Translate

01 May 2020

Imigresen Gempur Pati Di Masjid India Ketika PKP

IMIGRESEN Bawa Lori Angkut 'Warga Asing' - Plaza City One




MKL Crimedesk

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) buru pendatang asing tanpa izin dengan menggempur sekitar kawasan Masjid India ibu negara siang tadi.

Serbuan mengejut itu dijalankan sekitar jam 9.30 pagi dengan kekuatan kira kira 300 pegawai dan anggota JIM.

Keseluruhan kawasan itu sememangnya dikepung dengan dawai kawat berduri apabila kawasan terbabit disenaraikan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Operasi mengesan warga asing ini boleh dikatakan mudah.

Pihak media bagaimanapun sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai sebarang status operasi berkenaan selepas dilarang membuat liputan oleh pegawai JIM yang berada di lokasi berkenaan meskipun berada di luar kawasan PKPD.

Sekitar jam 12.30 tengah hari pihak JIM didapati membawa keluar sebahagian besar warga asing dari Masjid India yang sudah diperiksa dan berkemungkinan mereka yang mempunyai pelbagai jenis kesalahan membabitkan Peraturan dan Akta Imigresen 1959/1963.

Difahamkan operasi berkenaan tertumpu kepada individu yang tinggal di Menara City One dan sekitar kawasan Masjid India.

Operasi diketuai oleh JIM itu turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Sehingga jam 1.45 petang tadi operasi masih berjalan namun tiada sebarang kenyataan dikeluarkan dari pihak Imigresen.

Turut berada di lokasi serbuan adalah Ketua Pengarah JIM, Datuk Khairul Dzaimee Daud.


#MKLCRIMEDESK
#PDRM
#IMIGRESEN
#BURUPENDATANGASING




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED