Translate

28 May 2025

Bayi lelaki tujuh bulan meninggal dunia di taska



Bayi lelaki tujuh bulan meninggal dunia di taska

Bernama

28/05/2025


Seorang bayi lelaki berusia kira-kira tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak, di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur, Isnin lepas. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia kira-kira tujuh bulan disahkan meninggal dunia ketika berada di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska), di Taman Danau Kota, di sini, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan daripada bapa kandung bayi itu di Balai Polis Setapak, beberapa jam selepas kejadian.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku antara 9 hingga 11 pagi.

"Mayat telah dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan oleh Bahagian D11 (Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.


-- BERNAMA




Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED