Translate

04 May 2020

ANGGOTA POLIS MAUT DIREMPUH SEMASA TUGAS - #RMPTVVIRAL 03 MEI 2020





RMP TV Channel

Satu kejadian kemalangan maut telah mengorbankan seorang anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang iaitu Koperal Safwan Bin Mohamad Ismail yang sedang bertugas di Sekatan Jalanraya Plaza Tol Kajang, Lebuhraya Lekas menghala Seremban.

Di dalam kejadian tersebut, mangsa yang sedang bertugas menjalankan sekatan Jalanraya sempena Op Covid 19 telah DIREMPUH sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda dipandu oleh seorang lelaki india dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

Ini adalah kejadian pertama berlaku yang melibatkan anggota keselamatan terkorban akibat dirempuh di sekatan jalan Raya sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan dilaksanakan .
.
Allahyarham merupakan anak kedua dari 9 adik beradik dan bapanya adalah seorang pesara Polis bekas Komando 69 yang sedang menghidap penyakit jantung. Kakak Allahyarham juga merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Ulu Kinta Perak .

Kini keluarga allahyarham redha atas pemergiannya dan telah hilang tempat bergantung kerana sebelum ini Allahyarham dan kakaknya yang banyak membantu keluarga selama ini dan adik-adik mereka yang masih belajar.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diberikan perlindungan dan kesejahteraan kepada semua anggota keselamatan yang sedang menjalankan tugas.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama para syuhada..

Al-Fatihah..

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED