Translate

12 January 2024

Dua anggota polis ditahan kerja hingga siasatan kes samun, rogol selesai

Dua anggota polis ditahan kerja hingga siasatan kes samun, rogol selesai

Bernama

Januari 12, 2024
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, polis juga akan mengambil keterangan semua individu terlibat termasuk penyelia dua anggota polis terbabit. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Dua anggota polis peronda yang ditahan kerana disyaki terlibat kes samun dan rogol seorang penuntut sebuah kolej swasta di Bukit Ampang View di sini, kini ditahan kerja hingga siasatan kes berkenaan selesai.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu.

"Ya, kedua-dua mereka ditahan kerja sementara siasatan jenayah dan siasatan tatatertib dilengkapkan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata polis juga akan mengambil keterangan semua individu terlibat termasuk penyelia dua anggota polis terbabit.

Dalam kejadian pada Selasa lepas, kedua-dua anggota polis berpangkat Konstabel dan Lans Koperal berumur antara 20-an hingga 30-an itu dipercayai membawa penuntut dan rakan lelakinya ke tempat berasingan sebelum seorang daripada mereka bertindak merogol mangsa.

Kedua-dua anggota itu direman hingga Selasa ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED