Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang kira-kira pukul 4 petang ini.
Rahman mendakwa, Hadijah atau dikenali Karen Rayyan telah melanggarnya di sebuah kondominium dipercayai milik bekas isterinya itu sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Bagaimanapun, Karen menafikan kejadian itu dan turut membuat laporan polis di IPD Ampang kira-kira pukul 5.30 petang ini.

Dakwa Karen, dia bukan melanggar lelaki itu tetapi cuba mempertahankan dirinya dan menghalang Rahman daripada mengambil anak mereka sehingga menyebabkan bekas suaminya terjatuh dan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamza Alias mengesahkan menerima laporan polis daripada kedua-dua pihak dan tiada tindakan diambil.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka akan merujuk kes tersebut ke mahkamah untuk proses penjagaan hak anak mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia malam ini.- 

UTUSAN ONLINE