MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OVER 130 TOP HITS AVAILABLE ON OUR MUSIC PLAYER AT THE BOTTOM. TO VIEW THE LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... PLAYER NOT AVAILABLE FOR MOBILE PHONE / TABLET USERS

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Thursday, 30 January 2014

Lisa Surihani Terasa Hati Ditanya Tentang Hamil

Lisa Surihani Terasa Hati Ditanya Tentang Hamil

Selepas pengacara Awal Ashaari berkongsi berita gembira mengenai kehamilan Scha Al-Yahya baru-baru ini, perhatian peminat seni tempatan kini mula beralih kepada pasangan selebriti popular, Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani bagi menantikan berita gembira dari pasangan ini pula.

Sudah pasti ramai yang mengharapkan pasangan romantis ini mendapat zuriat apatah lagi mereka telah mendirikan rumahtangga hampir dua tahun.

Menurut Lisa Surihani yang ditemui di Hotel Traders, KLCC pada petang Selasa, dia tidak kisah apabila peminat asyik mengajukan pertanyaan tentang kehamilannya. Namun apabila ia menyentuh kepada perkara yang lebih sensitif, pelakon filem ‘Istanbul Aku Datang’ ini mengakui terasa hati.

“Saya tidak kisah jika orang selalu bertanya bila lagi giliran saya. Tapi bila mereka mula bertanya mengenai perkara yang lebih sensitif seperti menyentuh soal yang terlalu peribadi, saya akui agak kecil hati. Kita semua tahu hakikat rezeki semuanya terletak di tangan Allah dan sedar hakikat rezeki untuk mendapat zuriat ini sudah tertulis bagi setiap orang cuma sama ada cepat atau lambat saja.

Jadi, saya tak faham kenapa mereka perlu berbuat begitu sehingga tidak menjaga hati perasaan orang lain. Sudah tentu kami teringin untuk mendapatkan zuriat dan berusaha ke arah itu, tapi perlukah kami berkongsi segala usaha yang kami lakukan kepada umum?,” ujar Lisa yang pernah meluahkan rasa kesal mengenai perkara tersebut di laman sosialnya baru-baru ini.
Susah Berlakon Dengan Zizan Razak

Dalam perkembangan lain, Lisa kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem ‘Cicakman 3’. Berkongsi mengenai pengalaman bekerja di bawah arahan suaminya, Lisa memberitahu Yusry seorang yang profesional dan dia tiada masalah bekerja dengan suaminya itu.

“Yusry sangat profesional ketika berada di set penggambaran dan tidak timbul isu ‘double standard’ walaupun saya isteri dia. Ketika di set, dia memanggil saya dengan nama watak saya iaitu Linda. Namun, ada sekali itu lucu apabila dia tersasul panggil saya sayang,” tutur Lisa sambil berkongsi cabaran berlakon dalam filem ini.

“Cabaran saya adalah apabila perlu berlakon dengan Zizan. Saya berlakon sebagai isteri dia dan karakter saya seorang yang serius. Namun, masalah saya ialah saya perlu menahan gelak apabila berlakon dengan dia. Bayangkan, tengok muka dia pun saya dah nak tergelak jadi memang susah sangat apabila ada babak dengan dia.”

Sebelum mengakhiri perbualan, Lisa turut berkongsi selepas tamat penggambaran ‘Cicakman 3’ pada Mac ini, dia akan terlibat dengan penggambaran filem arahan Osman Ali pula se. Namun, judulnya masih dirahsiakan lagi buat masa ini.

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers