad Mustafa, one of its most experienced senior civil servants, as Malaysia's chief negotiator for the upcoming formal tariff negotiations with the United States (US).

Its minister Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz said the US has also named one of its assistant United States trade representatives (USTR) to lead the talks, with both sides agreeing to begin discussions after Malaysia's Cabinet gives the green light.

"We are now waiting for Cabinet approval before proceeding.... The US side has agreed to engage, and both the USTR and Secretary of Commerce want to take this forward," he told reporters during MITI's open house here today.

Tengku Zafrul said among the key focus areas are reducing tariffs, addressing non-tariff barriers — particularly in agriculture —and Malaysia's trade surplus with the US, which currently stands at US$25 billion (US$1=RM4.34).

"On tariffs, we aim to reduce them -- not necessarily to zero, but to a level that benefits both sides -- while for non-tariff barriers, we are identifying fair areas to consider for easing.

"As for the trade imbalance, we have already reduced it by almost half over the last four years, from over US$40 billion to US$25 billion," he added.

-- BERNAMA

Serangan udara Israel hancurkan masjid di Gaza, ramai cedera di kem pelarian Nuseirat



Serangan udara Israel hancurkan masjid di Gaza, ramai cedera di kem pelarian Nuseirat

Bernama

30/04/2025


Penduduk Palestin menunggu untuk menerima makanan yang dimasak oleh dapur amal di Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza, pada Isnin lalu. - Gambar Reuters


ISTANBUL: Beberapa rakyat Palestin cedera pada Selasa apabila pesawat perang Israel mengebom Masjid Al-Faraj di kem pelarian Nuseirat, tengah Gaza sehingga musnah sepenuhnya, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut saksi, serangan udara itu menyebabkan kemusnahan masjid berkenaan serta mencederakan sejumlah besar orang awam.

Saksi memaklumkan bahawa mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Al-Awda di Nuseirat, namun tiada maklumat lanjut diberikan.

Sejak perang genosid Israel ke atas Gaza bermula pada 7 Okt 2023, rejim Zionis terus menyasarkan rumah ibadat di wilayah itu, khususnya masjid dan gereja.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza pada Februari lalu memaklumkan bahawa tentera Israel telah memusnahkan 1,109 daripada 1,244 buah masjid sama ada secara keseluruhan atau sebahagian.

Israel memperbaharui serangan ke atas Gaza pada 18 Mac lalu, sekali gus menamatkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dicapai dengan kumpulan pejuang Hamas pada 19 Jan.

Sejak Oktober 2023, lebih 52,300 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terbunuh dalam serangan ganas Israel ke atas Gaza.

-- BERNAMA

Prosiding tuntutan Sulu di Mahkamah Rayuan Paris 7 Julai ini - Azalina



Prosiding tuntutan Sulu di Mahkamah Rayuan Paris 7 Julai ini - Azalina

Bernama

30/04/2025


Menurut Azalina, kes tuntutan kumpulan Sulu mencabar had imuniti Malaysia sebagai negara berdaulat dengan menyaksikan bagaimana pembiayaan pihak ketiga disalahguna bagi memperpanjang tuntutan tidak berasas. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Prosiding seterusnya berhubung kes tuntutan kumpulan Sulu dijadualkan berlangsung di Mahkamah Rayuan Paris pada 7 Julai ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata perbicaraan itu akan menyaksikan badan kehakiman Perancis meneliti kesahihan anugerah timbang tara yang dikenakan terhadap Malaysia serta pelbagai aspek perundangan berkaitan.

"Malaysia akan terus melaksanakan semua usaha, hak dan sumber yang ada untuk melindungi kedaulatan kekebalan dan kepentingan Malaysia serta memuktamadkan kes penipuan kumpulan Sulu yang tidak berasas.

"Beberapa keputusan yang memihak Malaysia mutakhir ini, semuanya secara signifikan telah mengukuhkan kedudukan dan kedaulatan undang-undang Malaysia sebagai negara merdeka lagi berdaulat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata antara keputusan tersebut ialah Mahkamah Perancis yang membatalkan pengiktirafan anugerah awal, menolak anugerah akhir oleh Mahkamah Agung Belanda dan sabitan jenayah Mahkamah Rayuan terhadap penimbang tara Gonzalo Stampa kerana menghina mahkamah.

Menurut Azalina, kes tuntutan kumpulan Sulu telah mencabar had imuniti Malaysia sebagai negara berdaulat dengan menyaksikan bagaimana pembiayaan pihak ketiga disalahgunakan bagi memperpanjang tuntutan tidak berasas terhadap Malaysia dengan cara amat licik selain memperlihatkan tribunal timbang tara swasta cuba merampas aset milik kerajaan.

Azalina sedang dalam lawatan kerja ke Eropah turut mengadakan pertemuan dengan pasukan perundangan mewakili Malaysia di Paris untuk pemetaan strategi berterusan dan kemas kini kes tuntutan Sulu yang sedang berlangsung.

Sebelum ini, lapan warga Filipina mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu yang sudah tidak wujud memfailkan prosiding timbang tara di Sepanyol bagi menuntut berbilion dolar AS daripada Malaysia berhubung isu membabitkan Sabah dan sebuah mahkamah di Madrid pada Mac 2019 telah melantik Stampa sebagai penimbang tara bagi kes itu.

Pada 28 Feb 2022, Stampa telah membuat keputusan yang memihak kepada kumpulan itu dan mengeluarkan Award Akhir sebanyak US$14.9 bilion hasil daripada timbang tara tidak sah meskipun pelantikan beliau sebagai penimbang tara telah dibatalkan oleh Mahkamah Sepanyol.

Malaysia sebelum ini telah memperoleh beberapa siri kemenangan dalam kes tuntutan kumpulan Sulu antaranya pada November tahun lepas, dengan Mahkamah Agung Perancis telah menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan itu.

Kemenangan bersejarah buat Malaysia itu bermakna asas awal yang membawa kepada Award Akhir iaitu Malaysia perlu membayar pampasan sebanyak US$14.9 bilion tidak diiktiraf di bawah undang-undang Perancis.

-- BERNAMA

Penganggur mengaku salah bunuh ibu bapa waras ketika kejadian, hukuman 20 Mei



Penganggur mengaku salah bunuh ibu bapa waras ketika kejadian, hukuman 20 Mei

Bernama

30/04/2025


Afendi didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa seorang penganggur yang mengaku bersalah membunuh ibu dan bapanya yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di Kampung Sungai Penchala, berada dalam keadaan waras ketika melakukan kesalahan itu.

Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali Omar, yang mengaku bersalah membunuh ibu bapanya, didapati waras berdasarkan laporan psikiatri dan sedar akan sifat serta akibat perbuatannya.

Mahkamah menetapkan 20 Mei untuk fakta dan hukuman selepas pengakuan bersalah diteruskan, dengan tertuduh layak dibicarakan dan membela diri.

Afendi didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Izalina Abdullah memaklumkan kepada Hakim K.Muniandy bahawa berdasarkan laporan perubatan psikiatri daripada Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh bertarikh 7 Feb 2025, beliau berpendapat Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali Omar, 44, tidak menghidap penyakit mental dan semasa kejadian pada 9 Dis 2023, keadaan mental lelaki itu adalah waras.

"Tertuduh sedar akan sifat dan akibat daripada perbuatannya itu serta mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan terbabit adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang.

"Keadaan mental tertuduh adalah stabil pada tarikh laporan ini ditulis. Tertuduh layak dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan serta mampu untuk membela diri," kata Izalina pada prosiding sebutan kes itu.

Sementara itu, peguam Mohd Ruzaini Zulkifli yang mewakili Afendi mengesahkan mengenai laporan perubatan itu dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pengakuan bersalah anak guamnya diteruskan.

Izalina kemudian memohon tarikh lain untuk fakta dan hukuman memandangkan barang kes tidak dibawa pada prosiding hari ini.

Hakim Muniandy menetapkan 20 Mei ini untuk fakta dan hukuman.

Pada 27 Nov 2024, Hakim Muniandy memerintahkan Afendi menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta bagi memastikan pengakuan bersalah yang dibuat pada 6 Sept 2024 adalah dalam keadaan waras serta sukarela.

Afendi didakwa membunuh Muhammad Agus@Muhamed Ali Omar, 82, dan Darlisma Njatu Saleh, 72, di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini, pada 7.10 malam dan 7.20 malam, 9 Dis 2023.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, media melaporkan mayat suami isteri warga emas ditemukan di ruang tamu kediaman mereka dengan beberapa kesan tikaman pada tubuh selepas berlaku pergaduhan antara lelaki berkenaan dengan ibu bapanya.

-- BERNAMA

Polis nafi kejadian cubaan rogol, cederakan suri rumah di Melaka



Polis nafi kejadian cubaan rogol, cederakan suri rumah di Melaka

Bernama

30/04/2025


Pakaian suspek yang dirampas oleh polis. Gambar kecil: Dzulkhairi. - Gambar/ Sinar Harian


MELAKA: Polis menafikan berlaku kejadian cubaan rogol dan mencederakan seorang suri rumah dengan mengelar leher mangsa menggunakan kunci di sebuah rumah di Taman Kasturi, Semabok di sini, Khamis lepas, seperti mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Polis menafikan kejadian cubaan rogol dan mencederakan seorang suri rumah di Taman Kasturi, Semabok, seperti mesej yang tular di WhatsApp.

Polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai cuba menyamun mangsa di kediamannya pada 24 April.

Siasatan mendapati lelaki tersebut hanya terlibat dalam cubaan samun dan dakwaan cubaan rogol serta mencederakan adalah tidak benar dan tidak berasas.

Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata penularan mesej itu telah menimbulkan kegusaran orang ramai khususnya dalam kalangan penduduk di sekitar Semabok.

"Pada 24 April, polis telah menerima satu laporan daripada mangsa (suri rumah) berusia 26 tahun mendakwa cuba disamun seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di kediamannya.

"Bertindak atas laporan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dipercayai terlibat dalam kes samun terbabit, di sebuah rumah di Kampung Morten kira-kira 7 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu hanya terlibat dalam kes cubaan samun membabitkan wanita berkenaan seperti yang dilaporkan mangsa pada hari sama kejadian.

"Susulan itu, hasil siasatan polis mendapati dakwaan yang tular menerusi WhatsApp berkaitan kejadian itu (cubaan rogol dan mencederakan) adalah tidak benar dan tidak berasas," katanya.

Dzulkhairi berkata polis telah merampas pakaian suspek yang dipercayai dipakai ketika melakukan samun itu dan semakan mendapati dia mempunyai empat rekod kesalahan jenayah serta tiga rekod kes dadah.

Kes katanya disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan samun.

-- BERNAMA

Bayi Dua Bulan Maut Dalam Nahas










Wanita Samun Kedai Serbaneka Ditahan










SUAMI MEMBELA WANITA YANG DIKECAM SELEPAS ANAK ROBOHKAN PELAMIN DI MAJLIS PERKAHWINAN RAKAN










GADIS DIGANGGU PEMANDU GRAB KURANG AJAR










Anwar Nafi Pemilihan Tidak Adil, Aduan Diteliti Juruaudit Antarabangsa

 






Presiden Maldives, Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia



Presiden Maldives, Mohamed Muizzu akhiri lawatan rasmi empat hari ke Malaysia

Bernama

30/04/2025


Presiden Dr Mohamed Muizzu melintasi kawalan kehormat Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) dalam majlis pelepasan rasmi di Kompleks Bunga Raya, KLIA. - Gambar Facebook Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat)


SEPANG: Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu hari ini berlepas pulang selepas menamatkan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia.

Pesawat Maldivian Airlines yang membawa Muizzu dan delegasinya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 pagi.

Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Istiadat) mengadakan kawalan kehormat dalam satu majlis pelepasan rasmi di Kompleks Bunga Raya pada 7.45 pagi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, selaku Menteri Pengiring sepanjang lawatan, turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepada Presiden Maldives dan rombongan beliau.

Muizzu tiba di Malaysia pada Ahad lepas atas undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama beliau ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada November 2023.

Sepanjang lawatannya, Muizzu menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dan dua Pertukaran Nota (EoN) yang meliputi sektor pelancongan, kesihatan dan sukan, sebagai langkah memperkukuh kerjasama dua hala demi manfaat bersama.

Dalam sidang media bersama, Muizzu dan Anwar menyatakan persetujuan untuk mempererat kerjasama menerusi kempen "Tahun Melawat Malaysia 2026" serta meneroka potensi peningkatan aliran pelancong antara kedua-dua negara, termasuk dalam bidang Pelancongan Mesra Muslim dan Pelancongan Halal.

Kedua-dua pemimpin turut menzahirkan komitmen bersama dalam memperkukuh perpaduan Ummah dan menegakkan prinsip-prinsip asas Islam, selain menekankan bahawa isu-isu global seperti konflik Palestin harus diselesaikan secara aman dengan menghormati undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang kepimpinan dan pembangunan negara, Muizzu dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat Falsafah (PhD) dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan MADANI oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam satu istiadat konvokesyen khas yang diadakan di kampus Gombak, pada Selasa.

Ijazah tersebut disampaikan oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, selaku Ketua Perlembagaan UIAM.

Lawatan rasmi ini dijangka memperkukuh lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Maldives, terutamanya dalam bidang perdagangan, pelaburan, industri halal, pendidikan, pelancongan, belia dan sukan.

Maldives kini merupakan rakan dagang keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan, dengan nilai dagangan mencecah RM862.7 juta (US$189 juta) pada 2024, meningkat daripada RM827.3 juta (US$180.9 juta), berbanding tahun sebelumnya.

-- BERNAMA

Subsidi telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos



Subsidi telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos

Bernama

30/04/2025


Kerajaan memutuskan untuk menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi bagi telur ayam bermula 1 Ogos ini setelah mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam kekal mencukupi dan terjamin. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi bagi telur ayam bermula 1 Ogos ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kawalan harga telur ayam juga akan ditamatkan, manakala kadar subsidi akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji berkuat kuasa esok, sebelum subsidi dihentikan sepenuhnya.

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam kekal mencukupi dan terjamin, berikutan kos pengeluaran yang telah stabil.

"Keadaan ini terbukti sepanjang musim perayaan Aidilfitri lalu, apabila bekalan telur berada pada tahap mencukupi dengan harga yang kompetitif," menurut kenyataan itu.

KPKM menjelaskan bahawa keputusan kerajaan untuk menyasar semula subsidi telur ayam dibuat dengan mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama adalah tidak mampan bagi kelangsungan industri pengeluar telur tempatan serta kewangan negara.

"Sejak Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 bilion untuk pembayaran subsidi telur ayam kepada pihak industri bagi menampung peningkatan kos pengeluaran berikutan pandemik COVID-19 serta kesan peperangan antara Ukraine dan Russia ke atas harga import soya dan jagung bijian," menurut kementerian.

KPKM turut menyatakan bahawa langkah penyasaran semula subsidi ini adalah lebih adil memandangkan ketika ini, subsidi turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Menurut kementerian itu, hasil penjimatan boleh digunakan untuk membiayai projek tertentu bagi menjamin kesejahteraan rakyat, selaras dengan nilai-nilai MADANI.

KPKM memaklumkan bahawa beberapa langkah intervensi akan dilaksanakan pihaknya bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meminimumkan impak terhadap kos sara hidup rakyat susulan keputusan berkenaan.

Antara langkah tersebut, kerajaan memberi jaminan bahawa pihak industri bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas pada harga yang munasabah.

Rakyat juga boleh mendapatkan bekalan telur pada harga yang lebih kompetitif menerusi inisiatif Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara, termasuk di semua cawangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

Sementara itu, KPDN akan mempertingkatkan penguatkuasaan melalui pemantauan berterusan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi membanteras sebarang aktiviti pencatutan atau manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Sebarang maklumat atau aduan berhubung isu bekalan telur boleh disalurkan melalui e-mel rasmi KPKM di alamat pro@kpkm.gov.my atau melalui hotline Ibu Pejabat KPKM Putrajaya 03-8000 8000.

-- BERNAMA



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US



Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

Bernama

30/04/2025


Ringgit trutu diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada sesi awal dagangan pada Rabu walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) mengekalkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat berikutan kenaikan 0.23 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 99.237 mata.

Pada 8.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3190/3330 berbanding dolar US daripada 4.3245/3300 pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, nampaknya terdapat sedikit harapan bahawa ekonomi AS dapat mendepani cabaran tarif dengan lebih baik.

"Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin meningkatkan usahanya untuk mengelak kemelesetan dengan menurunkan kadar faedah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, beberapa aktiviti pengambilan untung boleh berlaku berikutan peningkatan nilai ringgit baru-baru ini.

"Sehubungan itu, kadar pertukaran dolar USD/MYR dijangka antara RM4.32 hingga RM4.34 hari ini," katanya.

Awal dagangan hari ini, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0373/0473 daripada 3.0301/0341 ketika ditutup semalam dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7931/8119 daripada 5.7927/8000 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia melonjak berbanding euro kepada 4.9202/9362 daripada 4.9217/9280.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3025/3137 daripada 3.3027/3074 pada penutupan Selasa dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9033/9587 daripada 12.9399/9629.

Ringgit juga menambah berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.72 daripada 7.70/7.72 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 257.6/258.6 daripada 257.9/258.4 sebelum itu.

-- BERNAMA

Zizah perdaya pesara kerajaan RM229,800 sertai pelaburan tidak wujud



Zizah perdaya pesara kerajaan RM229,800 sertai pelaburan tidak wujud

Bernama

30/04/2025


Seorang pesara kerajaan kerugian sebanyak RM229,800 selepas diperdaya seorang wanita untuk menyertai pelaburan tidak wujud. - Gambar hiasan


BUKIT MERTAJAM: Seorang pesara kerajaan kerugian sebanyak RM229,800 selepas diperdaya seorang wanita untuk menyertai pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Helmi Aris berkata, mangsa berusia 62 tahun itu dihubungi seorang wanita warga Indonesia yang memperkenalkan diri sebagai Zizah pada 2.52 petang, 4 Mac lepas, mendakwa kononnya mangsa adalah tukang paip yang akan membaiki paip di rumahnya, namun dinafikan oleh lelaki berkenaan.

"Sejak itu, mangsa dan perempuan tersebut (suspek) sering berhubung melalui perbualan telefon dan sepanjang perkenalan, suspek telah mengajak mangsa untuk membuat pelaburan dengan menjanjikan pulangan lumayan.

"Dalam tempoh dua hari melakukan pelaburan, suspek kemudian telah menghantar pautan untuk ke satu laman web," katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Helmi berkata, mangsa yang tertarik dengan pelaburan tersebut telah melakukan tujuh transaksi ke lima akaun bank berbeza dalam jumlah kecil, dan menerima pulangan modal serta keuntungan seperti dijanjikan.

Beliau berkata, susulan itu, mangsa melakukan tujuh transaksi lagi ke akaun yang sama, namun mangsa tidak mendapat pulangan malah suspek juga gagal dihubungi sehingga menyebabkan kerugian RM229,800.

Katanya, mangsa tampil membuat laporan polis pada 28 April setelah menyedari dirinya ditipu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


Jazeman buat penampilan sulung dalam siri perlumbaan SUPER GT



Jazeman buat penampilan sulung dalam siri perlumbaan SUPER GT

Bernama

30/04/2025


Jazeman berkata beliau akan bergandingan dengan Kerong Li, di bawah pasukan EBM dan mereka akan mengemudi jentera Aston Martin Vantage GT3 EVO. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Bintang sukan permotoran negara Jazeman Jaafar akan membuat penampilan sulung dalam siri perlumbaan SUPER GT di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor pada 26 hingga 28 Jun.

Jazeman menerusi kenyataan semalam berkata beliau akan bergandingan dengan pemandu sedang meningkat naik dari China Kerong Li, di bawah pasukan Earl Bamber Motorsport (EBM).

Mereka akan mengemudi jentera Aston Martin Vantage GT3 EVO, yang menandakan penyertaaan penting dan mendebarkan EBM dalam pertandingan kelas GT300 yang sangat kompetitif.

"Cabaran terbesar adalah untuk memahami karakter tayar. Dalam SUPER GT, peraturan tayar adalah terbuka. Jadi mempunyai Michelin bersama, memberikan kami pakej yang kuat.

"Saya pernah memandu Aston Martin Vantage sebelum ini, namun tidak dengan kit EVO dikemas kini. Saya difahamkan aerodinamik telah menyaksikan penambahbaikan ketara dan kami bersedia untuk menyahut cabaran di tempat sendiri dan mengibarkan bendera Malaysia dengan bangga," katanya.

Jazeman, seorang daripada pelumba Malaysia terkemuka di arena antarabangsa, memiliki resume mengagumkan termasuk pengalaman dalam Sukan Permotoran Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), 24 Hours of Le Mans dan GT World Challenge selain pernah berkhidmat sebagai pemandu pembangunan untuk pasukan Formula 1 Mercedes-AMG Petronas.

SUPER GT kembali ke Malaysia selepas 12 tahun dengan perlumbaan dijangka menarik 162 juta penonton termasuk secara dalam talian dari seluruh dunia.

-- BERNAMA

Minyak enjin palsu: Polis, KPDN serbu tiga premis, tahan 13 individu



Minyak enjin palsu: Polis, KPDN serbu tiga premis, tahan 13 individu

Bernama

30/04/2025


Penguatkuasa KPDN memeriksa botol minyak enjin tiruan dalam operasi bersepadu bersama pegawai dan anggota WCB/PSK KDNKA Bukit Aman di Ara Damansara dan Kepong, 29 Apr 2025. --fotoBERNAMA


PETALING JAYA: Tiga premis yang disyaki menjalankan kegiatan membotol dan mengedar minyak enjin menggunakan cap dagangan palsu diserbu dalam operasi bersepadu di Ara Damansara dan Kepong, dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman SAC Mohammad Azlin Sadari berkata dalam serbuan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu, sebanyak 13 individu termasuk tujuh warga asing dari Bangladesh serta Sri Lanka ditahan.

"Serbuan dilakukan hasil risikan hampir dua bulan. Siasatan awal mendapati sindiket itu dipercayai membotolkan semula minyak enjin sebelum meletakkan label jenama terkenal pengeluar kenderaan tempatan dan antarabangsa secara tidak sah serta menggunakan alamat palsu pada botol berkenaan.

"Mereka kemudian memasarkannya melalui platform perniagaan dalam talian serta media sosial dan telah beroperasi selama dua hingga tiga tahun. Sindiket ini dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil jualan minyak enjin berkenaan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata hasil operasi yang diketuai Ketua Penolong Pengarah Perisikan/Siasatan Khas WCB/PSK ACP Zulkarnain Samsudin itu menyaksikan sejumlah minyak enjin, botol kosong dan label pelbagai jenama dirampas di ketiga-tiga premis berkenaan.

"Polis masih menyiasat sumber bekalan minyak enjin yang digunakan sindiket ini, manakala nilai keseluruhan rampasan dalam ketiga-tiga serbuan juga masih dalam siasatan," katanya.

Mohammad Azlin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 102 1(c) Akta Cap Dagangan 2019 dan Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sebuah premis terlibat di Ara Damansara mendapati ia dipenuhi botol minyak enjin pelbagai jenama serta tangki besar yang dipercayai digunakan untuk menyimpan serta membotolkan semula minyak ke dalam bekas berkapasiti empat liter.

-- BERNAMA



Kemboja, Singapura sokong Malaysia teruskan dialog jamin keselamatan petugas kemanusiaan di Myanmar



Kemboja, Singapura sokong Malaysia teruskan dialog jamin keselamatan petugas kemanusiaan di Myanmar

Bernama

30/04/2025


Anwar berkata, rakan sejawatnya dari Kemboja dan Singapura menyuarakan sokongan dan menyambut baik ketika dimaklumkan tentang pertemuannya dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing.


KUALA LUMPUR: Kemboja dan Singapura menyokong usaha Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk meneruskan dialog dengan semua pihak berkepentingan demi menjamin keselamatan petugas kemanusiaan dan membawa keamanan kepada rakyat Myanmar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet dan dari Singapura, Lawrence Wong menyatakan perkara tersebut ketika dihubungi secara berasingan menerusi panggilan telefon yang antara lain turut membincangkan terkait hal-hal berkepentingan serantau.

Anwar berkata, kedua-dua Perdana Menteri menyuarakan sokongan dan menyambut baik ketika dimaklumkan tentang pertemuannya dengan Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar dan Mahn Win Khaing Than daripada Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) Myanmar di Bangkok baru-baru ini.

"Pertemuan ini dilihat sebagai kemajuan penting ke arah usaha damai yang berkekalan di Myanmar," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Perdana Menteri berkata, mereka turut membincangkan perkembangan perdagangan serantau, khususnya berkaitan tarif balas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) serta memaklumkan Malaysia telah menghantar wakil menerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan kedua-dua negara.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, Malaysia mengambil kesempatan untuk memohon AS memberikan ruang kepada semua negara ASEAN mengusahakan penyelesaian melalui mekanisme hubungan dua hala masing-masing.

"Malaysia turut menyuarakan pendirian kohesif ASEAN dalam isu tarif balas ini dan menggesa AS melihat ASEAN sebagai satu ketumbukan dalam pertimbangannya berhubung isu tarif dan dasar-dasar perdagangan yang lain.

"Berpaksikan semangat persahabatan dan prinsip kepusatan ASEAN, saya percaya usaha bersama ini akan melimpahkan keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan buat rakyat di seluruh rantau ini, insya-Allah," katanya.

-- BERNAMA

Empat termasuk seorang Datuk Seri ditahan kemuka tuntutan palsu RM360 juta



Empat termasuk seorang Datuk Seri ditahan kemuka tuntutan palsu RM360 juta

Bernama

30/04/2025


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu sebanyak kira-kira RM360 juta. - Foto hiasan


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri kerana disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu sebanyak kira-kira RM360 juta.

Menurut sumber, tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50-an dan 70-an itu ditahan antara pukul 4 hingga 6 petang Selasa ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

"Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2016 hingga 2017.

"Keempat-empat suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta yang menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.30 bilion," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Permohonan reman ke atas kesemua suspek akan dikemukakan di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok.

- BERNAMA

Yayasan Selangor tawar biasiswa lebih RM2 juta kepada 423 pelajar



Yayasan Selangor tawar biasiswa lebih RM2 juta kepada 423 pelajar

Bernama

30/04/2025


Raja Nazirin Shah hadir bagi menyampaikan surat tawaran biasiswa kepada penerima yang mewakili pelbagai latar belakang, di Dewan Bestari Asrama Yayasan Selangor Klang, semalam. - Foto Yayasan Selangor


SHAH ALAM: Yayasan Selangor memperkukuh komitmen memperkasakan pendidikan anak-anak negeri ini dengan menawarkan biasiswa kepada 423 pelajar dengan jumlah tajaan sebanyak RM2.015 juta.

Surat tawaran biasiswa disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif yayasan berkenaan Raja Nazirin Shah Raja Mohamad kepada penerima yang mewakili pelbagai latar belakang, termasuk pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, B40 dan luar bandar, di Dewan Bestari Asrama Yayasan Selangor Klang, semalam.

Raja Nazirin Shah berkata melalui biasiswa ini, murid terpilih menerima bantuan kewangan dalam bentuk Biasiswa Kecil sebanyak RM700 setahun atau Biasiswa Khas sebanyak RM1,000 setahun, selain manfaat tambahan merangkumi perbelanjaan pendidikan seperti yuran persekolahan, buku teks dan keperluan asas lain.

"Yayasan Selangor turut memperuntukkan kira-kira RM2 juta setahun untuk menampung kos penyediaan makanan dan minuman pelajar di dua asrama pusatnya di Klang dan Sabak Bernam, satu usaha holistik dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan murid terus terpelihara.

"Selain peruntukan biasiswa ini, Yayasan Selangor juga melaksanakan pelbagai program akademik dan pembangunan sahsiah termasuk kelas bimbingan, tuisyen percuma, bengkel peperiksaan, serta program sokongan akademik seperti motivasi, jati diri dan kepimpinan," katanya.

Raja Nazirin Shah berkata pihaknya beriltizam untuk menyediakan segala kemudahan yang diperlukan demi membantu kemenjadian murid-murid tajaan yayasan itu.

Beliau turut menyeru pelajar agar memanfaatkan sepenuhnya peluang dan kemudahan yang disediakan, serta berusaha menjadi insan yang serba boleh dan berdaya saing.

"Dengan segala kemudahan dan program yang diberikan, semua murid dituntut agar menjadi seorang yang serba boleh, memiliki minda kelas pertama dengan pengetahuan yang luas serta berusaha mengasah kemahiran pelbagai, selain berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat," katanya.

Raja Nazirin Shah berkata inisiatif berkenaan mencerminkan iltizam Yayasan Selangor untuk terus mendukung agenda pendidikan negeri dan negara, seiring dengan hasrat melahirkan modal insan berkualiti tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.

-- BERNAMA

President Trump celebrates the most successful First 100 Days of any Administration in history.

 







ARSENAL GO TO PARIS WITH ONE GOAL DOWN AFTER FIRST LEG SEMI FINALS


















Cops seize over 2.1 tonnes of drugs from Latin America worth RM82mil

 







DOSM: Malaysia ranks first globally in open data inventory for 2024/25



DOSM: Malaysia ranks first globally in open data inventory for 2024/25

theedgemalaysia.com

29 Apr 2025


Department of Statistics Malaysia's chief statistician Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin said 'this success proves Malaysia’s capability to compete globally in terms of openness and coverage of official data'.


KUALA LUMPUR (April 29): Malaysia has claimed the top spot globally in the Open Data Inventory (ODIN) 2024/25 rankings after achieving an overall score of 90, marking a significant leap from 67th place two years ago, according to the Department of Statistics Malaysia (DOSM).

Malaysia outperformed 198 countries and secured an openness score of 99, DOSM said in a statement on Tuesday, citing the ODIN 2024/25 biennial report by Open Data Watch. Malaysia was followed by Singapore, Finland, Denmark, Poland, Norway, Hong Kong, Slovenia, Oman and the United Arab Emirates.

The ODIN assessment evaluates the openness and coverage of official national data based on indicators such as availability, disaggregation, accessibility, and usability through recognised government portals.

"This success proves Malaysia’s capability to compete globally in terms of openness and coverage of official data,” chief statistician Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin said in the statement.

Mohd Uzir also attributed the achievement to the strong collaboration between DOSM and other government agencies in providing timely and reliable data.

“DOSM will continue to enhance the digital transformation of statistics to ensure that high-quality, accessible, and impactful data can be utilised by all parties to empower policy-making and national development,” he said.

He added that efforts to promote data literacy among elected representatives and the public are being stepped up through the annual National Statistics Day.

“Data is a critical pillar in realising national development aspirations. Thus, emphasis is placed on providing more detailed data to support more effective policymaking,” said Mohd Uzir.

29 April 2025

Pegawai terlibat kesilapan Jalur Gemilang dalam laporan SPM telah dikenal pasti - KSN



Pegawai terlibat kesilapan Jalur Gemilang dalam laporan SPM telah dikenal pasti - KSN

Bernama

29/04/2025


Shamsul Azri berkata siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). - Gambar fail/BERNAMA


PUTRAJAYA: Kerajaan telah mengenal pasti pegawai yang terlibat dalam kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau berkata siasatan terhadap kes berkenaan sedang dijalankan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur Lembaga Disiplin Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Kesemua yang terlibat itu telah pun dikenal pasti, yang mana ada dua kumpulan iaitu atas dan di bawah Gred 48 (Gred 12).

"Pegawai di bawah Gred 48 akan dikendalikan Kementerian Pendidikan dan gred atas 48 akan diambil tindakan oleh JPA," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Persidangan Anti Rasuah Asia Tenggara, di sini hari ini.

Shamsul Azri berkata tindakan yang akan diambil berdasarkan peraturan di bawah Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Terdahulu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata siasatan dalaman berhubung kesilapan pemaparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM masih dijalankan.

Beliau memohon kerjasama semua pihak memberikan ruang sementara siasatan tersebut berlangsung.

Terdahulu, beberapa keping imej yang dijana kecerdasan buatan (AI) dipapar dalam muka surat 14 dan 15 dalam laporan analisis itu, menunjukkan Jalur Gemilang yang silap.

Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) turut memohon maaf atas kesilapan itu dan mengarahkan laporan analisis yang dicetak, dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED