Translate

06 April 2016

Penjaga gol simpanan Melaka United, Marco Stefan Petrovski, 18, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas disambar petir ketika menjalani latihan

Pejaga Gol Melaka Tidak Sedarkan Diri Disambar Petir Ketika Latihan Di Padang


MELAKA: Penjaga gol simpanan Melaka United (MU), Marco Stefan Petrovski, 18, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas disambar petir ketika menjalani latihan skuad Piala Presiden 2016 di Padang Sepuluh di Krubong, di sini, kira-kira 5 petang semalam, lapor Berita Harian.

Ketika kejadian, pemain naturalisasi berkenaan sedang berada dipadang untuk latihan bersama 27 pemain lain, ahli fisioterapi dan jurulatih di padang berkenaan bermula jam 4 petang sebelum hujan lebat.

Pengurus Pasukan Piala Presiden 2016, Khairi Anuar Ahmad berkata, Marco Stefan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Menurutnya lagi, seorang permain Melaka United ,Muhammad Afiq Azuan, 21, yang merupakan pemain pertahanan turut terkena tempias petir dan ditempatkan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, hospital sama.

"Saya dimaklumkan, Muhammad Afiq dalam keadaan sedar, namun tidak stabil. Dia kini dipantau di Jabatan Kecemasan dan Trauma," katanya.

Beliau berkata, jurulatih G Torairaju dan ahli fisioterapi, Ahmad Faisal Miswan, 24, turut merasai renjatan petir, namun tidak mengalami kecederaan. - Siakapkeli.my

Terkini

Penjaga gol Melaka United, Marco Stefan Petrovski kini dalam keadaan stabil tetapi masih belum sedarkan diri selepas dipercayai dipanah petir ketika menjalani latihan di Krubong, Melaka kira-kira pukul 5 petang semalam.
S

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED