Translate

04 May 2020

LIVE #Covid-19 Malaysia- 4 MAY l New Cases- 55 Total- 6353 | Recovered- 71 Total- 4484 | Deaths- 0 Total- 105






Kenyataan Akhbar KPK 4 Mei 2020 -Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 71 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,484 kes (­­­­­70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 4 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 55 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,353 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
BM DATA KES SETIAP NEGERI 4 mei-01
Ingin dimaklumkan bahawa daripada 55 kes baharu yang dilaporkan hari ini, kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 48 kes, di mana sebanyak 24 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sehingga kini, seramai 28 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan COVID-19 setakat ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 105 kes (­­­1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN MASIH BERKUATKUASA SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah berkuatkuasa mulai hari ini iaitu 4 Mei 2020.
Seperti dimaklumkan sebelum ini, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPB iaitu bagi membuka semula beberapa sektor ekonomi secara berhati-hati dan terkawal. Peniaga, pengusaha dan majikan perlu patuh kepada syarat-syarat dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Perhimpunan ramai dan aktiviti yang mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 adalah masih tidak dibenarkan.
Dalam pada peniaga, pengusaha dan majikan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Kerajaan, rakyat di Negeri atau Wilayah menjalani PKPB pula diseru supaya turut patuh kepada S.O.P iaitu:
S: Syarat-syarat yang ditetapkan;
O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Selagi Rakyat Malaysia patuh SOP dan mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian, rantaian penularan jangkitan COVID-19 akan dapat diputuskan.
graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (10)
APLIKASI MYSEJAHTERA
MySejahtera merupakan aplikasi telefon bimbit yang telah dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi. Aplikasi ini membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan memperkasakan rakyat atau pengguna untuk prihatin kepada kesihatan kendiri dan keadaan semasa COVID-19 di Malaysia. MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri (self-assessment) di samping membantu KKM mendapatkan maklumat awal tahap kesihatan individu untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.
WhatsApp Image 2020-05-04 at 6.49.39 PM
Antara fungsi MySejahtera adalah:
  • Pengesan Hotspot ataupun “Hotspot tracker” iaitu pengguna boleh mendapatkan maklumat kawasan hotspot kes COVID-19 dalam lingkungan satu (1) kilometer dari lokasi pengguna atau alamat carian;
  • Memberi maklumat berkaitan fasiliti saringan COVID-19 yang terdekat dan bantuan nasihat secara atas talian.
Selain untuk diri sendiri, pengguna juga boleh mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga yang tidak mempunyai telefon pintar, di mana MySejahtera akan turut membantu menilai tahap kesihatan ahli keluarga atau individu lain yang didaftarkan. Pengguna yang telah memuat turun aplikasi ini perlu mengemaskini kepada versi terbaharu bagi mendapat manfaat penuh MySejahtera. Aplikasi ini akan ditambah baik dengan ciri-ciri terkini dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
KKM menyeru semua rakyat Malaysia dan juga bukan warganegara Malaysia yang berada di negara ini untuk memuat turun aplikasi MySejahtera, serta melakukan penilaian kendiri untuk mengetahui risiko terhadap jangkitan COVID- 19 melalui aplikasi ini.
WhatsApp Image 2020-05-04 at 6.49.42 PM
Selain itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membangunkan aplikasi MyTrace. Aplikasi ini membolehkan Kerajaan menjalankan pengesanan kontak (contact tracing) kepada individu yang disahkan positif COVID-19. MyTrace adalah pelengkap kepada aplikasi MySejahtera. Pengesanan kontak (contact tracing) adalah sangat penting supaya dapat diketahui siapa yang pernah berada berdekatan dengan seseorang yang dikenalpasti positif COVID-19. MyTrace tidak mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna, sebaliknya merekodkan log gelombang Bluetooth apabila pengguna berada berdekatan antara satu sama lain.
Kedua-dua aplikasi ini adalah percuma dan rakyat adalah digalakkan untuk mendapatkan kedua-dua aplikasi ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Seperti yang KKM sering tekankan selama ini, perjuangan kita menentang COVID-19, iaitu musuh yang tidak kelihatan ini masih panjang dan usaha kita perlu berterusan. Setiap inidividu perlulah mempunyai kawalan kendiri (self-regulation) demi melindungi diri dan orang yang dikasihi. Masyarakat perlu mengambil tanggungjawab sosial (social responsibility) dan memainkan peranan masing-masing untuk mengamalkan norma kehidupan yang baharu ini di semua peringkat dan lapisan masyarakat. Ini agar ianya menjadi amalan kita semua secara berterusan.
KKM akan terus memantau kejadian jangkitan COVID-19 di Malaysia. Teruskan amalan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, dan amalkan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Mei 2020 @ 4.30 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 4 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(   )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH095
PULAU PINANG0121
PERAK0253
SELANGOR21 (4)1,550
NEGERI SEMBILAN6 (1)598
MELAKA3 (2)207
JOHOR0667
PAHANG0305
TERENGGANU0110
KELANTAN0155
SABAH0316
SARAWAK0523
W.P. KUALA LUMPUR251,333
W.P. PUTRAJAYA086
W.P. LABUAN016
JUMLAH KESELURUHAN55 (7)6,353
 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED