Translate

22 May 2025

ASEAN 2025: Penutupan jalan secara berperingkat di kawasan KLIA, TUDM Subang



ASEAN 2025: Penutupan jalan secara berperingkat di kawasan KLIA, TUDM Subang

Bernama

22/05/2025


Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan petugas keselamatan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. - Foto Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Beberapa laluan di Selangor akan ditutup secara berperingkat bagi memastikan kelancaran serta keselamatan pergerakan pemimpin dan delegasi bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 pada 25 dan 26 Mei ini.

Keputusan pemilihan kepimpinan pusat PKR dijangka diumumkan seawal 9 malam esok, selepas ucapan dasar Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan pengumuman rasmi paling lewat pada 2.30 petang Sabtu.

Laluan yang terlibat termasuk TUDM Subang-Jalan Monford-Lebuhraya GCE, Plaza Tol Shah Alam-Lebuhraya NKVE, serta beberapa susur keluar utama menuju ke Kuala Lumpur.

Penutupan penuh akan berlaku di pusat bandar raya menghala ke KLCC, dengan laluan dibuka semula secara berperingkat selepas konvoi delegasi melepasi setiap susur yang terlibat.

Bagi pergerakan delegasi melalui Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, ia melibatkan laluan TUDM Subang-Jalan Monford-Lebuhraya GCE, Plaza Tol Shah Alam-Lebuhraya NKVE, susur keluar Kilometer (KM) 22 NKVE-Lebuhraya Utara Selatan dan sempadan Selangor-Kuala Lumpur (KM 25.1 Pintu Gerbang).

"Laluan akan dibuka semula secara berperingkat sebaik sahaja konvoi delegasi melepasi setiap susur yang terlibat, namun tumpuan penutupan penuh hanya di pusat bandar raya menghala ke tempat persidangan, iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Hussein menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan petugas keselamatan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED