Translate

24 August 2014

#MH17- ISTIADAT PENGHORMATAN JENAZAH TRAGEDI MH 17 KE 2 - 24 OGOS 2014




#MH17- ISTIADAT PENGHORMATAN JENAZAH TRAGEDI MH 17- 24 OGOS 2014


RTM 

Tiga lagi jenazah mangsa tragedi MH17 tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada pukul 8.30 pagi tadi. 

Bagaimanapun, hanya dua jenazah diberikan Istiadat Penghormatan Negara. 

Manakala satu lagi jenazah tidak melalui istiadat berkenaan atas pemintaan ahli keluarga. 

Kumpulan kedua jenazah itu terdiri daripada penyelia penerbangan MH17, Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ng Shi Ing. 

Dua jenazah tersebut melalui istiadat penghormatan jenazah seperti yang diadakan untuk kumpulan pertama kelmarin. 

Dua jenazah iaitu satu di dalam keranda dan satu lagi dalam bekas khas abu mayat telah dibawa turun dan dimasukkan ke dalam dua van jenazah yang menunggu. 

Tempoh bertafakur seminit seluruh negara diadakan pada pukul 8.41 pagi sebaik diumumkan secara langsung menerusi televisyen dan radio. 

Istiadat penghormatan tersebut dihadiri Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang kenamaan yang lain. 

Suasana sedih dan pilu dapat dilihat apabila keluarga waris dan sahabat handai menanggis sebaik van jenazah lalu di hadapan mereka. 

Sementara itu kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 warganegara Malaysia dijangka dibawa pulang ke tanah air pada 30 Ogos ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED