Translate

05 May 2020

Kenyataan Penuh Dr. Noor Hisham KP KKM - Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia


graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (11)

Kenyataan Akhbar KPK 5 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 83 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,567 kes (­­­­­71.55 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
BM DATA KES SETIAP NEGERI 5 Mei-01
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 5 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 30 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,383 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,710 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan bahawa daripada 30 kes baharu yang dilaporkan hari ini, tiada kes import dilaporkan. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 30 kes, di mana sebanyak 21 kes telah dikesan dari kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sehingga kini, seramai 24 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 8 kes memerlukan bantuan pernafasan.
graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (11)
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 106 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
  • Kes kematian ke-106 (kes ke-830) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta mulai 15 Mac 2020 dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh pada 16 Mac 2020 setelah disahkan positif COVID-19. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5 Mei 2020 jam 2.10 pagi.
SITUASI TERKINI KLUSTER PASAR BORONG KUALA LUMPUR
Seperti yang diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) pada 4 Mei 2020, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa lokaliti di Pusat Bandar Utara dan di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) telah ditamatkan mulai 4 Mei 2020. Namun begitu, Parcel C, D, E1, E2, E3 dan F di Pusat Bandar Utara telah dilanjutkan tempoh PKPD sehingga 12 Mei 2020.
Screen Shot 2020-05-05 at 5.31.02 PM
Sehingga 5 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 180 jumlah kes positif COVID-19 yang melibatkan kluster ini telah dilaporkan, di mana 100 kes adalah di dalam kawasan PKPD dan 80 kes telah dikesan di luar kawasan PKPD. Jumlah keseluruhan ini termasuk peniaga dan bukan peniaga seperti ahli keluarga peniaga, pengunjung dan yang orang yang mempunyai kontak rapat dengan kluster ini. Terdapat satu kes kematian dalam kluster ini, iaitu kes ke-5252.
Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur ini didapati berkaitan dengan kluster Perhimpunan di Seri Petaling, di mana kes indeks (iaitu kes ke-3039) bagi kluster ini adalah salah seorang peserta perhimpunan tersebut.
Daripada 80 kes dikesan di luar kawasan PKPD Pasar Borong Kuala Lumpur, 29 kes telah dikesan melalui saringan yang telah dijalankan di 4 buah pasar awam iaitu di:
  1. Pasar Besar Seremban, Negeri Sembilan:
    • Bilangan yang disaring: 75 orang;
    • Kes positif COVID-19: tiga (3) kes;
    • Kes negatif COVID-19: 71 kes;
    • Masih menunggu keputusan: satu (1) kes.
  1. Pasar Besar Bahau, Negeri Sembilan:
    • Bilangan yang disaring: 182 orang;
    • Kes positif COVID-19: dua (2) kes;
    • Kes negatif COVID-19: 17 kes;
    • Masih menunggu keputusan: dua (2) kes.
  1. Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya, Selangor:
    • Bilangan yang disaring: 545 orang;
    • Kes positif COVID-19: 23 kes;
    • Kes negatif COVID-19: 522 kes;
  1. Pasar Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor:
    • Bilangan yang disaring: 142 orang;
    • Kes positif COVID-19: 1 kes;
    • Kes negatif COVID-19: 141 kes.
Susulan penularan jangkitan COVID-19 ini, beberapa tindakan dan langkah-langkah pencegahan telah diambil, termasuk:
  • Peniaga atau pemborong yang yang ingin berniaga atau masuk ke premis Pasar Borong Kuala Lumpur dikehendaki menjalankan ujian dan mengemukakan keputusan ujian saringan COVID-19;
  • KKM dengan bantuan agensi-agensi berkaitan telah mengenalpasti beberapa pasar harian yang berkaitan atau mempunyai peniaga yang banyak berurusan dengan PBKL. Pejabat Kesihatan Daerah telah dimaklumkan untuk menjalankan penilaian risiko jangkitan COVID-19 ke atas para peniaga yang telah ke pasar-pasar tersebut;
  • Menjalankan saringan gejala ke atas para peniaga dan mengambil ujian pengesanan (RT-PCR) kepada mereka yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan;
  • Bagi mereka yang tidak bergejala dan tiada sampel diambil, mereka perlu memantau kesihatan diri dengan menggunakan Home Assessment Tool dan segera memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran sekiranya mempunyai gejala.
Screen Shot 2020-05-05 at 5.30.48 PM
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
Semua majikan dan warga pekerja adalah dinasihatkan untuk membiasakan dan mempraktikkan norma baharu dalam kehidupan dan cara kerja bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat terus dibendung. Ini adalah amat penting sekali, agar semua usaha yang telah dijalankan selama ini dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 adalah berterusan berkesan.
Susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), para peniaga, pengusaha dan majikan perlu patuh kepada syarat-syarat dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berdasarkan sektor masing-masing.
KKM memohon kerjasama daripada rakyat Malaysia dalam memerangi wabak COVID-19. Orang ramai boleh menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan:
  1. Patuh kepada PKPB;
  2. Mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun;
  3. Mengamalkan jarak sosial selamat (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain;
  4. Mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Mei 2020 @ 4.30 petang
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 5 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(   )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH095
PULAU PINANG0121
PERAK0253
SELANGOR51,555
NEGERI SEMBILAN0598
MELAKA0207
JOHOR0667
PAHANG0305
TERENGGANU0110
KELANTAN0155
SABAH0316
SARAWAK2525
W.P. KUALA LUMPUR231,356
W.P. PUTRAJAYA086
W.P. LABUAN016
JUMLAH KESELURUHAN306,383

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED