Translate

12 February 2017

Pelakon Nelydia Senrose merancang mahu mengeluarkan koleksi pakaian tidur menggunakan jenamanya sendiri

ydia Pilih Jual Baju Tidur


.
Pelakon Nelydia Senrose merancang mahu mengeluarkan koleksi pakaian tidur menggunakan jenamanya sendiri iaitu Impian by Nelydia.
Memetik laporan BH online, Nelydia berkata dia memilih untuk tampil dengan perniagaan baju tidur kerana ia begitu dekat dengan dirinya.
Katanya, dia mengimpikan mahu melohat semua wanita diluar sana memakai pakaian tidur yang cantik, justeru idea mahu menjalankan perniagaan itu timbul sejak setahun lalu.
"Saya sukakan baju tidur, malah pendek kata, semua golongan wanita menyukainya.
"Cuma, saya rasakan sebelum ini tidak ramai orang yang berani membicarakannya secara terbuka. Tiada salahnya pun untuk menjual baju tidur kerana ia keperluan wanita.
"Malah, kalau dilihat pasaran luar negara, ia bukan lagi perkara asing. Ada jenama luar yang begitu dekat di hati wanita Malaysia. Jadi, kenapa tidak saya sendiri keluarkan barangan sama?" katanya.
Perkembangan lain, Nelydia kini sedang sibuk di lokasi drama Encik Suami Mat Salih Celup. Selain, dia juga menantikan tayangan filem lakonan bersama Sharnaaz Ahmad berjudul Jebat The Movie.
 Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED