Translate

17 May 2020

PKPB : Pusat hiburan masih tidak dibenar beroperasi - Ismail Sabri







17/05/2020 04:21 PM



PUTRAJAYA, 17 Mei -- Pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ini kerana pusat hiburan masih diletakkan di dalam senarai larangan beroperasi sepanjang PKPB.

“Pub dan kelab malam tertakluk di bawah pusat hiburan, dan kita tidak akan berkompromi dengan perkara berkenaan, selagi rantaian wabak COVID-19 ini masih belum berjaya diputuskan sepenuhnya.


“Jika ada laporan, kita akan maklum kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), untuk mengarahkan tutup pusat hiburan ini,” katanya dalam sidang media harian PKPB, di sini, hari ini.

Sebelum ini terdapat laporan pub dan kelab malam di beberapa lokasi di ibu negara, sudah mula beroperasi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED