Translate

25 March 2014

KRU & Forteen Tangguhkan Konsert ke April

Sedih Dengan Insiden MH370, Forteen Tangguhkan Konsert

..
Sedih dengan berita insiden pesawat MH370 sekaligus menghormati, kumpulan Forteen sebulat suara menangguhkan konsert sulung mereka, 'Kita Forteen' yang sepatutnya berlangsung pada 29 Mac (Sabtu) ini ke tarikh baru iaitu pada 26 April 2014, di KL Live, jam 5 petang.
Penangguhan itu juga sebagai tanda hormat kepada keluarga, rakan-rakan dan orang-orang yang para penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines penerbangan MH370.
Pengumuman itu dibuat oleh Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menerusi laman sosial Twitternya sebentar tadi.
..
Forteen dianggotai oleh empat anak muda, Izzue Islam, One, Ariz dan Ameer. Kumpulan ini popular menerusi lagu seperti 'Berdua Bersatu', 'Kita' dan 'Seperti Dulu'.


- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED