Translate

10 May 2015

Fahrin Ahmad menjelaskan bahawa isterinya, Elena Hani Eleas bukanlah seorang janda anak satu

Oleh RTKY Staff pada 
10 May 2015, 8:05AM
Baru sahaja selesai majlis pernikahan semalam, Fahrin Ahmad menjelaskan bahawa isterinya, Elena Hani Eleas bukanlah seorang janda anak satu seperti kecoh diperkatakan orang ramai di laman sosial
“Selepas saya umum berita pernikahan kami pada Selasa lalu, macam-macam spekulasi timbul sehingga ada yang mengatakan isteri saya adalah seorang janda beranak satu. Bukan, dia tidak pernah berkahwin”
“Bila difikirkan balik, saya melihat, ada hikmah disebalik tindakan saya merahsiakan identiti Elena daripada orang ramai. Jika tidak, saya percaya macam-macam bentuk spekulasi yang akan timbul dan mungkin boleh merosakkan kelancaran majlis pernikahan kami,” katanya kepadamStar Online.
Tambah pelakon ini lagi, khabar angin tersebut tidak sepatutnya wujud kerana perkara berkenaan bukanlah keluar daripada mulutnya sendiri selain menyifatkan ia berpunca daripada pihak yang suka menyebarkan fitnah
Rotikaya.com

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED