Translate

08 January 2025

Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini



Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini

Bernama

08/01/2025


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini. - Foto hiasan/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa negeri sehingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan yang terlibat adalah Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang, dan Muallim), manakala di Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat, dan Sepang) serta Negeri Sembilan (Port Dickson).

Amaran sama turut melibatkan Sarawak iaitu Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Miri (Telang Usan), dan Limbang, selain di Sabah yang melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, dan Tuaran), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod) serta Wilayah Persekutuan Labuan.


-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED