Hazami Alami Pendarahan Usus
Penyanyi yang terkenal dengan lagu saduran berjudul Sonata Musim Salju, Hazami mengalami pendarahan usus yang serius sehingga terpaksa ditahan di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara, Selangor sejak malam kelmarin.
Hazami atau nama sebenarnya, Norkamal Hazami Ahmad, 40, dilaporkan mengadu sakit perut kira-kira pukul 11 malam Khamis lalu dan kemudian meminta seorang rakan membawa-nya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut abang kan-dungnya, Azhary Ahmad, 43, Hazami pengsan sebaik tiba di hospital. Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan dia mengalami pendarahan usus yang agak membimbangkan.
“Doktor memberitahu dia (Hazami) perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi merawat penyakitnya itu.
“Jika tidak dirawat dengan segera, komplikasi itu mungkin menyebabkan kanser dan membahayakan nyawa,” ujarnya.
sumber : Kosmo!