Translate

20 May 2020

Video Viral Terbaru Di Edit? Syed Saddiq & Seorang Ahli Majlis Tertinggi BERSATU menafikan keputusan dibuat untuk keluar PH pada mesyuarat 23 Februari

x


 


1.  Terkini telah tular di media sosial sebuah video memaparkan saat “keputusan” dibuat Tun Dr Mahathir agar PPBM dibawa keluar daripada Pakatan Harapan.

2. Anehnya, walaupun saya salah seorang Ahli MPT yang hadir di mesyuarat tergempar tanggal 23 Februari 2020 tersebut, tidak sekali pun pada ingatan saya, keputusan dibuat agar menarik diri dari gabungan PH. 

4. Hakikatnya, usul untuk keluar daripada PH untuk bergabung bersama Muafakat Nasional berakhir dengan keputusan untuk menyerahkan keputusan muktamad kepada YAB Tun Dr Mahathir setelah beliau menilai dan mempertimbangkan dengan teliti usul tersebut.

5. Hakikatnya, puak-puak Sheraton semakin terdesak bagi membuktikan kesahihan mereka sehingga sanggup menimbulkan syak wasangka antara Tun dan PH serta perjuangan asal Bersatu walau apa cara sekalipun.

6. Jika tujuan video ini agar dapat memecahbelahkan hubungan antara Tun dan PH, serta bagi menimbulkan kemarahan Anwar Ibrahim dan DAP, maka terbukti puak-puak Sheraton telah tersilap kira-kira.

7. Walau pernah berseteru, namun jalinan hubungan professional antara Tun dan mereka ini masih dapat dijalinkan dengan penuh hormat. Kerana antara mereka, semangat patriotik tebal di sanubari.

8. Sesungguhnya, hanya pejuang-pejuang tulen dapat membawa cita-cita seluruh rakyat yang mengharapkan kembalinya maruah bangsa dengan jatuhnya golongan kleptokrat.

Tariq Ismail bin Mustafa
Ahli no 00051
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia


Klip audio 'hari ini kita keluar PH' satu pembohongan - Syed Saddiq

Diterbitkan 
Dikemaskini 19 May 2020, 9:46 pm

Satu lagi klip audio yang dikaitkan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu pada 23 Feb lalu beredar.

Kali ini, klip audio berkenaan menggambarkan suara seseorang yang dikaitkan sebagai suara Dr Mahathir Mohamad yang bersetuju agar Bersatu keluar PH.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan bahawa klip audio itu "pembohongan".

Syed Saddiq mendakwa dia sendiri berada di dalam mesyuarat majlis tertinggi Bersatu pada 23 Feb dan menurutnya Mahathir merayu agar pemimpin Bersatu tidak memaksanya "melanggar prinsip".

"Ini terang-terang adalah pembohongan. Saya hadir mesyuarat itu. Mahathir merayu tiga kali untuk tidak meninggalkan PH.

"Kali terakhir beliau merayu, berliau berkata 'jangan paksa saya langgar prinsip saya'.

"Saya cadangkan majlis pimpinan tertinggi (MPT) mendedahkan rakaman audio penuh yang akan membuktikan bagaimana Mahathir merayu agar tidak tinggalkan PH," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Marzuki Yahya, yang juga hadir mesyuarat itu berkata klip audio berkenaan sebagai hasil suntingan.

Marzuki bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Sementara itu, anggota Majlis Tertinggi Bersatu, Tariq Ismail Mustafa, dalam satu kenyataan menyifatkan klip audio berkenaan sebagai tindakan terdesak "puak-puak Sheraton".

Tariq dipercayai merujuk individu di sebalik gerakan politik Feb lalu yang membawa kepada tumbangnya PH.

"Anehnya, walaupun saya salah seorang ahli MPT yang hadir di mesyuarat tergempar tanggal 23 Februari 2020 tersebut, tidak sekali pun pada ingatan saya, keputusan dibuat agar menarik diri dari gabungan PH.

"Hakikatnya, usul untuk keluar daripada PH untuk bergabung bersama Muafakat Nasional berakhir dengan keputusan untuk menyerahkan keputusan muktamad kepada Mahathir setelah beliau menilai dan mempertimbangkan dengan teliti usul tersebut.

"Hakikatnya, puak-puak Sheraton semakin terdesak bagi membuktikan kesahihan mereka sehingga sanggup menimbulkan syak wasangka antara Mahathir dan PH serta perjuangan asal Bersatu walau apa cara sekalipun," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tariq juga menafikan Mahathir mengkritik DAP atau Presiden PKR Anwar Ibrahim, seperti yang digambarkan rakaman audio berkenaan.

Sebaliknya, kata Tariq, Mahathir cuma memohon agar dibenarkan untuk memenuhi janjinya kepada Anwar untuk berundur sebelum habis penggal.

"Dan dia tak setuju dengan gabungan bersama Umno kerana mereka akan guna ini untuk putar belit supaya mahkamah tidak buat tindakan kepada mereka," katanya.

Terdahulu, klip audio yang didakwa merakamkan mesyuarat MPT Bersatu pada 23 Februari menggambarkan pemimpin Bersatu bersetuju dengan usul untuk meninggalkan PH pada hari itu.

"Kalau kata hari ini (mahu tinggalkan PH), okey, hari ini kita keluar daripada PH," kata suara yang dikaitkan dengan Mahathir.

Suara itu juga kedengaran mengatakan bahawa sokongan dari Umno 'berubah-ubah', tetapi ini tidak berbeza dengan DAP atau PKR.

"Kalau bagi masa sikit saja, dia (Umno) nanti suka kat saya... Tak ada kelainan. Cumanya saya pun tak suka kepada DAP, tak suka pada Anwar, yang lain pun macam itu. Semua itu soal masa saja.

Nak kita tentukan masa atau kita ambil tindakan hari ini," kata suara itu.

Klip audio tersebut telah ditularkan di media sosial, termasuk oleh bekas perdana menteri Najib Razak.

Dua audio yang juga dikaitkan dengan mesyuarat Bersatu itu sebelum ini beredar di media sosial.

Dalam klip audio pertama yang bocor, individu dengan suara mirip Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memberitahu mesyuarat supaya memberikan kepercayaan kepada Mahathir untuk menentukan kedudukan Bersatu dalam PH.

Klip audio kedua pula merakamkan suara mirip Mahathir meminta mesyuarat tidak memaksanya untuk mungkir janji meletakkan jawatan.


 MALAYSIAKINI


Audio of Tan Sri Muhyiddin proposing that the decision of the pullout of PH should be left to to Tun Dr. Mahathir
   
 
Audio of Tun Dr. Mahathir pleading with the BERSATU AMT to not force him to do something against his principles as he has promised to resign ...  

 Audio recording of the Pakatan Harapan Presidential Council Meeting on February 21, 2020 where Dr. Mahathir was said to have been pressured to..  

 Press Conference after the PH Presidential Council Meeting on February 21, 2020

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED