Translate

02 April 2025

Siasatan terperinci, telus kenal pasti punca kebakaran paip gas di Putra Heights - Mat Sabu



Siasatan terperinci, telus kenal pasti punca kebakaran paip gas di Putra Heights - Mat Sabu

Bernama

02/04/2025


Mohamad Sabu berkata selain itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diperketat demi mengelakkan tragedi sebegini berulang. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Siasatan terperinci dan telus perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor semalam.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata selain itu, langkah-langkah keselamatan juga perlu diperketat demi mengelakkan tragedi sebegini berulang.

"Saya merakamkan rasa dukacita yang mendalam dan solidariti penuh terhadap semua mangsa yang terkesan dalam insiden kebakaran saluran paip gas Petronas semalam.

"Kejadian ini bukan sahaja menggemparkan negara, malah juga menyukarkan kehidupan penduduk setempat apabila lebih 100 orang mengalami kecederaan termasuk kanak-kanak, selain ratusan rumah dan kenderaan mengalami kerosakan yang amat serius," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata beliau telah menghubungi pihak berkuasa dan wakil agensi berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci berhubung kejadian itu.

"Semalam juga saya telah mengarahkan staf Parlimen Kota Raja untuk turun padang mendapatkan maklumat kejadian dan bekerjasama dengan agensi kerajaan lain untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat," katanya.

Beliau turut menyambut baik komitmen segera Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan pembaikan menyeluruh terhadap infrastruktur yang rosak serta memastikan kebajikan mangsa diberi perhatian berikutan insiden kebakaran saluran paip gas.

Mohamad turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat termasuk bomba, polis, petugas perubatan dan pihak berkuasa tempatan serta Ahli Parlimen kawasan berjiran yang turut turun padang.

"Saya menyeru semua pihak agar terus bertenang, mematuhi arahan keselamatan, dan menjaga kebajikan sesama jiran dalam menghadapi musibah ini," katanya.

Anwar semalam mengumumkan bantuan segera sebanyak RM5,000 kepada pemilik rumah yang terjejas sepenuhnya akibat kebakaran saluran paip gas berkenaan, serta bantuan RM2,500 kepada lebih 100 pemilik rumah yang sebahagiannya rosak.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad mengesahkan secara keseluruhan 237 rumah terjejas dalam kebakaran pada 8.10 pagi itu.

Jumlah mangsa yang terlibat adalah sebanyak 305 orang dengan kebanyakannya cedera akibat melecur serta tersedut haba panas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut d' 48 mins ago
A visitor from Atyrau viewed 'Debris and Body Parts Found By Indonesian Search A' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 2 hrs 7 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Gadis OKU hilang selepas keluar bermain di taman p' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM Anwar beri jaminan Malaysia tidak akan alami ke' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 7 hrs 45 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 8 hrs 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 8 hrs 43 mins ago